Cemerlang tetapi corot….
Sumber: Facebook Puan Ainon
Surat: Cemerlang tetapi corot….
Salam, Puan. Saya mohon bantuan Puan untuk menggunakan kaedah Nabi Muhammad.
Saya mempunyai seorang pegawai yang baru ditukarkan ke unit saya pada Ogos lepas. Pegawai ini pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC), namun hasil kerjanya di unit saya belum lagi mencapai tahap yang saya harapkan.
Saya sebagai ketua mereka boleh sahaja memanggil beliau dan minta beliau ubah pendekatan dan cara bekerja, seperti mana yang biasa dilakukan oleh bos-bos lain, namun saya khuatir itu akan menjatuhkan motivasi beliau. Saya perlu juga menjaga ego pegawai saya ini yang pernah mendapat APC.
Jika boleh saya nyatakan, pegawai ini hanya menerima arahan, panggil fail, minitkan dan letakkan fail tersebut di atas meja kerani tanpa berkomunikasi dengan kerani-kerani.
Kerap kali berlaku kehilangan fail dan surat yang diminitkan kepada beliau, namun beliau mengambil sikap, ‘carilah’, ‘kalau tak ada dalam tray saya, tak adalah tu’, ‘saya tak tahu’ tanpa menunjukkan inisiatif untuk membantu memudahkan pencarian.
Situasi ini adalah baru di unit saya, di mana kami semua pegawai dan semua kerani berkongsi maklumat, semua orang tahu apa yang berlaku supaya tidak berlaku situasi ‘pegawai tak ada, kena tunggu dia masuk’.
Puan, saya mohon pertolongan supaya didikan yang bakal saya berikan tidak menjatuhkan ego beliau.
Saya mohon kalau Puan siarkan tulisan saya ini, nama saya digelapkan bagi menjaga aib pegawai di bawah seliaan saya ini.
Terima kasih, Puan dan rakan-rakan Puan, di atas pertolongan yang akan diberikan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih.
RJ
- Melaksanakan program ‘Ciri Pekerja A+’ (ini ialah motivasi atau latihan. Tidak semestinya berubah. Ini tindakan event.)
- Melaksanakan coaching kepada individu ini oleh ketua (Ini dari sumber luar dan dilaksanakan oleh superior. Ini tindakan sistemik. Bergantung kepada sumber dan jangka masa yang ada. Kalau suntuk, pilihan ini kurang sesuai.)
- Dari hari ke hari, dilaksanakan CASIC kepada beliau oleh ketua dan orang sekeliling (mewujudkan suasana yang baik untuk memberi ‘tekanan’ kepada beliau untuk berubah kepada kebaikan. Ini tindakan sistemik)
- Jangan lupa berdoa agar beliau dimudahkan urusan dan berubah ke arah kebaikan.
