{"id":3033,"date":"2007-08-31T08:07:27","date_gmt":"2007-08-31T08:07:27","guid":{"rendered":"\/hidayah_mencari_tuhan_4\/"},"modified":"2011-06-12T22:34:02","modified_gmt":"2011-06-12T22:34:02","slug":"hidayah_mencari_tuhan_4","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/hidayah_mencari_tuhan_4\/","title":{"rendered":"Hidayah&#8230;Mencari Tuhan 4"},"content":{"rendered":"<p>\n&quot;Saya sekarang ustaz, 100% percaya Kristian. Saya rasakan bahawa agama tersebut mempunyai akhlak yang bagus. Saya belajar banyak perkara dalam agama tersebut. &quot;\n<\/p>\n<p>\n&quot;Mengapa Hidayah nak masuk Islam sekarang?&quot;\n<\/p>\n<p>\n&quot;Saya terpaksa. Tapi satu hari saya berdoa. Ketika itu, saya dalam keadaan bahaya. Kalau saya ditangkap pada waktu itu, kemungkinan saya akan dipenjara 4, 5 tahun dan saya akan berpisah dengan anak saya. Saya tak sanggup. Saya sayang anak saya. Itulah yang saya ada di atas dunia. Saya tak sanggup korbankannya.&quot; Ada genangan air mata yang nampak menuruni wajahnya.\n<\/p>\n<p>\nSuasana hening.\n<\/p>\n<p>\n&quot;Pada waktu itu ustaz, saya berdoa kepada Tuhan. Saya kata &#8216;kalau kau benar Ya Tuhan, selamatkan aku.Saya berdoa menuju kepada Tuhan dalam Islam walaupun saya bukan Islam ketika saya berdoa itu. Saya merasakan bahawa Tuhan pasti akan tunjukkan kekuasaannya apabila saya memerlukannya.&quot;\n<\/p>\n<p>\nAku diam. Mendengar penuh teliti. Subhanallah! Maha Suci Allah dengan pengalaman saudari seIslamku ini. Aku terkedu dan rasa diri melayang &#8211; rasa hina di sisi Tuhan apabila tidak selalu memohon kepada-Nya.\n<\/p>\n<p>\n&quot;Benar Hidayah, Tuhan sudah menunjukkan sesuatu pada Hidayah. Apabila kita bermohon hanya pada Allah dan tiada siapa yang kita harapkan, Allah akan makbulkan. Pada waktu itu, Hidayah memang tidak meletakkan tandingan pada Allah. Maka Allah akan menerima doa yang ikhlas dari hamba-Nya.&quot;\n<\/p>\n<p>\n&quot;Pengalaman itu amat penting bagi saya ustaz. Itu sebabnya saya ingin memahami Islam walaupun secara luaran kini, saya masih mencintai Kristian.&quot;\n<\/p>\n<p>\nAku setuju. Patutkah semua orang ada pengalaman sedemikian? Perlu ditunggu saat kritikal itu dan berdoa lantas Allah akan menunjukkan kekuasaannya dan baru kita akan yakin? Persoalan itu ingin aku cari dalam pemerhatianku selepas ini.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\n&quot;Ustaz, perbincangan yang akan kita laksanakan ini bukanlah penceritaan diri saya sahaja. Saya akan sekalikan dengan pengalaman kawan-kawan saya. Dan saya juga ingin bertanya beberapa soalan&nbsp; yang diharapkan ustaz tidak bosan menjawabnya, ya?&quot;\n<\/p>\n<p>\nAku mengangguk. Senyum.\n<\/p>\n<p>\n&quot;Bukan apa ustaz. Saya tak nak menyakiti hati ustaz.&quot;\n<\/p>\n<p>\n&quot;Hidayah, tak de soalan yang menyakiti pun kerana kita semuanya mencari Tuhan. Kekadang apabila kita rasakan soalan itu tidak sesuai tetapi kita bermain sentiasa dengan persoalan tersebut, ia akan menyebabkan diri kita sakit dan makin parah. &quot;\n<\/p>\n<p>\nHidayah mengangguk-angguk. Ada satu jaminan. Nampak kepuasan pada raut mukanya yang awalnya nampak sugul kerana bermain dengan perasaan mencari kebenaran.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[175,120],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3033"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3033"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3033\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3300,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3033\/revisions\/3300"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3033"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3033"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3033"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=3033"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}