Bila ada Dr peribadi
Sudah masuk hari kelima saya sakit. Saya berkesempatan untuk Whatsapp dengan seorang doktor pakar.
Banyak persoalan berjawab. Saya tertanya sahaja, ia berjawab. Sakit masih ada, namun ia menyembuhkan bab intelek. Ini kesan ilmu. Ia mendorong untuk terus makan ubat yang ada dan buat apa yang dicadangkan berdasarkan ilmu – bukan tekaan semata-mata.
Begitulah kehidupan harian ini. Jika kita ada akses kepada Dr peribadi bagaina fizikal, ia akan memberi kesan kepada fizikal. Jika kita ada Dr peribadi bagaina intelek, emosi dan spiritual, ini memang hebat.