{"id":756,"date":"2010-08-26T08:28:57","date_gmt":"2010-08-26T15:28:57","guid":{"rendered":"http:\/\/www.almuntalaq.com\/?p=756"},"modified":"2011-06-12T21:21:26","modified_gmt":"2011-06-12T21:21:26","slug":"mahu-kasih-sayang-rm-100hari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/mahu-kasih-sayang-rm-100hari\/","title":{"rendered":"Mahu kasih sayang? RM 100\/hari&#8230;."},"content":{"rendered":"<p>Sistem keluarga adalah sistem berasaskan norma sosial (<em>social norms<\/em>). Adakah keluarga boleh hidup dengan norma pasaran (<em>market norms<\/em>)? Sudah tentu ia tidak sesuai. Begini contoh jika keluarga berasaskan <em>market norms<\/em>:<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<ul>\n<li>Mahu kasih sayang? Bayar saya RM 100\/ hari<\/li>\n<li>Mahu saya tolong basuh pinggan ? Bayar saya RM 30\/jam<\/li>\n<li>Mahu saya mandikan anak? Bayar saya RM 30\/jam<\/li>\n<li>Mahu saya gosokkan baju? Sehelai RM 5<\/li>\n<li>Mahu saya basuh kereta? RM 10 sekali basuh<\/li>\n<li>Mahu saya masak makanan ? RM 30 \/ dish<\/li>\n<li>Mahu saya keluar mencari makanan di restoran? RM 40 <em>service fee<\/em>.<\/li>\n<li>Mahu saya kemas bilik tidur ? RM 30\/hari<\/li>\n<li>Kalau ingin naik kereta saya, sewa RM 100\/hari<\/li>\n<li>Kalau ingin tumpang di rumah sewa saya, RM 50\/ hari<\/li>\n<li>Ingin berjalan-jalan dengan saya? Bayar RM 30\/jam<\/li>\n<li>Mahu tidur dengan saya ? Bayar RM 500\/ malam.<\/li>\n<\/ul>\n<p>Betapa teruknya sistem keluarga dijaga dengan sistem pasaran. Malah sistem bisnes juga ingin menerapkan sistem norma sosial. Sudah tentu sistem keluarga akan menjadi amat teruk apabila ia dinilai dengan norma pasaran.<\/p>\n<p><strong>Mungkinkah jadi begini?<\/strong><\/p>\n<p>Apabila kehidupan dalam dunia ini dipengaruhi oleh material atau duit, maka ini tidak mustahil berlaku. Apabila pandangan mata ialah berasaskan nilai fizikal atau pasaran, maka nilai sosial yang menitikberatkan intelek, emosi dan spiritual boleh musnah dan punah. Banyak kes yang berlaku di dunia ini yang menuju ke arah ini \u2013 di mana salah seorang dari pasangan tidak bersyukur dengan apa yang ada lantas diterjemahkan ke dalam sistem norma pasaran. Kerana si suami tidak berbuat sesuatu, si isteri menuntut untuk dibayar \u2018pampasan\u2019 atas kerja yang dibuat. \u00a0Jika si isteri tidak membantu berbuat sesuatu, si suami menuntut \u2018saya sudah beri nafkah\u2019 dan sebagainya. Amat buruk jika ini berlaku, apatah lagi apabila Rasul menyatakan:<\/p>\n<p><strong>Bukhari 7.62.125<\/strong><\/p>\n<p><strong>\u201cLalu kulihat Api (neraka), dan aku belum pernah melihat sebelumnya pemandangan yang sangat mengerikan, dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.\u201d Orang2 bertanya, \u201cO Rasul Allah! Mengapa begitu?\u201d Dia menjawab, \u201cKarena mereka tidak bersyukur.\u201d Dikatakan, \u201cApakah mereka tidak percaya pada Allah (apakah mereka tidak bersyukur pada Allah)?\u201d Dia menjawab, \u201cMereka tidak berterima kasih kepada suami2 mereka dan tidak bersyukur untuk kebaikan yang dilakukan pada mereka. Bahkan jika kau berbuat baik pada satu di antara mereka seumur hidupmu, jika dia menerima kekerasan darimu, dia akan berkata, \u201cAku tidak pernah melihat satu pun hal yang baik darimu.\u2019 \u201c<\/strong><\/p>\n<p><strong>Nurseri yang meminta tambahan<\/strong><\/p>\n<p>Malah kalaupun nurseri beroperasi berasaskan norma pasaran, ia tidak semestinya bagus untuk menjadikan semua perkara berasaskan nilai ini. Apa akan jadi kalau jika anda lambat mengambil anak, anda akan didenda dengan RM 1 \/ minit? Anda pasti tidak menerima hakikat ini \u2013 mungkin mengeluarkan si anak daripada nurseri mata duitan tersebut. Kelambatan boleh didenda dengan kaedah norma sosial seperti menegur dengan baik. Bukan didenda dengan duit.<\/p>\n<p>Atau bagi yang berduit, dibiarkan si anak selama 1200 minit lambat kerana si bapa boleh membayarnya. Apa jadi pada anda sebagai penjaga nurseri? Anda tidak boleh menafikan penjagaan selama 20 jam tambahan tersebut kerana anda dibayar. Malah si bapa boleh membawa kepada mahkamah kalau si penjaga nurseri tidak menjaganya. Bukankah buruk kesan hidup dengan norma pasaran sahaja? Norma pasaran hanya digunakan sedikit dalam kehidupan. Ia tidak boleh dijadikan agenda dunia kerana akhirnya manusia hanya bernilai dalam bentuk RM , bukan kerana nilai intelek, emosi atau spirituilnya.<\/p>\n<p><strong>Ada masalah sosial, elakkan dendaan pasaran<\/strong><\/p>\n<p>Jika anak anda berbuat silap, elakkan didenda RM 1 setiap kesalahan. Nanti diingatnya bahawa dia boleh buat silap selalu kerana dia simpan wang belanja.<\/p>\n<p><a href=\"..\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/This-Way-That-Way.jpg\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" title=\"This Way That Way Which way to turn\" src=\"..\/wp-content\/uploads\/2010\/08\/This-Way-That-Way-300x199.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"199\" \/><\/a><\/p>\n<p>Jika hubungan si suami isteri ada masalah, elakkan si suami mengungkit bab duit. Si isteri juga jangan mula berkata sedemikian. Apabila hari anda bermula dengan \u2018duit\u2019, maka keluarga anda akan menjadi mata duitan. Walaupun anda ada nilai spirituil yang ingin dibangunkan, jangan bercakap pasal duit kecuali ia adalah untuk beramal sedekah yang tidak menyebabkan tekanan kepada setiap individu.<\/p>\n<p>Jika ada tugas dalam keluarga yang tidak selesai, dan ada yang merasakan ia melaksanakan tugas lebih dari yang lain, diskusilah dengan baik \u2013 bukan diberi arahan tidak tentu pasal, atau dimarah-marahkan pasangan malah lebih teruk \u2013 bayar saya kalau saya menjaga anak. Perkataan ini boleh keluar dari mulut si suami atau isteri. Apabila ia keluar dengan nilai RM yang khusus atau cuba memberi klu, saya perlukan gaji untuk mengangkat sampah, maka bermulalah detik norma pasaran. Masing-masing akan berkira-kira dan segan untuk meminta pertolongan dari yang lain. Kalau si pasangan malas, itu hanya menyakitkan hati salah seorang darinya \u2013 namun akan sembuh bila si pasangan menjadi rajin. Namun kalau disebabkan malas itu menyebabkan si isteri atau suami menuntut \u2013 pasal awak tak buat, beri saya RM 10 untuk membuang sampah, maka bermulalah sesuatu yang tidak wajar dalam sebuah keluarga.<\/p>\n<p><strong>Si penceramah meminta si suami bayar si isteri<\/strong><\/p>\n<p>Kekadang ada penceramah atau pakar motivasi yang menyatakan : si isteri boleh meminta gaji dari si suami untuk melaksanakan tugas masak, mengemas rumah dan sebagainya. Mana dalil perkara ini? Apabila penceramah masuk radio atau terpampang di internet, dan ramai pendengar yang mengiakan perkara ini, maka bermula episod menuntut dari si suami : \u201cbang, sepatutnya si isteri dibayar gaji untuk masak, mengemas rumah dan menjaga anak\u201d.<\/p>\n<p>Inilah kesan apabila penceramah beria-ia mempertahankan hak si isteri sehingga berdalil dengan akal. Kalaulah itu hakikatnya, Rasul paling awal akan membayar isteri baginda kerana banyak berkorban. \u00a0Atau Khadijah tidak cukup berkorban? Kalau itulah hakikatnya, Ali akan paling awal membayar gaji Fatimah. Mereka tidak boleh menjadi contohkah? Mereka tidak mampu menjadi suami mithalikah? Mereka miskin sangatkah? Atau Khadijah dan Fatimah tidak masak untuk suami mereka?<\/p>\n<p><strong>Biusan material melanda <\/strong><\/p>\n<p>Bius material ada di mana-mana. Kajian menunjukkan norma sosial mampu menyelesaikan banyak masalah. Norma pasaran akan merosakkan sistem masyarakat, keluarga dan individu. Jika kebahagian di cari dalam hidup, norma sosial perlu digalas dengan spirituil yang mantap.Norma pasaran atau hidup berasaskan duit perlu dikikis dalam kehidupan sosial. Jika diperlukan, ia hanya pada tempat dan masa yang sesuai. Jika si ibu memasak makanan yang sedap untuk si anak-anak yang pulang bercuti raya, lantas ditayangkan RM 50 oleh si anak bongsu untuk ibu kerana memasak makanan begitu sedap, mungkin anda tidak berpeluang merasai masakan emak tahun depan. Semurah itukah kasih sayang si ibu?<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sistem keluarga adalah sistem berasaskan norma sosial (social norms). Adakah keluarga boleh hidup dengan norma pasaran (market norms)? Sudah tentu<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[1],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/756"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=756"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/756\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1971,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/756\/revisions\/1971"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=756"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=756"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=756"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=756"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}