{"id":869,"date":"2009-10-20T09:49:36","date_gmt":"2009-10-20T16:49:36","guid":{"rendered":"http:\/\/www.almuntalaq.com\/?p=638"},"modified":"2011-06-26T09:56:51","modified_gmt":"2011-06-26T09:56:51","slug":"saya-ingin-jadi-jutawan-dengan-al-fatihah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/saya-ingin-jadi-jutawan-dengan-al-fatihah\/","title":{"rendered":"Saya Ingin Jadi Jutawan dengan al-Fatihah"},"content":{"rendered":"<p>Alhamdulillah sudah beberapa universiti yang saya lawat dan kongsikan ilmu dalam minggu ini. Hari ini saya di University of Iowa. Semua pelajar yang saya lawat baru sampai ke US dengan niat untuk mengambil\u00a0 jurusan Sains Aktuari. Sebelum ini, saya di Universiti of Minnesota dan Michigan State University. Salah satu soalan yang saya tanya: siapa yang ingin jadi jutawan? Memang ramai yang menyimpan hasrat dan mengangkat tangan. Saya seronok. Saya nyatakan, jawapannya ada dalam tujuh ayat yang berulang-ulang (<em>as-sab&#8217;ul mathaani<\/em>) &#8211; surah al-Fatihah.<\/p>\n<p><!--more-->Kemudian saya pulangkan kepada mereka. Siapa yang setuju dengan penyataan saya tersebut? Ada yang angkat tangan. Ada yang senyap. Ada yang segan-segan tidak mengangkat tangan.<\/p>\n<p>Saya teruskan program.<\/p>\n<p>Saya jelaskan bagaimana al-Fatihah membawa diri seseorang menjadi jutawan. Sebelum saya teruskan, saya tanya pendengar, apakah yang dimaksudkan dengan jutawan. Berbagai jawapan diberikan. Akhirnya mereka sendiri memberi jawapan bahawa memang <em>possible<\/em> menjadi jutawan dengan al-Fatihah.<\/p>\n<p>Tidak cukup dengan itu, saya bawakan contoh bagaimana seorang non-Muslim mengamalkan apa yang ada dalam al-Fatihah untuk menjadi jutawan. Saya ikut training <em>businessman<\/em> tersebut di Los Angeles, dan ia bukan kata-kata. Dalam program itu sahaja, beliau berjaya membuat jualan sekitar USD 70,000. Sebelum mengikuti program tersebut, saya amat <em>skeptic<\/em>. Saya agak sinis untuk mempercayai bahawa dengan menggunakan hati, seseorang boleh kaya. Kaya fizikal &amp; $$$.\u00a0 Tapi kini saya nampak, rupanya mereka menggunakan apa yang ada dalam al-Fatihah untuk kejayaan dunia.<\/p>\n<p>Salah ke?<\/p>\n<p>Tidak salah dengan syarat kita gunakan harta jutawan untuk membantu dan mendekatkan diri kepada Allah. Kalau makin kedekut, itu yang salah. Tapi lebih baik menjadi jutawan daripada menjadi miskin. Orang miskin hanya mampu memikirkan hal sendiri. Orang kaya ada option : untuk kedekut sendirian atau membantu orang di sekeliling.<\/p>\n<p><strong>Komitmen<\/strong><\/p>\n<p>Samada seseorang itu beragama Islam atau tidak, al-Fatihah sebagai sebahagian dari al-Quran akan menjadi petunjuk dalam kehidupan. Petunjuk itu boleh digunakan untuk bahagia di dunia ataupun di akhirat. Apakah target seorang Muslim ? Bahagia di dunia dan akhirat.<\/p>\n<p>Namun bagaimana petunjuk akan memberi manfaat? Komitmen dan yakin untuk diamalkan. Bagaimana mewujudkan komitmen? Mulakan dengan kadar sedikit : dengan menuntut ilmu. Tanpa ilmu, seseorang tidak jelas apa yang perlu dibuat seterusnya. Tanda awal seseorang ialah menuntut ilmu. Perhatikan betapa ramai menghadiri kursus Irfan Khairi kerana ingin jadi jutawan.<\/p>\n<p>Namun pasti ada yang bertanya, kalau mendalami al-Fatihah apa dapat?<\/p>\n<p><strong>Sudah lama saya membaca al-Fatihah<\/strong><\/p>\n<p>Sudah lebih 20 tahun saya membaca al-Fatihah, tetapi al-Fatihah dirasakan amat minimum kesannya pada kehidupan saya. Bukan saya tak faham maksudnya, namun saya tidak luangkan masa khas untuk mendalaminya. Jika kanta difokuskan pada kertas di tengah terik lebih lama, kertas tersebut akan terbakar. Namun ia perlukan masa.<br \/>\nUntuk al-Fatihah memberi kesan dalam hidup, perlu ambil masa untuk mendalaminya. Ia tidak datang begitu sahaja. Allah tidak menurunkan hidayah begitu sahaja. Perlu ada usaha bersungguh-sungguh dalam diri manusia untuk ditunjukkan jalannya.<\/p>\n<blockquote><p>&nbsp;<\/p>\n<p>29:<span dir=\"ltr\"><strong>[69<a name=\"69\"><\/a>]<\/strong><br \/>\nDan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. <\/span><\/p><\/blockquote>\n<p><strong>Maaliki yaum ad-deen<\/strong><\/p>\n<p>Jika anda membaca artikel ini, anda berpeluang menjadi jtawan fizikal, intelek, emosi atau spiritual dengan berpandukan ayat ini dalam al-Fatihah.\u00a0 Bayangkan jika anda mengadakan satu halaqah atau program yang membicarakan teknik dalam al-Fatihah dan si pendengar mendapat hidayah, apakah balasan untuk anda? Sudah tentu balasan pahala tidak terhingga. Jika anda merasakan ingin berbuat amal pelbagai 20 tahun dari sekarang bagi menjadi jutawan spiritual, anda boleh mulakan sekarang.<\/p>\n<p>Salah satu tips: ajak kawan anda ke program membicarakan al-Fatihah atau Quran.<\/p>\n<p>Setelah anda belajar teknik dalam program tersebut, terpulang pada anda untuk menjadi jutawan fizikal, intelek, emosi atau spiritual yang lebih kaya. Namun kalau anda tinggalkan Maaliki yaum ad-deen dalam solat tanpa sebarang praktikal, kualiti al-Fatihah mungkin tidak lebih baik ketika dibaca ketika kecil-kecil dahulu.Jom perkasakan kefahaman dan amalan berdasarkan al-Fatihah. Surah ini amat <em>powerful<\/em> sehinggakan Rasul menyatakan:<\/p>\n<blockquote>\n<dt><strong>Abu Hurairah dari Jbay bin Ka&#8217;ab r.a<\/strong>. Rasulullah saw. bersabda: <\/dt>\n<dd>Allah tiada menurunkan dalam Taurat dan Injil yang  seperti (menyamai) Ummul Quran, ialab tujuh ayat pujian (assab&#8217;ul matsani), dan ia terbagi dua antara-Ku dengan hamba-ku.(HR. an-Nasa&#8217;i, at-Tirmidzi).<\/dd>\n<\/blockquote>\n<p>Tiada dalam Injil atau Taurat yang setara dengannya.<\/p>\n<p><strong>Saya sibuk kerana yang saya <em>value<\/em> ialah&#8230;<br \/>\n<\/strong><\/p>\n<p>Jika kawan anda sibuk, katakan padanya: ikut sekejap peringkat awal pun tak pe. Kalau suka, teruskan.<\/p>\n<p>Cuba bayangkan kalau selama ini kita berusaha ini ingin menjadi jutawan, namun jalan kita panjang. Allah sudah berikan al-Fatihah sebagai <em>short cut<\/em>. Adakah jalan lama perlu diikut atau kita perlu mengambil short cut ? Kita sibuk dengan apa yang ada kerana kita menghargai urusan kita seharian. Namun kalau kita hargai hubungan kita dengan Allah dalam dan luar solat, kita akan sibuk untuk mencari makna dan kandungan al-Fatihah.<\/p>\n<p><strong>Jom jadi jutawan<\/strong><\/p>\n<p>Anda ingin jadi jutawan? Gunakan Facebook, YM, email, telefon dan kata-kata anda untuk mengajak rakan bagi menyertai program jutawan dengan al-Fatihah. Ia adalah surat cinta dari-Nya yang sentiasa berulang-ulang untuk menyeru kita menjadi jutawan. Dengan al-Fatihah, di dunia boleh jadi jutawan, di akhirat jadi syurgawan. Berapa nilai harta syurgawan? Infiniti.<\/p>\n<p>Cepat sebelum terlambat! Ajak kawan anda.<\/p>\n<p>Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk hadir ke program mendalami al-Fatihah serta aku diberi kekuatan untuk mengajak rakan-rakan lain. Hanya hidayah taufik datang dari-Mu Ya Allah!<\/p>\n<p><strong><em>Artikel ini ialah sebahagian daripada kandungan program Advanced Islamic Fall Retreat di Vanderbilt University pada 23-24 Oktober 2009. <a href=\"http:\/\/www.masterpies.com\/ifr2009\/\">Maklumat lanjut di sini.<\/a><\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Alhamdulillah sudah beberapa universiti yang saya lawat dan kongsikan ilmu dalam minggu ini. Hari ini saya di University of Iowa.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[1],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/869"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=869"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/869\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3798,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/869\/revisions\/3798"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=869"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=869"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=869"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=869"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}