Pendakwah Air Kacang Soya 31
Tidak putus-putus pembeli yang datang ke gerai mereka walaupun pada hari ini kantin menawarkan pembelian menggunakan kupon kepada para pelajar. Mungkin kerana mereka mengenali senior mereka, Din dan Nas membuat mereka ingin membeli di situ. Din dan Nas memang merupakan pelajar popular di sekolah mereka dahulu kerana kedua-duanya pernah menjadi wakil dalam pertandingan debat peringkat kebangsaan.
”Apa khabar bang? Sekarang abang berniaga ke?”
”A’ah, sekarang ni abang berniaga kat taman jiran tu. Sekali-sekala datangla ke gerai abang”
Dalam kesibukan melayani permintaan pembeli, Din dan Nas tetap mesra melayan pelajar-pelajar yang ingin berbual dengan mereka. Sekali-sekala Din dan Nas tidak lokek memberi air free kepada pembeli. Sikap ini saling tidak tumpah seperti sikap ayah mereka yang juga tidak bersifat lokek dengan pelanggan.
