{"id":6380,"date":"2017-07-21T18:45:21","date_gmt":"2017-07-21T10:45:21","guid":{"rendered":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/?p=6380"},"modified":"2017-07-21T18:47:16","modified_gmt":"2017-07-21T10:47:16","slug":"misi-kekal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/misi-kekal\/","title":{"rendered":"Misi Kekal"},"content":{"rendered":"<p>James Kim merupakan seorang lelaki yang mempunyai \u2018misi kekal\u2019. Ketika berusia 15 tahun, beliau telah mewakili Korea Selatan bertempur di medan perang sehingga cedera parah. Pada saat sedang tenat itu, beliau berdoa kepada Tuhan supaya nyawanya terselamat. Niatnya adalah untuk menunjukkan kasih sayang terhadap musuhnya iaitu tentera Korea Utara dan China. Doa beliau ternyata dimakbulkan. Sepanjang hayat beliau, Kim berusaha menunjukkan kasih sayang itu sehingga Korea Utara membenarkan Kim membina Universiti Sains dan Teknologi Pyongyang. Beliau juga pernah menyatakan bahawa beliau tidak takut mati, kerana meyakini akan pergi ke tempat yang lebih baik sekiranya ditakdirkan mati ketika dalam tahanan Korea Utara.<\/p>\n<p>Mempunyai misi kekal menjadikan Kim lebih pemurah dan berkasih sayang. Beliau menghadapi rintangan hidup dengan tenang dan berani. Ahli falsafah Friedrich Niietzche pernah berkata, \u201cManusia yang mempunyai tujuan hidup, mampu menghadapi apa juga rintangan.\u201d Kita juga mampu menjadi hebat seperti Kim sekiranya mempunyai \u2018misi kekal\u2019. Keyakinan Kim bukan sahaja ketika beliau hidup, bahkan setelah beliau meninggal dunia.<\/p>\n<p>Begitu \u2018misi kekal\u2019 yang dimiliki Saidina Bilal bin Rabah. Saat diseksa oleh musyrikin ketika itu, beliau tetap mengucapkan kalimah \u2018ahad\u2019 iaitu mengakui keesaan Allah. Apakah kita mampu secekal Bilal saat diseksa dengan teruk oleh musuh? Kita tidak mahu hidup seperti mesin. Menjalani kehidupan hambar saban hari sehingga ke akhir hayat tanpa menghiraukan kejayaan primer yang lebih jauh bermakna. Manakala yang lain pula terus lupa diri dengan berhibur sehingga menemui ajal.<\/p>\n<p>Kim mempunyai misi kekal, dan kita juga wajar ada misi kekal. Apakah misi kekal kita semua? Hayati maksud firman Allah swt:<\/p>\n<p>Dan Allah akan menambahi hidayat petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk dan <strong>amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.<\/strong><\/p>\n<p>Surah Maryam. 19 (76)<\/p>\n<p>Semua orang pasti mahukan kebaikan. Kita dapat melihat kebaikan yang dilakukan oleh ramai manusia sama ada mereka beriman kepada Allah atau sebaliknya. Mempunyai \u2018misi kekal\u2019 hanya akan benar-benar kekal bilamana kebaikan yang dilaksanakan adalah untuk menuju kepada Allah swt yang Maha Kekal.<\/p>\n<p>Apakah \u2018misi kekal\u2019 kita? Moga dengan \u2018misi kekal\u2019 yang jelas akan menguatkan stamina untuk terus melakukan kebaikan dan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan dengan kesabaran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>James Kim merupakan seorang lelaki yang mempunyai \u2018misi kekal\u2019. Ketika berusia 15 tahun, beliau telah mewakili Korea Selatan bertempur di<\/p>\n","protected":false},"author":63,"featured_media":6381,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[301],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6380"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/63"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6380"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6380\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6383,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6380\/revisions\/6383"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6381"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6380"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6380"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6380"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=6380"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}