{"id":834,"date":"2011-02-18T09:05:57","date_gmt":"2011-02-18T09:05:57","guid":{"rendered":"http:\/\/www.almuntalaq.com\/?p=834"},"modified":"2012-03-24T16:18:56","modified_gmt":"2012-03-24T08:18:56","slug":"intan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/intan\/","title":{"rendered":"Intan"},"content":{"rendered":"<p>Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cTapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,\u201d beritahu pegawai itu lagi. \u201cInsya\u2019Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,\u201d janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.<\/p>\n<p>\u201cPah\u2026.. Ooo\u2026.. Pah!\u201d teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.<br \/>\n\u201cApa bendanya terlolong-lolong ni bang?\u201d tanya Mak Pah.<br \/>\n\u201cAda berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. Insya\u2019Allah, dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,\u201d<br \/>\ncerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.<br \/>\n\u201cBetul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.\u201d<br \/>\n\u201cBetullah Pah oii\u2026\u2026.. saya ni baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.\u201d<br \/>\n\u201cMana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.\u201d Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.<br \/>\n\u201cAlah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.\u201d<br \/>\nWajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.<br \/>\n\u201cLusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik, boleh kita berunding,\u201d cadang Pak Uwei.<br \/>\n\u201cKalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak-anak.\u201d Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.<br \/>\n\u201cPah\u2026. Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.\u201d Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.<br \/>\n\u201cTapi bang\u2026\u2026\u2026..\u201d<br \/>\n\u201cDahlah\u2026\u2026 pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,\u201d<br \/>\npintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya..<br \/>\n\u201cInsya\u2019Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?\u201d tanya Balkis.<br \/>\n\u201cIkut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya\u2026.,\u201d balas Pak Uwei.<br \/>\nBukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap kurang mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah belum tamat belajar, tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk segera bekerja , belum sempat melanjutkan pelajaran ke universiti. Kini hubungan mereka seperti orang asing.<br \/>\n\u201cAbah tak setuju kau nak bekerja awal. Abah mahu kau sambung belajar lagi.\u201d Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak mula mencari pekerjaan.<br \/>\n\u201cIntan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja pula. Kerja yang halal, bukannya yang haram.\u201d Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.<br \/>\n\u201cAku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja. Kau tak  tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja di tempat tak tentu arah, nanti bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?\u201d<br \/>\n\u201cItulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang ke atau mana ke tu jahat Abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.\u201d Intan cuba membuat Abahnya faham.<br \/>\n\u201cKenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!\u201d<br \/>\n\u201cIntan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena, Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,\u201d balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya.<br \/>\n\u201cAnak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi\u2026.. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.\u201d<br \/>\n\u201cKau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!\u201d Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja.<br \/>\nRiang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.<br \/>\n\u201cSebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,\u201d Pak Uwei memulakan bicara.<br \/>\n\u201cHajat apa pula Abah?\u201d tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.<br \/>\n\u201cAbah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,\u201d Pak Uwei mengutarakan hasratnya.<br \/>\n\u201cBoleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,\u201d ujar Muaz.<br \/>\n\u201cTapi\u2026\u2026 Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.\u201d<br \/>\n\u201cKalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,\u201d jawab Muaz serba salah.<br \/>\n\u201cKau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?\u201d tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.<br \/>\n\u201cRumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,\u201d sampuk Mira isteri Muaz.<br \/>\nPak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. \u201cKamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,\u201d Pak Uwei berpaling pada Balkis.<br \/>\n\u201cKis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah\u2026\u2026 ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.\u201d Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.<br \/>\n\u201cMan bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.\u201d<br \/>\n\u201cBetul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,\u201d sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.<br \/>\n\u201cTak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,\u201d Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.<br \/>\n\u201cKalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi\u2026.. dah tak ada rezeki kita naik Haji tahun ni, nak buat macam mana?\u201d Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.<br \/>\nIntan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.<\/p>\n<p>\u201cAnak awak tu tak balik ke?\u201d tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.<br \/>\n\u201cTak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,\u201d balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.<br \/>\n\u201cNak ke mana pulak tu?\u201d tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.<br \/>\n\u201cNak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya..\u201d Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut nama anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.<br \/>\n\u201cNak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?\u201d<br \/>\n\u201cIntan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.\u201d<br \/>\n\u201cKalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,\u201d suruh Mak Pah.<br \/>\n\u201cTak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.\u201d Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.<br \/>\nKetika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.<br \/>\n\u201cKau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.\u201d<br \/>\n\u201cIngat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,\u201d usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.<br \/>\n\u201cMak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,\u201d jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.<br \/>\n\u201cMak, Abah\u2026.. Intan ada hal sikit nak cakap ni\u2026.,\u201d ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya, kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.<br \/>\n\u201cApa hal\u2026.. kamu nak kahwin ke?\u201d soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.<br \/>\n\u201cAbah ni\u2026\u2026 ke situ pulak\u2026.\u201d<br \/>\n\u201cHabis tu?\u201d<br \/>\n\u201cIni\u2026.. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.\u201d Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.<br \/>\n\u201cApa???\u201d Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya.<br \/>\n\u201cIni duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.\u201d<br \/>\n\u201cDah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,\u201d tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.<br \/>\n\u201cTerima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu\u2026\u2026 dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,\u201d luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.<br \/>\n\u201cSudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.\u201d<br \/>\n\u201cPemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan\u2026.,\u201d ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.<br \/>\n\u201cHah\u2026\u2026tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,\u201d Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran.<br \/>\n\u201cMak ni\u2026..,\u201d gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.<br \/>\nMasa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.<br \/>\n\u201cSemua dah siap ke Mak?\u201d tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.<br \/>\n\u201cDah rasanya\u2026\u2026 ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?\u201d<br \/>\n\u201cTak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.\u201d<br \/>\n\u201cHah! Awak dengar tu\u2026. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,\u201d tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.<br \/>\n\u201cIntan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,\u201d pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.<br \/>\nHanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.<br \/>\n\u201cKenapa resah aje ni Bang?\u201d Mak Pah terjaga.<br \/>\n\u201cEntahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.\u201d<br \/>\n\u201cSabarlah, dah nak sampai dah ni,\u201d pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.<br \/>\n\u201cMak\u2026.. Abah\u2026..,\u201d Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju.<br \/>\n\u201cMana yang lain ni, kamu berdua aje?\u201d Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.<br \/>\n\u201cMereka menanti di rumah, Abah,\u201d beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.<br \/>\n\u201cIntan pun tak datang juga ke?\u201d tanya Pak Uwei terasa hampa.<br \/>\n\u201cAwak ni\u2026.. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.\u201d Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.<br \/>\n\u201cDua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.\u201d cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.<br \/>\n\u201cTentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,\u201d balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.<br \/>\n\u201cTapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?\u201d<br \/>\n\u201cErr\u2026\u2026 tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,\u201d ajak Azman.<br \/>\n\u201cTak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,\u201d tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.<br \/>\n\u201cMak dengan Abah sihat ke?\u201d tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.<br \/>\n\u201cSihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?\u201d Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.<br \/>\n\u201cNaik dulu Ngahnya\u2026\u2026.,\u201d suruh Long Semah.<br \/>\n\u201cIntan mana?\u201d Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.<br \/>\n\u201cAz\u2026.. mana Intan? Mana adik kau Az?\u201d tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.<br \/>\n\u201cSabar Abah\u2026.,\u201d Muaz menggosok belakang abahnya.<br \/>\n\u201cKenapa Az\u2026\u2026.. kenapa?\u201d Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.<br \/>\n\u201cMak\u2026. Intan dah tak ada Mak,\u201d Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.<br \/>\n\u201cSabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,\u201d pujuk Long Semah yang masih belum pulang.<br \/>\n\u201cIntan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,\u201d Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.<br \/>\n\u201cBila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?\u201d tanya Mak Pah.<br \/>\n\u201cKami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak\u2026\u2026.. tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,\u201d cerita Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.<br \/>\nDan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, \u201cIntan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat\u2026..\u201d<\/p>\n<p>+++++++++ tamat ++++++++++<\/p>\n<p>(Terima kasih dari almuntalaq.com kepada pengirim cerpen ini, Hafiz Abdul uqbah09@yahoo.com.)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[147,160,1],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/834"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=834"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/834\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5147,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/834\/revisions\/5147"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=834"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=834"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=834"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=834"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}