{"id":1249,"date":"2008-03-13T01:48:05","date_gmt":"2008-03-13T01:48:05","guid":{"rendered":"\/masih_malas_membaca_\/"},"modified":"2011-10-19T08:14:14","modified_gmt":"2011-10-19T00:14:14","slug":"masih_malas_membaca_","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/masih_malas_membaca_\/","title":{"rendered":"Masih malas membaca?"},"content":{"rendered":"<p><em>Harga buku menjadi \u2018kambing hitam\u2019? Oleh Azman Ismail (Utusan Online)<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>SALAH satu ciri negara maju adalah jumlah penerbitan yang mereka miliki. Jepun, negara yang musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua misalnya berusaha memulihkan dirinya dengan menerbitkan buku sebanyak mungkin dan dijual semurah mungkin. Buku-buku dari luar negeri juga diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun. Objektif utama tindakan tersebut adalah untuk memastikan rakyat negara itu membaca dan memperoleh ilmu-ilmu baru tanpa had. setiap rakyat negara itu berpeluang untuk membaca buku apa sahaja. Kesan daripada tindakan dan kebijaksanaan tersebut, Jepun muncul sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan dan akhirnya mampu menandingi keupayaan Barat.<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p>Oleh pemikir, Francis Fukuyama dalam<br \/>\nbukunya Trust: The Social Virtues and the Creation of Prosperity,<br \/>\nkejayaan masyarakat Jepun termasuk dalam perniagaan dikaitkan dengan<br \/>\nbudaya membaca mereka. Kini penerbitan buku di Jepun menjadi suatu<br \/>\nindustri yang memberi pulangan besar. Malah, penerbit-penerbit asing<br \/>\nturut berlumba-lumba menerbit karya-karya sama ada fiksyen atau<br \/>\nnonfiksyen oleh pengarang negara Matahari Terbit tersebut.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Namun,<br \/>\nkedudukan itu jauh berbeza dengan dengan perkembangannya di Malaysia.<br \/>\nBuku masih dianggap bukan keperluan berbanding dengan hiburan dan<br \/>\nbarangan lain. Sebahagian masyarakat Malaysia belum memahami apa itu<br \/>\nbuku dalam erti sesungguhnya. Sedangkan secara fungsional, ia dapat<br \/>\ndidefinisikan sebagai suatu kumpulan bentuk komunikasi grafik yang<br \/>\ncukup berkesan untuk pembinaan peradaban. \u201cMasyarakat kita berada dalam<br \/>\nsuatu fenomena yang \u2018unik\u2019 jika dibandingkan dengan negara-negara maju<br \/>\nseperti Jepun apabila mereka tidak meletakkan ilmu pengetahuan sebagai<br \/>\ntempat tertinggi jika dibandingkan dengan bidang-bidang lain.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cMungkin di Malaysia buku berada ditempat<br \/>\nketiga selepas barangan mewah dan hiburan lain . Alasan klasik yang<br \/>\nsering diberikan ialah harganya yang terlalu tinggi (sama ada buku<br \/>\nterbitan tempatan atau import) dan tidak mampu dibeli,\u201d kata peminat<br \/>\nbuku, Jaafar Abdul Rahim. Ironisnya, beliau berkata, harga buku masih<br \/>\njauh lebih rendah berbanding barangan mewah atau kos yang diperlukan<br \/>\nuntuk hiburan yang mampu dibeli oleh masyarakat Malaysia hari ini.<br \/>\nNamun, segelintir masyarakat tetap menjadikan harga buku sebagai alasan<br \/>\nmereka tidak suka membaca. Jaafar berkata, sudah menjadi kewajaran jika<br \/>\nbuku-buku ilmiah dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun ia<br \/>\nmasih terjangkau oleh sebahagian besar masyarakat negara ini.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Apa yang<br \/>\nmenjadi persoalan di Malaysia sekarang ialah harga buku telah dijadikan \u2018kambing hitam\u2019 oleh golongan berkenaan sedang<br \/>\npada masa yang sama mereka sanggup menghabiskan wang untuk hiburan atau<br \/>\nmembeli barangan berjenama. \u201cOrang kita mungkin bukan malas membaca<br \/>\ntetapi kurang membaca dan belum sedar sepenuhnya erti pentingnya ilmu<br \/>\npengetahuan yang bakal diperoleh daripada buku-buku atau bahan bacaan<br \/>\ntersebut . \u201cKalau kita sekadar membaca karya-karya atau tulisan<br \/>\npicisan, tidak mungkin kita dapat idea besar. Hanya buku yang<br \/>\nbenar-benar bermutu sahaja mampu melontarkan idealisme yang hebat,\u201d<br \/>\ntambahnya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Di sisi lain beliau melihat rakyat negara ini mempunyai<br \/>\nkuasa beli yang kukuh. Cuma buku bukan keutamaan seperti yang wujud di<br \/>\nnegara-negara maju seperti Jepun atau Amerika Syarikat. \u201cCukup pelik<br \/>\njika ada kelompok masyarakat kita yang mampu bercuti di luar negara atau menonton perlumbaan Formula 1 dengan<br \/>\ntiket mencecah ribuan ringgit tetapi tidak mampu membeli buku yang<br \/>\nharganya tidak sampai RM100,\u201d ujarnya. Sementara itu, Jaafar berkata,<br \/>\nmasyarakat perlu didedahkan dengan pendekatan- pendekatan baru dalam<br \/>\npembacaan supaya proses membaca menjadi sesuatu yang menyeronokkan.<br \/>\nAntaranya, pihak yang bertanggungjawab perlu melaksanakan kursus<br \/>\nmembaca pantas (speed reading course) untuk membolehkan pembaca<br \/>\nmemahami isi sesebuah buku dalam tempoh yang singkat.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Begitu juga<br \/>\ndengan Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional (Pena), Syed Mohamad<br \/>\nZakir Syed Othman (SM Zakir) melihat harga buku hanyalah \u2018kambing<br \/>\nhitam\u2019 oleh sebahagian masyarakat di negara ini. Katanya, harga buku<br \/>\nyang terlalu tinggi digunakan sebagai alasan kenapa masyarakat di<br \/>\nnegara ini kurang membaca atau dengan kata lain faktor harga tersebut<br \/>\nmenjejaskan minat masyarakat. Sedangkan beliau berkata, masyarakat di negara ini masih belum terbuka secara<br \/>\nkeseluruhan kepada budaya keilmuan. Mereka cenderung meletakkan budaya<br \/>\nmembaca sebagai sesuatu yang tidak penting. \u201cSaya melihat fenomena<br \/>\nmasyarakat Malaysia hari ini sangat membimbangkan. Apa lagi ketika<br \/>\nhedonisme televisyen dan hiburan bertapak dengan kukuh. Ada yang<br \/>\nsanggup menghabiskan wang untuk terlibat dalam realiti TV .<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cMahu atau<br \/>\ntidak, kerajaan perlu `memaksa\u2019 dalam konteks menggalakkan masyarakat<br \/>\nuntuk membaca misalnya mengecualikan cukai kerana ini salah satu<br \/>\ndaripada proses untuk membentuk budaya membaca,\u201d katanya. Katanya,<br \/>\nhedonisme televisyen dan hiburan tersebut telah mewujudkan satu<br \/>\npersepsi budaya baru iaitu masyarakat yang suka berhibur, tidak<br \/>\nmementingkan ilmu pengetahuan dan tidak mahu membaca ,\u201d katanya. Oleh<br \/>\nitu, SM Zakir berkata, peranan kerajaan untuk mewujudkan struktur dasar<br \/>\npembacaan khususnya mengurangkan harga buku dan pengecualian cukai<br \/>\nsangat penting. Beliau berkata, jika fenomena tidak suka membaca dan<br \/>\nenggan mendekati pengetahuan berterusan, ia akan memberi impak yang<br \/>\nsangat besar kepada peradaban bangsa Malaysia.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cMenstruktur kembali<br \/>\ndasar pembacaan sangat penting sama seperti tindakan kerajaan<br \/>\nmenstrukturkan ekonomi. Kedua-duanya sama penting. \u201cDasar pembacaan<br \/>\nmisalnya terlalu penting untuk mengukuhkan modal insan. Jika kita<br \/>\nmelahirkan tenaga yang tidak berpengetahuan, bayangkan apa yang terjadi<br \/>\nkepada masa depan negara ini,\u201d tambah beliau. Berdasarkan pandangan<br \/>\nJaafar dan SM Zakir tersebut, kita sesekali perlu kembali kepada<br \/>\nsejarah. Tradisi keilmuan Melayu telah berusia lebih 600 tahun dan jauh<br \/>\nlebih lama berbanding dengan perkembangannya di negara-negara maju.<br \/>\nNamun, benarkah begitu?<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Seperti kata Jaafar dan SM Zakir, masyarakat Malaysia hari ini tidak gemar membaca dan enggan<br \/>\nmendekati ilmu dan salah satu \u2018kambing hitam\u2019 adalah harga buku yang<br \/>\ndikatakan tinggi. Hasilnya, tradisi keilmuan Melayu yang digali oleh<br \/>\ntokoh-tokoh Kerajaan Islam Aceh, Kesultanan Melaka dan lain-lain itu<br \/>\nseolah-olah hampir menemui noktahnya!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\n<br \/>\n<i><br \/>\nHarga buku menjadi &lsquo;kambing hitam&rsquo;? Oleh Azman Ismail (Utusan Online)<\/i>\n<\/p>\n<p>\n&nbsp;\n<\/p>\n<p>\nSALAH satu ciri negara maju adalah jumlah penerbitan yang mereka<br \/>\nmiliki. Jepun, negara yang musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua<br \/>\nmisalnya berusaha memulihkan dirinya dengan menerbitkan buku sebanyak<br \/>\nmungkin dan dijual semurah mungkin. Buku-buku dari luar negeri juga<br \/>\nditerjemahkan<br \/>\nke dalam bahasa Jepun. Objektif utama tindakan tersebut adalah untuk<br \/>\nmemastikan rakyat negara itu membaca dan memperoleh ilmu-ilmu baru<br \/>\ntanpa had. setiap rakyat negara itu berpeluang untuk membaca buku apa<br \/>\nsahaja. Kesan daripada tindakan dan kebijaksanaan tersebut, Jepun<br \/>\nmuncul sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan dan akhirnya<br \/>\nmampu menandingi keupayaan Barat.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[1],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1249"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1249"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1249\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4220,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1249\/revisions\/4220"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1249"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1249"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1249"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=1249"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}