{"id":5956,"date":"2014-11-01T06:54:49","date_gmt":"2014-10-31T22:54:49","guid":{"rendered":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/?p=5956"},"modified":"2014-11-01T06:54:49","modified_gmt":"2014-10-31T22:54:49","slug":"surah-yasin-menyeru-kepada-allah-dengan-tegas-dan-kasih-sayang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/surah-yasin-menyeru-kepada-allah-dengan-tegas-dan-kasih-sayang\/","title":{"rendered":"Surah Yasin: Menyeru kepada Allah dengan Tegas dan Kasih Sayang"},"content":{"rendered":"<p>Bingung. Memang bingung.\u201d<\/p>\n<p>\u201cMengapa Ali? \u201d<\/p>\n<p>\u201cAku tidak tahu selesaikan isu hidup aku. Buntu. Aku seperti tidak berharga.\u201d<\/p>\n<p>Ini boleh terjadi di peringkat individu. Namun lebih mencabar apabila ia berlaku di peringkat organisasi. Tidak dihargai apa yang telah dirancang dan dilaksanakan. Atau tidak memahami makna kehidupan atau tindakan. Tidak ada satu perkara yang lebih mengecewakan apabila sesuatu mesyuarat atau pasukan merancang dan melaksanakan beberapa langkah, kemudian keputusan itu diubah kerana ketidakyakinan kepada apa yang telah dirancang. Mana pergi tawakal kepada Allah selepas memaafkan, memohon istighfar dan bermesyuarat?<\/p>\n<p>Apa perlu dibuat apabila berlaku perkara begini?<!--more--><\/p>\n<p><strong>Mesej Penting Surah Yasin: Dakwah dan Seruan<\/strong><\/p>\n<p><em>Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,\u00a0(36:5)<\/em><\/p>\n<p><em>\u00a0<\/em><em>Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. (36:6)<\/em><\/p>\n<p>Al-Quran diturunkan dari Yang Maha Berkuasa Yang Maha Mengasihani. Jika disemak, Maha Kuasa (al-Azeez) akan menyebabkan seseorang itu kasar dan tegas pada setiap sesuatu. Namun apabila nama Allah ini dipasangkan dengan ar-Raheem, ia menunjukkan si Penguasa tetap berkasih sayang. Mesej dalam al-Quran ialah mesej untuk mengingatkan manusia yang lalai. Lalai dalam pelbagai perkara termasuk si Ali yang kabur makna kehidupan atau tidak dihargai oleh manusia. Manakala rakan kumpulan yang kabur dengan objektif kehidupan berorganisasi. Dua-dua pihak tetap perlu menyeru sesama sendiri atas dasar tegas dan kasih sayang.<\/p>\n<p>Inilah pedoman dari ayat Surah Yasin di atas.<\/p>\n<p><strong>Cara Allah Menegur <\/strong><\/p>\n<p>Allah menegur manusia pada banyak tempat. Pada wahyu pertama, Allah menegur manusia ini melampau batas. Rasa diri bagus.<\/p>\n<p><em>Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6)\u00a0Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (96:6-7)<\/em><\/p>\n<p>Bagi yang membaca, akan rasa sesak dengan teguran Allah ini. Ia amat kuat. Ia akan menyebabkan diri rasa pecah \u2013 ditegur oleh Yang Maha Pengasih. ar-Rahman ar-Raheem. Ini bukan teguran manusia biasa. Ini teguran dari Pencipta yang amat berjasa dan tempat kita bergantung.<\/p>\n<p>Namun ia tidak berhenti di situ sahaja. Allah teruskan.<\/p>\n<p><em>(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (96:8)<\/em><\/p>\n<p>Apakah perasaan ketika membaca ayat ini? Allah berikan penyelesaian. Allah tidak biarkan begitu sahaja agar diri rasa bersalah dan dihenyak. Allah tidak zalim. Allah terus memberikan alternatif bagaimana untuk menguruskan kesilapan dan kekurangan. Jangan biarkan yang silap terus terkapai-kapai. Inilah contoh dari Yang Maha Berkuasa dan dalam masa yang sama Maha Mengasihani.\u00a0 Rahmat dan raheem di mana-mana.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>4 Langkah orang Yang Mendapat Rahamat<\/strong><\/p>\n<p>Inilah yang ditunjukkan dalam peristiwa Uhud. Tentera Islam d i atas bukit turun ke bawah tanpa izin dari Nabi. Satu kesalahan besar dalam perang hingga menyebabkan kekalahan.<\/p>\n<p>Namun Allah mengajar Nabi tentang 4 langkah menguruskan kesilapan, konflik atau perbezaan. Perbezaan ini adalah kesilapan besar!<\/p>\n<p><em>Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu\u00a0<\/em><strong>maafkanlah<\/strong><em>\u00a0mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan\u00a0<\/em><strong>pohonkanlah ampun<\/strong><em>\u00a0bagi mereka dan juga<\/em><strong>bermesyuaratlah<\/strong><em>\u00a0dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu)\u00a0<\/em><strong>maka bertawakallah<\/strong><em>\u00a0kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (3:159)<\/em><\/p>\n<p>Tawakal amat penting dalam menguruskan konflik. Ia akan menyebabkan yang silap tidak lagi menjauhkan diri. Allah memberitahu tentang orang yang silap: mereka lari dari kelilingmu. Tidak akan lagi mampu untuk beramah mesra kerana tidak mengikuti langkah ini ketika menyelesaikan sesuatu konflik atau perbezaan. Namun Allah mengingatkan cara kita menyeru orang kepada Allah ialah dengan tegas dan kasih sayang. Al-Azeez ar-Raheem.<\/p>\n<p><strong>Kesilapan adalah fitrah manusia<\/strong><\/p>\n<p>Sebagai seorang hamba, kesilapan itu pasti. Jangan harapkan \u2018perfect\u2019 \u2013 pesan salah seorang guru saya \u2013 yang bukan beragama Islam. \u00a0Hanya Tuhan yang sempurna. Silap itu untuk dibaiki dengan segera oleh orang yang penyayang. Apabila rahmat kurang diperoleh, kita tidak mampu untuk melaksanakan 4 perkara ini seperti mana dalam Surah ali Imran ayat 159<\/p>\n<ol>\n<li>Maafkan beliau<\/li>\n<li>Pohonkan keampunan untuk beliau<\/li>\n<li>Bermesyuarat dan berdiskusi dengan beliau<\/li>\n<li>Tawakal kepada Allah selepas melaksanakan 3 langkah di atas<\/li>\n<\/ol>\n<p>Apabila tawakal tidak berlaku, ia akan menyebabkan kita mengubah hala tuju dan mengambil keputusan lain. Asas mesyuarat ialah untuk patuh kepada hasilnya kecuali kalau mesyuarat lain diadakan pada masa akan datang dengan orang yang sama. Apabila mesyuarat lain dengan orang lain dilaksanakan, ia akan menyebabkan banyak kecelaruan yang berlaku. Ia boleh menimbulkan najwa (perancangan senyap-senyap) untuk menjauhkan dari halatuju asal menuju Allah.<\/p>\n<p><strong>Mesyuarat pelbagai peringkat<\/strong><\/p>\n<p>Mesyuarat boleh berlaku di mana sahaja dan pada pelbagai peringkat. Namun semua tahap mesyuarat perlu dihormati hasil keputusannya. Ia bukan sekadar aktiviti sosial atau memenuhkan atau menyibukkan masa samada dibayar gaji atau tidak. Pada sebalik mesyuarat itu ada komitmen yang dimeterai.<\/p>\n<p>Bagaimana\u00a0 jika terjadi satu mesyuarat dan diskusi lain yang menyebabkan ada perkara dibatalkan oleh mesyuarat terdahulu? Maklumkan kepada pihak berkenaan. Jangan cakap belakang. Cakap belakang ini yang akan merosakkan ruh mesyuarat terdahulu \u2013 dan akhirnya tawakal itu tidak berlaku.<\/p>\n<p><strong>Cara untuk Membiarkan Manusia Terkapai-Kapai?<\/strong><\/p>\n<p>Jangan tolong beritahu solusi.<\/p>\n<ol>\n<li>Kalau orang lain silap, jangan maafkan. Ia akan menyebabkan si pesalah terkapai-kapai.<\/li>\n<li>Kalau orang lain silap, jangan minta ampun untuknya. Ia akan rasa terkapai-kapai.<\/li>\n<li>Kalau orang lain silap, tidak perlu libatkannya dalam mesyauarat atau bermesyuarat tetapi ia akan di\u2019overrule\u2019 oleh mesyauarat yang lain.<\/li>\n<li>Kalau orang lain silap, kita tidak percaya pada Allah (tawakal) untuk menguruskan orang tersebut dalam meneruskan projek dan kerjasama.<\/li>\n<\/ol>\n<p>Nauzubillah. Namun ini adalah senarai semak dalam menguruskan kehidupan agar tetap teguh berteraskan nur dari Ilahi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Masih boleh tegas tetapi kasih sayang dalam menyeru manusia?<\/strong><\/p>\n<p>Biasanya ramai yang menyatakan kalau saya bertegas dan menunjukkan kuasa, sukar saya berkasih sayang. Khuatir nanti tidak menjadi apa yang telah dirancang, terutama apabila ada ahli yang tidak kompeten atau selalu buat silap.<\/p>\n<p>Bolehkah tegas dan dalam masa yang sama berkasih sayang?<\/p>\n<p>Ya apabila kita selalu tadabur ayat akhir dari Surah Yasin:<\/p>\n<p><em>Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. (82)\u00a0<\/em><\/p>\n<p><em>Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (83)<\/em><\/p>\n<p>Allah boleh buat apa sahaja apabila kita sudah wakilkan Allah untuk segenap perkara setelah berusaha. Maha Suci Allah daripada membiarkan tawakal hamba-Nya sia-sia ketika kita menyeru manusia kepada Ya Maha Berkuasa Yang Maha Penyayang.<\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bingung. Memang bingung.\u201d \u201cMengapa Ali? \u201d \u201cAku tidak tahu selesaikan isu hidup aku. Buntu. Aku seperti tidak berharga.\u201d Ini boleh<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5957,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[1],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5956"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5956"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5956\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5958,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5956\/revisions\/5958"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5957"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5956"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5956"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5956"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=5956"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}