{"id":283,"date":"2009-03-28T13:59:08","date_gmt":"2009-03-28T20:59:08","guid":{"rendered":"http:\/\/www.almuntalaq.com\/?p=283"},"modified":"2011-06-12T21:23:53","modified_gmt":"2011-06-12T21:23:53","slug":"uniknya-manusia-membentuk-ummah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/uniknya-manusia-membentuk-ummah\/","title":{"rendered":"Uniknya manusia membentuk ummah"},"content":{"rendered":"<p>Pernahkah anda menyiapkan jigsaw puzzle yang berjumlah 1000 keping? Pening bukan? Hanya berbekalkan gambar pada muka kotak dan juga keadaan asal kepingan puzzle tersebut, barulah dapat selesai dicantumkan kesemuanya. Bahkan mungkin\u00a0 mengambil masa hampir seminggu untuk menyelesaikannya.<\/p>\n<p>Jika kita perhatikan, setiap kepingan puzzle mempunyai bentuk yang tertentu. Pada muka depan tercetak sebahagian daripada keseluruhan gambar, juga tidak boleh diletakkan sesuka hati di mana-mana. Yang punyai sisi tegak dan lurus, harus berada di tepi, tidak boleh berada di tengah, begitu juga yang bersisi tidak sekata, tidak boleh diletakkan di tepi. Itu hint yang diberikan.<\/p>\n<p>Akhirnya,\u00a0 cantuman daripada bentuk yang berbeza, menghasilkan\u00a0 puzzle yang lengkap dan tersusun rapi.<\/p>\n<p><strong>MEMAHAMI MANUSIA<\/strong><\/p>\n<p>Manusia juga ibarat puzzle. Setiap daripada kita mempunyai keunikan personaliti yang tersendiri. Berdasarkan kajian, personaliti manusia boleh dikelaskan\u00a0 kepada empat jenis profil iaitu Popular Sanguine, Perfect Melancholy, Powerful Choleric dan Peaceful Phlegmatic.<\/p>\n<p>Apabila kita mengetahui profil personaliti, kita akan sedar istimewanya diri\u00a0 dan lebih penting lagi kita dapat menghargai personaliti dan sikap orang lain. Tiada satu profil personaliti yang lebih baik atau lebih buruk. Setiap personaliti mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri.<\/p>\n<p><em>Ceria bersama Popular Sanguine<\/em><br \/>\nJika ada dikalangan kawan anda yang popular dengan sifat ceria dan \u201chappy go lucky\u201dnya, maka dia memiliki personaliti ini. Kehadiran dia dalam mana-mana majlis pasti akan memeriahkan suasana. Sifat periang, peramah, suka bercerita, berjenaka, menjadi perhatian\u00a0 merupakan kriteria yang ada pada dirinya. Cuma kelemahannya kadangkala terlalu banyak cakap, mudah terlupa, tidak pandai mengurus, dan tidak serius.<\/p>\n<p><em>Belajar mengurus dari Perfect Melancholy<\/em><br \/>\nUmumnya individu yang mempunyai personaliti ini seorang yang berfikiran tajam, organized dan artistik. Oleh sebab terlalu terperinci dan pentingkan details, kadangkala individu ini mudah mendapat tekanan dan perlu bersendirian. Walaupun begitu, kehadiran mereka sangat diperlukan dalam tugasan mengurus kerana mereka sangat pentingkan kesempurnaan. Malah artis, pemuisi, penulis sajak lahir dari golongan ini.<\/p>\n<p><em><br \/>\nBerpandangan jauh seperti Powerful Choleric<\/em><br \/>\nKebanyakan pemimpin mempunyai personaliti ini. Mereka jenis yang berani kehadapan, berkeyakinan tinggi, bercita \u2013 cita besar dan sukakan cabaran. Lazimnya mereka bijak dalam membuat keputusan dan membuatkan mereka tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Cuma kelemahannya, mereka agak degil, sukar menerima pandangan berbeza dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain.<\/p>\n<p><em>Relax bersama Peaceful Phlegmatic<\/em><br \/>\nIndividu yang mempunyai profil ini adalah seorang yang easygoing dan diplomasi. Mereka mudah bergaul dengan semua orang dan mempunyai ramai kawan.\u00a0 Kehadiran mereka diperlukan untuk mencapai perdamaian antara dua pihak di samping\u00a0 menjadi pendengar yang baik. Cuma lazimnya mereka tidak sukakan risiko dan cabaran. Lebih suka lakukan perkara yang mudah dan santai.<\/p>\n<p>Jika mahu mengetahui profil personaliti anda, bacalah buku \u201cPersonality Plus\u201d tulisan Florence Littauer yang akan memandu anda untuk memahami diri sendiri seterusnya memahami orang lain.<\/p>\n<p><strong>MENGHARGAI KEPELBAGAIAN<\/strong><\/p>\n<p>Ulasan di atas jelas membuktikan Allah menciptakan setiap individu berbeza personaliti kerana ada hikmah yang besar di sebaliknya. Seorang manusia tidak dapat menghasilkan banyak perkara bila berseorangan. Hasil daripada kerjasama dan sinergi antara manusialah yang menjadikan kehidupan kita lebih jauh bermakna. Ibarat puzzle yang berlainan bentuk, berbeza posisi sekiranya digabung-jalinkan dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya, akan memberikan satu gambaran baru yang jauh lebih besar, menarik dan jelas.<\/p>\n<p>Jadi berusahalah untuk menghargai keunikan dan perbezaan pada diri anda dan setiap manusia. InsyaAllah dengan kekuatan sinergi itu dapat menghasilkan integrasi dan membuahkan hasil yang optima untuk kebaikan sejagat.<\/p>\n<p>Firman Allah swt \u201cSesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang di jalanNya, dalam barisan yang seperti satu binaan yang tersusun rapi.\u201d (Surah As-Saff : 4)<\/p>\n<p>Fikrah dan pemikiran disatukan.<\/p>\n<p>Tenaga dan kemampuan diperhitungkan.<\/p>\n<p>Berjuanglah dalam satu barisan!<\/p>\n<p>Wallahua\u2019lam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pernahkah anda menyiapkan jigsaw puzzle yang berjumlah 1000 keping? Pening bukan? Hanya berbekalkan gambar pada muka kotak dan juga keadaan<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":6606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[1],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/283"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=283"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/283\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2122,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/283\/revisions\/2122"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=283"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=283"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=283"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=283"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}