{"id":5915,"date":"2014-06-30T00:36:44","date_gmt":"2014-06-29T16:36:44","guid":{"rendered":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/?p=5915"},"modified":"2014-06-30T00:36:44","modified_gmt":"2014-06-29T16:36:44","slug":"apabila-quran-dilihat-sebagai-kalam-allah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/apabila-quran-dilihat-sebagai-kalam-allah\/","title":{"rendered":"Apabila Quran dilihat sebagai kalam Allah"},"content":{"rendered":"<p>&#8220;Banyak sangatlah apa yang disampaikan oleh al-Quran.&#8221;<\/p>\n<p>&#8220;Tajuknya melompat-lompat.&#8221;<\/p>\n<p>Ketika seronok mendapat SMS dari insan yang dicintai, apa sahaja topik disukai. Hatta dapat &#8216;warning&#8217; dari orang lain melalui insan yang dicintai, kita akan ambil kisah dan perhatian. Sudah tentu apabila mendapat surat dari Yang Maha Menyayangi, ia perlu diberi perhatian. Tidak rasa &#8216;banyak&#8217; atau &#8216;melompat-lompat&#8217; kerana ada satu tema utama &#8211; Yang Dicintai. Bukan topik yang dilihat semata-mata, tetapi dilihat kepada dari siapakah ia hadir.<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p>Jika dilihat kepada banyak topik dari yang dicintai, kita akan mudah rasa serabut.<\/p>\n<p>Namun jika kita melihat kepada satu-satunya insan yang disayangi, kita akan rasa amat seronok.<\/p>\n<p>Itulah cara pandang kepada al-Quran. Orang yang tidak bercinta dengan Allah, akan rasa bahawa surah dalam al-Quran amat banyak. Ayatnya banyak sangat: lebih 6000.<\/p>\n<p>Apabila cinta sudah mekar, lebih 6000 itu menjadikan musim bunga dalam hati.<\/p>\n<p><strong>Bagaimana memulakan kecintaan?<\/strong><\/p>\n<p>Cinta yang satu &#8211; Allah. Tahu topik menarik dengan Yang Satu. Tahu apa yang Dia suka dan tidak suka. Tahu apakah sebab perlu bersyukur dan meletakkan Allah sebagai yang paling dicintai &#8211; tiada seteru atau tandingan.<\/p>\n<p>Apabila topik hanya satu &#8211; kecintaan kepada Allah, maka selepas itu boleh kembangkan.<\/p>\n<p><strong>Iyyaka na&#8217;budu waiyyaka nastaeen<\/strong><\/p>\n<p>Sudah kenal Allah, boleh kembangkan kepada tiga perkara:<\/p>\n<ol>\n<li>Allah<\/li>\n<li>Qiamat \u00a0atau ke akhirat<\/li>\n<li>Siraath atau jalan hidup<\/li>\n<\/ol>\n<p>Intipati 3 perkara ini disimpulkan dalam ayat Iyyakana&#8217; budu waiyyaka nastaeen. Padamu ya Allah, kami beribadah dan padaMu ya Allah kami memohon pertolongan. Ini ialah intipati dalam Surah al-Fatihah.<\/p>\n<p>Jika 3 topik ini sudah dibiasakan dalam hidup, ia sudah bersedia untuk dikembangkan kepada setiap ayat dalam surat cinta dari Sang Ilahi.<\/p>\n<p><strong>Sinopsis setiap Juzu&#8217; dan Surah<\/strong><\/p>\n<p>Mana mungkin baca surat cinta tetapi tidak faham, Kalau tidak faham, ia tidak akan dibaca berulang kali. Ia akan dibaca dengan gaya &#8216;musim gugur&#8217;. Pergi berjumpa dengan Si Kekasih tetapi tidak memahami apa yang diujarkan adalah satu tragedi.<\/p>\n<p>Paling kurang sinopsis setiap surah dan juzuk dalam al-Quran perlu diusahakan.<\/p>\n<p>Bagi yang tidak cinta lagi, ia sebagai satu pengenalan.<\/p>\n<p>Bagi yang sudah cinta namun tidak memahami surat-surat yang ada sebanyak 114 pucuk, ia sebagai langkah pengenalan.<\/p>\n<p>Setelah nampak &#8216;sneak peek&#8217; atau &#8216;trailer&#8217;, ia pasti akan mengujakan sesiapa sahaja untuk melihat serta mengalami secara keseluruhan apa yang disampaikan oleh Yang Maha Pengasih.<\/p>\n<p>Akan ternanti-nanti. Akan rasa amat menggamit perasaan surat yang dihantar oleh Yang maha Pengasih ini.<\/p>\n<p><strong>Baca demi baca sampai ketagih<\/strong><\/p>\n<p>Apabila sudah ada sneek peek dan baca secara keseluruhan, ia akan menyebabkan pelbagai dimensi ayat dalam surat akan dianalisis. Apa kaitan surat 1 dengan surat 2. Apa kaitan surat 2 dengan surat 114. Apa kaitan awal surat dengan hujung surat.<\/p>\n<p>Baca demi baca<\/p>\n<p>Faham demi faham sampai ketagih dan ingin &#8216;diedarkan&#8217; kepada orang lain<\/p>\n<p>Ia bukan untuk baca tetapi faham dan diamalkan.<\/p>\n<p>Yang terbaik di kalangan kamu ialah belajar dan mengajar al-Quran. Mengajar itu sampai ia menjadi amalan &#8211; kerana itulah konsep ilmu dalam Islam. belajar tanpa amalan belum lagi menjadi ilmu. Sekadar maklumat.<\/p>\n<p><strong>Quran sebagai kalam Allah<\/strong><\/p>\n<p>Apabila Quran sudah difahami sebagai kalam Allah, bukan &#8216;terpaksa&#8217; baca untuk dapat pahala, usaha untuk membaca dan memahaminya akan menjadi lebih mudah. Bukan sekadar tercari-cari pahala, tetapi kerana mencari-cari manakah bahagian yang dijemput oleh Yang maha Pengasih untuk dijamah oleh tetamu Allah.<\/p>\n<p>Sesungguhnya Quran ialah hidangan-hidangan Allah. Jangan segan untuk menikmatinya, namun memang ramai yang sudah hadir ke majlis jamuan namun ditolaknya mentah-mentah padahal memang perut lapar. Mengapa tolak? Tidak faham bahasa jamuan tersebut.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Banyak sangatlah apa yang disampaikan oleh al-Quran.&#8221; &#8220;Tajuknya melompat-lompat.&#8221; Ketika seronok mendapat SMS dari insan yang dicintai, apa sahaja topik<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5916,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[1],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5915"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5915"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5915\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5917,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5915\/revisions\/5917"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5916"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5915"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5915"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5915"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=5915"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}