{"id":1238,"date":"2008-02-13T04:18:44","date_gmt":"2008-02-13T04:18:44","guid":{"rendered":"\/bila_terlampau_banyak_kebenaran_\/"},"modified":"2011-06-12T21:24:05","modified_gmt":"2011-06-12T21:24:05","slug":"bila_terlampau_banyak_kebenaran_","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/bila_terlampau_banyak_kebenaran_\/","title":{"rendered":"Bila Terlampau Banyak &#8216;Kebenaran&#8217;"},"content":{"rendered":"<p><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\nSebenarnya bukan banyak maklumat atau ilmu itu yang utama.<br \/>\nYang lebih utama ialah sejauh mana kefahaman dan penghayatan. Kefahaman<br \/>\nmelibatkan kapasiti intelek makanala penghayatan meibatkan kapasiti emosi dan<br \/>\nspiritual. Ia memerlukan tindakan daripada seseorang individu. Atas dasar itu,<br \/>\nyang perlu kita selidiki ialah bagaimana info dan ilmu itu mampu menghasilkan<br \/>\namalan dan tindakan &ndash; di peringkat hati, lidah dan tubuh badan. Ini yang<br \/>\ndiperlukan. Kemajuan di atas muka bumi ini tidak berpijak pada ilmu yang<br \/>\ntersimpan dalam tesis PhD atau di rak buku. Ia adalah hasil kefahaman dari buku<br \/>\ndan pembalajaran yang diterjemahkan ke dalam amalan.\n<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\n<o:p>&nbsp;<\/o:p>\n<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\nAtas dasar itu, kita lihat pakcik-pakcik di kampung kekadang<br \/>\ntenang dan banyak amalan berbanding individu yang balik dari universiti.<br \/>\nSememangnya tahap orang yang berilmu tidak sama dengan yang berilmu. Tetapi<br \/>\ntidak semestinya yang di kampung itu tidak berilmu. Mereka dapat ilmu, lantas<br \/>\ndiamalkan. Yang banyak maklumat depan komputer, dapat ilmu, dianalisa dan<br \/>\ndicari lagi. Belum sempat habis kajian dan amalan yang pertama, sudah masuk<br \/>\nyang kedua. Kesannya? Lahirlah individu sarat ilmu dan konsep. Tinggi inteknya.<br \/>\nBila dicucuk emosi atau spiritual, ia akan melatah dan masih mencari buku dan<br \/>\ninternetnya tanpa mampu untuk menggunakan kapasiti akal untuk menaakul<br \/>\nberdasarkan ilmu yang dipelajari.\n<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\n<o:p>&nbsp;<\/o:p>\n<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\nLebih teruk ialah apabila individu &lsquo;tinggi intelek&rsquo; ini<br \/>\nmemisahkan lapangan ilmu dengan dunia sebenar. Mereka merasakan apa yang<br \/>\ndilalui seharian bukan sumber ilmu yang amat penting untuk mematangkan dan<br \/>\nmenjadikan mereka berjaya. Mereka kekadang tidak nampak bahawa untuk berjaya,<br \/>\nia bukanlah hanya dengan merujuk buku bercetak. Carilah sumber bacaan dengan<br \/>\nberdiskusi dengan orang berpengalaman, berbincang dengan para ilmuan, belajar<br \/>\ndari kesilapan dan 1001 cara lain untuk membaca dunia ini menuju kejayaan. Kita<br \/>\ntidak mahu dunia ini dipenuhi dengan zombi kejayaan. Mengapa zombi kejayaan? Ia<br \/>\ntahu konseo untuk berjaya, tetapi sudah mati dalam dunia sebenar kerana tidak<br \/>\nmahu masuk ke alam realiti. Takut pada realiti. Hanya duduk di sebalik SMS,<br \/>\nemail dan internet. Ini adalah sindrom zaman IT yang amat membahayakan untuk<br \/>\nkita mewujudkan tamadun yang berjaya di dunia dan akhirat.\n<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\n<o:p>&nbsp;<\/o:p>\n<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\nBagaimana ingin mengelakkan anda menjadi zombi kejayaan di<br \/>\nzaman IT ini?\n<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\n<o:p>&nbsp;<\/o:p>\n<\/p>\n<ol style=\"margin-top: 0pt\" start=\"1\" type=\"1\">\n<li class=\"MsoNormal\">Jangan<br \/>\n\thanya ber-SMS atau email dengan seseorang. Pada saat kritikal, telefonlah.<br \/>\n\tBercakap akan menjadikan anda yakin dengan realiti.<\/li>\n<li class=\"MsoNormal\">Kalau<br \/>\n\tperlu bertemu dan bersemuka jika ada masalah, hadapilah. Ia menunjukkan<br \/>\n\tkita berani menghadapi realiti.<\/li>\n<li class=\"MsoNormal\">Banyak<br \/>\n\tmaklumat? Pastikan anda ada amalan yang konsisten dilaksanakan. Bukan<br \/>\n\tsekadar konsep dalam laptop atau minda sahaja.<\/li>\n<li class=\"MsoNormal\">Anda<br \/>\n\tbanyak kenalan di internet atau SMS sahaja? Dapatkan kenalan yang <i>real<\/i><br \/>\n\tdan membincangkan isu <i>real<\/i>. Bukan sekadar hiburan atau <i>personal<br \/>\n\tmatter<\/i>. Isu <i>real <\/i><span>&nbsp;<\/span>ialah<br \/>\n\tseperti nasib orang lain, isu ekonomi, dakwah dan sebagainya. Isu yang<br \/>\n\tmelibatkan tanggungjawab<span>&nbsp; <\/span>&#8211; bukan<br \/>\n\tsekadar suka-suka.<\/li>\n<li class=\"MsoNormal\">Dan<br \/>\n\tbanyak lagi tindakan yang menunjukkan kita berani dan bersungguh menuju<br \/>\n\tkejayaan real.<\/li>\n<\/ol>\n<p class=\"MsoNormal\">\n<o:p>&nbsp;<\/o:p>\n<\/p>\n<p class=\"MsoNormal\">\nSemoga kita mampu menjadi individu yang berjaya di dunia<br \/>\nakhirat. Ameen!\n<\/p>\n<p><iframe src=\"http:\/\/www.google.com\/notebook\/static_files\/blank.html\" style=\"position: absolute; display: block; opacity: 0.7; z-index: 500; width: 1px; height: 1px; top: 96px; right: 307px\" id=\"gnotes-notemagic\" frameborder=\"0\"><\/iframe><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<div align=\"left\">\n<div style=\"text-align: center\" align=\"right\">\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\" align=\"justify\">\n<img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" src=\"images\/stories\/cellphone2.jpg\" alt=\"cellphone2.jpg\" title=\"Telefon membantu...tetapi kekadang ia menyebabkan ketakutan pada individu tertentu\" style=\"margin: 5px 10px; width: 232px; height: 158px; float: left\" height=\"158\" width=\"232\" \/>\n<\/div>\n<div align=\"left\">\n{popin}\n<\/div>\n<div align=\"left\">\nDalam kehidupan seharian, banyak ilmu dan informasi yang<br \/>\nkita terima. Apatah lagi\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\" align=\"justify\">\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\" align=\"justify\">\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\" align=\"justify\">\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\" align=\"justify\">\n<\/div>\n<div style=\"text-align: center\" align=\"right\">\n<\/div>\n<p>dalam zaman internet dan multimedia, sudah tidak sukar<br \/>\nuntuk mendapatkan<br \/>\nsebarang maklumat. Anda boleh sahaja mencari ceramah agama,<br \/>\nl<\/p>\n<div style=\"text-align: center\" align=\"justify\">\n<\/div>\n<p>agu, buku, majalah, berita dan banyak lagi. Cuma cabarannya: adakah kita makin<br \/>\nfaham tentang apa yang kita kehendaki dalam hidup ini? Benarkah kita akan lebih<br \/>\ntenang dengan ilmu dan maklumat yang amat banyak ini?\n<\/p>\n<\/div>\n<p class=\"MsoNormal\">\n<o:p>&nbsp;<\/o:p><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[1],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1238"}],"collection":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1238"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1238\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2211,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1238\/revisions\/2211"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1238"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1238"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1238"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"https:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=1238"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}