3T dalam Berkenalan
Ketika bertemu dengan orang yang tidak dikenali, sering kita rasa gelabah atau tidak tentu hala. Jika individu itu lebih rendah dari kita dari segi umur atau kelulusan, mungkin kita tidak terlalu sukar. Namun kalau individu itu ialah pak menteri atau lebih tua dan hebat, kita akan mudah tergugah. Berikut ialah teknik 3T untuk memastikan perkenalan awal itu dapat berlaku dengan baik dan maksimum manfaatnya.
Taaruf
Ketika memulakan dialog, sila berkenalan.
“Assalamualaikum. Saya Ahmad. Bagaimana Tuan?”
“Saya Ali. Apa khabar?”
……………
Dialog bermula dengan sesi perkenalan. Gunakan kemahiran bertanya untuk meneruskan dialog.
Taaruf tidak cukup 2,3 minit. Setiap kali bertemu, taaruf perlu didalami agar kita menjadi faham. Tafahum. Memahami individu yang kita berkomunikasi. Tafahum ini ialah usaha untuk mengiktiraf atau acknowledge yang akan kita bicarakan selepas bab ini.
Ketika peringkat ini, anda tidak semestinya bertanya secara lisan. Ada soalan yang sebenarnya tidak sesuai. Bagaimana kita tahu soalan itu sesuai atau tidak?
- Perhatikan fizikal beliau. Pakaiannya, cara duduknya, raut wajahnya. Kalau ia keletihan, tidak sesuai untuk bertanya, ‘Tuan ingin main golf jam 10.30 malam ini?’
- Perhatikan nada dan isi cakap serta gayanya. Ini ialah aspek intelektual. Kalau beliau menggunakan bahasa Melayu sejak awal percakapan, tidak sesuai untuk menggunakan, ‘apa khabar enta sekarang? Ana baik…” Pasti beliau tercari-cari di manakah ‘ana’ dan ‘enta’ yang dimaksudkan.
- Perhatikan keceriaan atau kemurungannya. Perhatikan perkataan yang digunakan samada beliau seorang yang yakin, ada idea, gembira atau 1001 satu klu untuk menjelaskan individu itu secara emosi dan spirituil. Maka gunakan soalan yang sesuai untuk berhubung dengan individu itu.
Tasamuh
Tasamuh maksudnya bertoleransi. Ketika anda cuba memahami individu tersebut, perlu sering diingatkan dalam diri bahawa setiap individu adalah berbeza dari segi fizikal, intelek dan emosi. Yang sama ialah kita ada spirituil untuk menuju kepada Yang Maha Mencipta.
Atas dasar itu, ketika berhubung dengan individu lain, perlu bertoleransi dengan individu tersebut. Antara perkara yang boleh dilaksanakan:
- Berikan peluang untuk beliau bercakap. Jika anda menggunakan kaedah acknowledge dan inquire ketika diskusi bisnes, peluang yang diberikan kepada beliau untuk bercakap membuka lebih peluang kepada anda untuk mendapatkan bisnes. Mengapa? Kerana ‘ego’ individu itu sudah diuruti. Maka selepas itu, beliau merasakan bahawa beliau dihargai dan seronok mendapat khidmat anda.