Aku Beriman Maka Aku Bertanya
Dalam kehidupan seharian, banyak perkara yang melibatkan keimanan tidak dibenarkan untuk ditanya oleh pelbagai pihak kerana ia menunjukkan ketidaksempurnaan iman. Benarkah begitu? Dalam buku Jeffry Lang yang ketiga, beliau mengetengahkan bahawa 'Aku Beriman Maka Aku Bertanya.' Ini amat jelas dengan melihat malaikat mempersoalkan Allah untuk menjadikan manusia tetapi iblis terus menolak tanpa tanya arahan Allah untuk sujud kepada Nabi Adam. Bukankah dalam kehidupan seharian, apabila kita menolak terus seseorang tanpa usul periksa – terutama yang membawa kepada keburukan – menyerupai tindakan Iblis? Inilah tenik berfikir dan analisis orang yang beriman dan tidak beriman atau sombong kepada Allah.
Read More