{"id":598,"date":"2009-09-21T12:23:43","date_gmt":"2009-09-21T19:23:43","guid":{"rendered":"http:\/\/www.almuntalaq.com\/?p=598"},"modified":"2011-06-12T21:21:28","modified_gmt":"2011-06-12T21:21:28","slug":"muqadimah-cinta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/muqadimah-cinta\/","title":{"rendered":"Muqadimah Cinta"},"content":{"rendered":"<p>Kalau Ibn Khaldun, beliau ada menulis sebuah buku yang panjang. Namun ramai yang kenal pengenalan kepada bukunya tersebut, malah tajuknya lebih dikenali daripada buku asalnya, <em>Kitab al-Ibar<\/em>. Tajuk buku dari pengenalan bukunya itu ialah Muqaddimah. Membaca <em>Muqaddimah<\/em> sahaja sudah cukup memberi gambaran luas pada kitab besar yang ingin ditulisnya. Cuba bayangkan kalau <em>Muqaddimah<\/em> versi bahasa Inggeris<em> <\/em>sahaja lebih 460 halaman. Bagaimana pula kalau kita mengetahui tentang Muqadimah Cinta &#8211; hanya 1 bahagian sahaja dirasai daripada 100 bahagian secara keseluruhan ? Tidakkah kita ingin mengetahui 100 bahagian itu?<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<blockquote><p>Dari Abu Hurairah r.a, katanya:<\/p>\n<p>Saya mendengar Rasulullah SAW bersabada,:<\/p>\n<p>\u201cTuhan menciptakan rasa kasih sayang itu 100 bahagian. 99 daripadanya disimpanNya di sisiNya. 1 bahagian sahaja yang diturunkanNya ke atas dunia. Dengan kasih sayang yang 1 bahagian itulah para makhluq saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut terpijak anaknya.\u201d\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 (Hadis Sahih Bukhari)<\/p><\/blockquote>\n<p>Nampak jelas bahawa kasih sayang (rahmat) dari Allah yang ada di atas muka bumi ini hanya 1\/100. Hanya 1%. Dan apa yang diterangkan oleh Allah dalam contoh di atas?<\/p>\n<blockquote><p>&#8230; para makhluq saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut terpijak anaknya&#8230;<\/p><\/blockquote>\n<p>Apakah perkara lain yang menunjukkan kasih sayang sesama manusia yang besar?<\/p>\n<p><strong>Kasih sayang ibu<\/strong><\/p>\n<p>Kita perhatikan dalam hadith berikut:<\/p>\n<p>`Umar ibn Al-Khattab berkata: Beberapa tahanan dibawakan kepada Rasulullah dan ada seorang wanita yang ada susu. Tiba-tiba, wanita ini melihat seorang bayi di tengah-tengah tahanan. Dia mengambilnya, meletakkan di bawah tudungnya dan mula menyusukannya. Nabi memberitahu sahabat, &#8220;Adakah kamu fikir wanita ini akan melontarkan anak ini ke dalam api?&#8221; Kami berkata, &#8220;Tentu tidak, demi Allah dia tidak akan berbuat demikian, jika dia mampu berbuat demikian.&#8221; Nabi berkata, &#8220;Allah Yang Maha Terpuji lebih rahmat dengan hamba-Nya daripada wanita dengan anaknya.&#8221; (al-Bukhari)<\/p>\n<p><strong>Cinta Suami Isteri<\/strong><\/p>\n<p>Dalam al-Quran, Allah juga menerangkan tentang hubungan suami isteri sebagai bukti mawaddah dan rahmat. Namun rahmat manusia ini tidak lebih dari 1\/100 rahmat Allah. Apakah tafsiran mawaddah dan rahmat  sebagaimana dalam ayat ini:<\/p>\n<blockquote><p>[30:21]<br \/>\nDan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan <em>mawaddah<\/em> dan <em>rahmat<\/em>. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.<\/p><\/blockquote>\n<p>Banyak mufassir menyatakan bahawa mawaddah berkait dengan kasih sayang ketika objek dicintai tidak memerlukan cinta atau kasih manakala <strong><em>rahmat dikaitkan dengan objek cinta yang memerlukan cinta dan kasih<\/em><\/strong>. al-Biqa&#8217;i, salah seorang ulama tafsir menyatakan: mawaddah adalah kelapangan dada dan kekosongan jiwa dari kehendak buruk.\u00a0 Ia bukan sekadar cinta biasa tetapi cinta <em>plus<\/em>. Ia adalah cinta yang nampak buahnya dalam sikap dan perlakuan, serupa dengan kepatuhan sebagai hasil rasa kagum kepada seseorang.<\/p>\n<p><strong>Mawaddah dalam al-Quran dan Mawaddah Romeo Juliet<\/strong><\/p>\n<p>Ibn Qoiyim ada menulis tentang cinta dalam bukunya <em>Raudhatul Muhibbien.<\/em> Cinta Laila Majnun iala cinta Romeo Juliet versi Arab. Ibn Qoiyim banyak membincangkan tentang konsep cinta yang amat luas.<\/p>\n<p>Cinta Romeo Juliet adalah lambang cinta <em>boyfriend-girlfriend <\/em>zaman sekarang? Adakah ia dibenarkan? Adakah ia dilarang? Bagaimana kaitan dengan cinta pada Allah, Rasul dan ibu bapa?<\/p>\n<p>Ini dapat difahami dengan melihat muqadimah atau pembukaan atau pengenalan kepada cinta (hatta diulang dua kali perkataan ar-rahman dan ar-raheem) sebagaimana yang ada dalam <em>ummul-kitaab<\/em>. Jika seseorang memahami fatihatul-kitaab tersebut, ia akan memberi jawapan kepada cinta yang sebenarnya. Lafaz cinta itu diulang min 17 kali sehari.<\/p>\n<p>Adakah anda mempunyai salah satu atau lebih ciri berikut?<\/p>\n<ul>\n<li>Tidak nampak atau jelas kaitan cinta dan al-Fatehah<\/li>\n<li>Tidak pasti manakah bahagian al-Fatehah yang amat penting dan mencakup keseluruhan surah ini dan al-Quran<\/li>\n<li>Mengapa Allah mengulang 2 kali ar-rahman dan ar-rahim?<\/li>\n<li>Apa beza ar-rahman pada Bismillah dan pada ayat selepas Alhamdulillahi rabbil alamin?<\/li>\n<li>Mengapa Allah menggunakan kaedah &#8216;kata ganti diri ketiga&#8217; dalam ayat awal-awal al-Fatehah tetapi menggunakan &#8216;kami dan engkau&#8217; pada tengah-tengah al-Fatehah?<\/li>\n<li>Mengapa dinamakan al-Fatehah ? Apa kaitan dengan kewajipan dalam solat? Penting sangatkah?<\/li>\n<li>Cukupkah kalau memahami al-Fatehah ini sahaja untuk berjaya?<\/li>\n<li>Tahukah anda konsep &#8216;continuous quality improvement&#8217; ada dalam al-Fatehah &#8211; dan ia bukan dibuat-buat tetapi dijiwai oleh generasi terdahulu sehingga tahap cinta mereka amat &#8216;power&#8217;?<\/li>\n<\/ul>\n<p>Kalau ada, inilah masa untuk anda\u00a0 bertanya atau mengikuti program Muqadimah Cinta. Apabila ia jelas, ia akan menjadikan diri anda lebih rindu, asyik, angau dan tenang dengan yang dicintai.<\/p>\n<p>Ya Allah, jadikan aku mencintai orang-orang yang mencintaiMu.<\/p>\n<p><em>Artikel ini adalah sebahagian daripada kandungan <a href=\"http:\/\/www.misgonline.com\/ifrpurdue09\/\" target=\"_blank\">program Muqadimah Cinta<\/a> yang akan dilaksanakan, Insha-allah.<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kalau Ibn Khaldun, beliau ada menulis sebuah buku yang panjang. Namun ramai yang kenal pengenalan kepada bukunya tersebut, malah tajuknya<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[1],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/598"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=598"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/598\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2016,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/598\/revisions\/2016"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=598"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=598"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=598"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=598"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}