{"id":717,"date":"2010-03-15T18:01:41","date_gmt":"2010-03-16T01:01:41","guid":{"rendered":"http:\/\/www.almuntalaq.com\/?p=717"},"modified":"2011-06-12T21:21:27","modified_gmt":"2011-06-12T21:21:27","slug":"merenung-teknik-menggarap-tujuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/merenung-teknik-menggarap-tujuan\/","title":{"rendered":"Merenung Teknik, Menggarap Tujuan"},"content":{"rendered":"<p>Kategori 1: 7 Habits of Highly Effective People. The Secret &#8211; Law of Attraction. The Power of Focus. A Whole New Mind.<\/p>\n<p>Kategori 2: al-Kabair &#8211; Dosa-dosa Besar. Miftaah Dar-as-Saadah. Purification of the Soul.<\/p>\n<p>Apakah beza antara tajuk-tajuk buku kategori 1 dan 2? Kategori 1 dari Barat. Kategori 2 dari tradisi penulisan Islam. Kalau dulu di kalangan umat Islam, kategori 2adalah <em>bestseller<\/em>, namun kini kategori 1 banyak mengisi rak-rak individu yang beragama Islam.Makin ingin berjaya dalam sesuatu lapangan, maka pasti tajuk-tajuk kategori 1 akan mengisi minda bacaan individu tersebut. Apakah sebabnya?<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p>Berikut ialah beberapa perkara yang jelas polanya:<\/p>\n<p>1. Kategori 1 menerangkan teknik, kategori 2 menerangkan penyataan atau apa yang sepatutnya ada pada diri seseorang.<\/p>\n<p>2. Ayat Kategori 1 berbentuk mesra pembaca, meletakkan teknik untuk mudah diamal atau diserap jiwa. Kategori 2 ialah ayat yang dalam maksudnya (tidak bermaksud susah), dan ia bersifat &#8216;perlu ada&#8217; dalam diri seseorang. Kategori 2 menarik minat agamawan atau yang ingin mencari &#8216;hujah&#8217;. Kategori 2 dicari oleh ramai manusia yang ingin bertatih (tidak semestinya masih kecil dalam kejayaan) untuk memulakan perubahan pada sesuatu perkara.<\/p>\n<p>3. Kategori 1 &#8211; lantaran dipenuhi teknik &#8211; memerlukan &#8216;ijtihad&#8217; dan cara berfikir melihat pola dan kaedah membawa seseorang pada tahap rendah kepada satu kejayaan yang besar. Manakala Kategori 2 diisi dengan penyataan untuk &#8216;reflection&#8217; dan check list &#8216;aku ok, aku tak ok&#8217; yang kekadang tidak semestinya menerangkan apa yang perlu dibuat selepas ini.<\/p>\n<p>4. Kategori 1 biasanya dipenuhi dengan ijtihad akal yang tidak semestinya benar, namun ia membantu jika dibantu oleh kajian yang mendalam. Kategori 2 biasanya diisi dengan ayat-ayat QUran dan Sunnah &#8211; yang menjadi kebenaran mutlak bagi yang beragama Islam. Cabarannya ialah manusia tidak semuanya mempunyai kesedaran &#8216;agama&#8217; yang tinggi tetapi mereka ada spiritual yang inginkan kebaikan. Potensi spiritual ini perlu difahami dengan aspek &#8216;agama&#8217; yang kekadang menakutkan sesetengah pihak. Biarpun perbezaan spiritual dan agama berlaku dalam Kristian, namun realiti ini tidak boleh diabaikan realitinya dalam masyarakat Islam.<\/p>\n<p>5. Kategori 1 ditulis oleh individu yang ingin membawa idea yang praktikal (tidak semestinya benar). Kategori 2 ditulis oleh individu yang ingin membawa kepada pelaksanaan yang\u00a0 jitu (walaupun tidak semestinya benar jika fakta penulisan tidak jitu).<\/p>\n<p>6. Kategori 1 banyak ditulis dan dibentangkan oleh individu yang terdedah dengan pola dan budaya Barat yang bayak mengkaji dan berfikir menggunakan akal. Kategori 2 banyak dibentangkan oleh individu yang banyak terdedah dengan pendidikan berasaskan wahyu atau mungkin juga budaya\u00a0 &#8216;suap dan telan&#8217;. Ilmu Islam pada zaman Nabi dan tamadun Islam adalah berasaskan ijtihad &#8211; kaji, fikir dan dalami. Itu yang menghasilkan banyak khazanah buku Islam. Mereka menulis dalam bentuk &#8216;penyataan&#8217; seperti Kategori 2 kerana guru-guru atau penulis ini memindahkan &#8216;teknik&#8217; bukan dalam bentuk tulisan tetapi tarbiah harian. Namun kini peluang untuk bersama ulama atau guru ini terhad.<\/p>\n<p>Apakah kaedah al-Quran dalam menyampaikan pesanan? Ada teknik, ada tujuan. Nabi menyampaikan teknik untuk melaksanakan sesuatu dalam dakwah beliau bagi menerangkan ayat-ayat dalam al-Quran. Apakah yang boleh kita ambil pengajaran dengan realiti masyarakat suka Kategori 1 padahal mereka perlu tahu isi Kategori 2?<\/p>\n<p>Pemikiran, penulis dan penceramah Islam perlu membuat kajian dengan baik serta hadir dengan buku Kategori 1 bagi menerangkan Kategori 2. Bukannya dengan nak jadi seperti Kategori 1 tetapi jauh dari kajian dan rujukan pada Kategori 2. Hasilnya? Pasaran dipenuhi dengan tips tanpa kajian mendalam dan buku serta <em>training<\/em> yang berasaskan tarikh lahir, nama, tempat lahir, masa lahir, nama ayah, nama panggilan dan macam-macam asas pelik dalam membawa umat manusia untuk berjaya. Anda nampak pola tentang banyak Kategori 1 akan masuk pasaran tanpa mengambil kira Kategori 2?<\/p>\n<p>Moga Allah beri kepada kita hikmah untuk merenung teknik dalam panduan wahyu yang menjadi tujuan kita mendekatkan diri kepada ALlah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kategori 1: 7 Habits of Highly Effective People. The Secret &#8211; Law of Attraction. The Power of Focus. A Whole<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[1],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/717"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=717"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/717\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1987,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/717\/revisions\/1987"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=717"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=717"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=717"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=717"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}