Aku rindu
Aku rindu bumi US
Aku rindu
Aku rindu
Rindu pada Hamza Yusuf
Imam Mokhtar
Rindu pada Bro Arab yang sentiasa senyum
Kekadang aku bergaduh lisan dengan mereka
Dan aku memang rindu
Ya Allah
Temukanlah aku dengan mereka Ya Allah
Aku bertemu dengan mereka 4 tahun
Dan mereka memang pernah menyakitkan hati aku
Tetapi mereka adalah orang yang cepat sedar
Bahawa mereka menyakiti hatiku
Walaupun sebenarnya hatiku sendiri yang sakit
Dan mereka tidak segan untuk meminta maaf
Sehingga aku segan dengan mereka
Namun Ya Allah
Di sini
Bumi Malaysia yang tandus dengan adab dakwah
Amat menyeksaku
Bukan kerana ia Malaysia
Namun kerana hilangnya sensitiviti umat dakwah
Yang mendabik diri sebagai da’i
Namun buruk akhlaknya
Dan malah aku makin buruk akhirnya
Adakah kerana harakah, maka orang akan mengenepikan perasaan saudaranya
Adakah pak-pak Arab dari Mesir yang pernah masuk penjara itu tidak cukup haraki
Adakah pak-pak Turki itu tidak cukup mantap dalam dakwah
Adakah pak Indon itu tidak cukup tarbiah
Sehingga di sini perlu mengherdik atau berkasar
Sesama saudaranya
Kononnya
Ini adalah tarbiah
Padahal individu yang ku hormati pun
Ilmunya tinggi di Malaysia ini
Tidak berkata banyak
Apatah lagi menetapkan qaraar
Yang tidak tentu pasal
Mungkin kerana ramai di sini yang berjiwa tandus
Jiwanya kontang dan tertekan
Dalam melaksanakan dakwah
Padahal jiwa da’i itu
Selayaknya amat lembut
Dan tidak tertekan kecuali untuk mendapatkan ridha Ilahi
Biarkan ?
Biarkahlah…
Bolehkah dibiarkan?
Jangan dibiarkan kelompok yang ingin mendengar dakwah
Namun untuk diri yang mendabik da’i
Aku tidak pasti
Kekadang lagaknya
Seperti 100% masuk syurga
Ya Allah! Berilah aku kekuatan
Berada thabat di atas jalanmu
Janganlah aku menjadi insan yang buruk akhlaknya
Kerana berhadapan dengan da’i yang buruk akhlaknya
Tetapi aku mahu menjadi orang yang disenangi
Bukan disebabkan aku tidak menyampaikan kebenaran
Tetapi disebabkan akhlak yang mensejahterakan orang Muslim
Yang lain
Ameen
Fazrul Ismail
Bangi, Selangor
11.30 pm 4 Ogos 2007
