SERIWAJA dan SPESIS dalam Kehidupan
Sosial – Social
Emosi – Emotional
Rohani – Spiritual
Intelek – Intellect
Wang – Survival & Skills
Alam dunia – Skills
Jasmani – Physical
Alam akhirat – Skills
Dalam aspek di atas, Noble Vision memberi fokus kepada wang sebagai salah satu kemahiran yang perlu ditanam dalam diri individu. Mengapa?
JERI ditekankan di sekolah sebagaimana termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Aspek Wang dan Alam ada disampaikan , tetapi amat minimum kepada para pelajar padahal semasa dan selepas tamat alam pendidikan, aspek kewangan ini amat penting untuk dicelikkan.
Jika ilmu dan wang sudah dijelaskan, paradigma kaitan antara kehidupan personal dan alam sekitar serta akhirat perlu juga diambil kira. Hal ini berkaitan manifestasi nurture dan nature yang perlu difahami dan ditangani dengan baik. Paradigma alam dunia dan akhirat juga perlu diambil kira. Inilah adunan praktikal sebagai Kemahiran untuk Kejayaan yang dibawakan oleh Noble Vision.
Sudahkah wujud dalam diri anda JERI? Sudahkah JERI digabungkan dengan W di peringkat A – dunia dan akhirat ? Jika belum, latihan Noble Vision amat anda perlukan.
