Solusi Kepada Tadsiah (Mengotori Jiwa);Sarana Untuk Mendapatkan Sukses
Manusia yang hidup pada zaman era millennium ini semakin hari semakin ‘terhimpit’ dengan pelbagai perkara. Sebagai contoh, kehidupan berkerja; bermula dari jam 8 hingga 5 petang, mampu mendatangkan tekanan atau ‘stress’ yang amat dahsyat. Jika kita pula seorang pendidik, tekanan yang mungkin diterima ialah karenah pentadbiran, murid/ pelajar, kalangan guru sendiri dan pelbagai lagi. Jika kita sebagai mahasiswa/I, sudah pasti akan mengalami ‘stress’ yang banyak; siapkan assignment, kuliah, tutorial, kelas tambahan, mesyuarat kelab/ persatuan dan sebagainya. Akhirnya, akibat dari tekanan atau stress yang diterima itu telah melahirkan beberapa penyakit di dalam diri manusia. Lantas membuatkan manusia itu semakin ‘sakit’dan akhirnya menuju kepada Khaib (gagal).
Read More