Bila banyak sangat idea…atau tak de idea…
Berikut saya kongsikan poin penulisan yang saya buat pada 2005 bertajuk 7 Prinsip Amalan Berjaya untuk Lelaki dan Wanita. Saya bongkar kembali kerana ini adalah antara rahsia untuk sesiapa yang mencari jawapan: saya banyak sangat idea..atau saya tak de idea. Atau saya buntu…
- Biasanya dalam kehidupan, kita suka masa kita diisi. Namun kalau terlampau sibuk, kita inginkan masa lapang.
- Setelah ada masa lapang, timbul pula rasa diri tak tahu nak buat apa pasal banyak masa kosong
- Akan tiba saat, di mana idea datang mencurah-curah, sehingga tidak pasti nak buat mana satu. Banyak sangat nak idea, tak tahu nak mula yang mana.
- Manakala sampai satu masa, tak de idea langsung nak buat apa. Bosan dan buntu. Helpless. Nak tidur pun tak pasti. Kalau tak nak tidur badan letih-letih. Kalau tertidur, bangunnya nanti pun penuh dengan kemurungan atau ketidakpastian.
Jika berlaku perkara di atas, dan anda sudah pun mengambil tindakan unsur fizikal seperti makan, bersenam atau apa-apa aktiviti fizikal yang bermanfaat, maka anda perlu perhatikan unsur Emosi. Kalau nak makan atau bersenam pun tak mampu, memang sahihlah unsur Emosi anda perlu disemak. Apakah 7 Prinsip tersebut yang boleh membawa kejayaan? Ia berasaskan surah al-Mukminoon, yang dibincangkan oleh Imam Fakrurazi dalam tafsirnya.
- Principle of Belief
- Principle of Focus
- Principle of Yes/No
- Principle of Purification
- Principle of Pairs
- Principle of Responsibility
- Principle of Awareness
Cuba tanya pada diri anda, adakah 7 prinsip itu sekarang? Kalau ia diingatkan, ia akan menjadi tool untuk diri kembali bangkit – dengan kekuatan S yang akan bugar semula.
Jika anda ingin mengetahui lebih mendalam perkara-perkara di atas, sila emailkan kepada info@masterpies.com. Anda akan diberi maklumat untuk mendapatkan e-book 7 Amalan Berjaya untuk Lelaki dan Wanita PERCUMA!

bila masa lapang, yang paling best sekali adalah tido, jumpa kawan2, eratkan sirratulrahim, chatting dsb?
hahaha, maaf kami penunggu gua. jgn band saya~ 😛
ps: tapi serius 7 kaedah tu perlu di usha. hurm.. kaedahnyee..