MasterPIES untuk Pendidik
Saya akan berbincang bersama seorang teman tentang ciri pendidik atau murabbi hari ini insha-allah. Catatan kecil ini sekadar idea awal sebelum perbincangan menggunakan teknik The 4th Alternative akan dilaksanakan. Catatan ini ialah My Solution – peringkat awal.
Antara idea yang boleh dikembangkan:
- Pendidik perlu memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan – ada JERI
- JERI perlu dimantapkan
- Pendidik atau murabbi bukan sahaja guru di sekolah malah untuk ibu bapa di rumah
- Sistem anak soleh perlu menjadi target kerana anak-anak ini sedang dibina
- Sekarang banyak fokus kepada I, bukan E apatah lagi E
- Pendidik perlu ada E dan S yang tinggi untuk mendidik I
- Elemen P perlu diajar agar si anak menjadi seorang yang terdidik (tarbiyyah)
- Tarbiyyah peringkat PIES amat penting. Jika tidak ia tidak selari. Ada yang bantut
- Subhanallah Effect dan kajian ayat Ulul Albab lain amat penting untuk difahami
- Kalau ingin menjadi murabbi pilihan, E perlu dibina atas dasar 7 prinsip berjaya. Amalan harian ialah CASIC
- Elemen sunnatullah (PIE) dan syariatullah (S) perlu dipasakkan dalam diri pelajar
- Pembinaan karakter amat penting ditekankan berteraskan Surah Luqman dan beberapa surah lain. Ada elemen PIES
- Kaedah mengajar melibatkan:
- What (P)
- How (I)
- When (E)
- Who (E)
- Why (S)
Moga catatan awal ini bermanfaat.
