Umum

Usrah tidak mencerna minda?

Realiti hari ini kita banyak mendengar pelbagai kritikan dilontarkan terhadap institusi usrah. Ada yang mengatakan institusi usrah tidak berjaya melahirkan ahli yang berfikiran kritis dan kritikal. Pengisian yang rigid dengan kerangka yang dibentuk atas pendoktrinan kepada silibus tertentu mengepung minda ahli usrah untuk lebih rancak berfikir. Kebergantungan hakiki kepada naqib juga menyebabkan ahli usrah menjadi malas untuk meneroka ilmu baru yang di luar lingkungan usrah.

Persoalannya benarkah itu yang berlaku?

Kritikan bahawa usrah tidak langsung memberi peluang kepada ahli untuk menjadi lebih kreatif dan kritis itu tidak benar sama sekali. Sistem usrah yang dijalankan kebanyakannya lebih bersifat fleksibel dan terbuka. Kebiasaannya selepas disaji dengan pengisian, akan ada masa yang diluangkan untuk sesi diskusi dan lontaran pandangan. Naqib juga akan memainkan peranan untuk mencetuskan persoalan atau provokasi yang boleh menggalakkan perbincangan. Maka institusi usrah ini langsung tidak membendung daya berfikir anak usrah. Sebaliknya, yang selalu menjadi isu adalah kurangnya partisipasi dari anak usrah apabila diberikan peluang untuk mengemukakan pendapat atau bertanya soalan. Titik tolaknya adalah kesilapan ahli usrah yang tidak memanfaatkan peluang itu untuk mengembangkan idea dan bertukar pandangan.

Selain itu, institusi usrah langsung tidak membendung daya berfikir anak usrah. Tidak pernah timbul isu di mana adanya naqib atau satu sistem usrah yang menghalang anak – anak usrah daripada menelaah sebarang bahan bacaan luar dari konteks usrah termasuklah bahan bacaan berat dan intelektual. Cuma yang ditetapkan oleh naqib atau sistem tersebut adalah perlunya ada kerangka ilmu yang bersifat asasi dan fundamental yang harus di fahami dengan jelas sebelum menyelongkar ilmu yang lebih tinggi peringkatnya. Di samping itu, isu – isu semasa, global dan kontemporari tidak terasing dari menjadi fokus pengisian dan perbincangan usrah. Ahli – ahli usrah diberikan kefahaman yang jelas serta saranan untuk mempunyai prinsip yang teguh dalam menangkis segala anasir luar dan serangan pemikiran yang menerjah.

Institusi usrah di zaman Rasulullah juga tidak dinafikan berjaya melahirkan produk usrah yang cerah mindanya. Lihat sahaja bagaimana Muaz bin Jabal yang mendapat bimbingan dan didikan menerusi usrah Rasulullah saw. Beliau mampu untuk berjuang seorang diri di Yaman. Malah mampu merancang strategi dakwah yang hebat dan mantap hingga mampu mengislamkan beribu – ribu umat di sana.

Dengan ini, jelaslah kita bahawa institusi usrah langsung tidak mengepung minda ahlinya untuk menjadi lebih kritis dan kreatif. Malahan medium usrah itulah yang menjadi medan untuk ahlinya mereformasi sikap terhadap ilmu dan pengetahuan dan seterusnya menawarkan jawapan-jawapan alternatif dan konkrit terhadap masalah-masalah yang menimpa ummah.

Wallahua’lam

9 thoughts on “Usrah tidak mencerna minda?

  • amaryasier

    Usrah adalah satu medium yang baik untuk menyediakan umat Islam yang kuat dan teguh. Mengikut perbincangan ana dgn salah seorang ustaz dulu, skills dalam usrah ini dapat kita gunakan dalam kehidupan seharian secara sedar dan tidak sedar especially sbg seorang pelajar.

    InsyaAllah, usrah akan membawa kebaikan kpd kita semua.

    Wallahua’lam.

    Reply
    • wafeeqah

      isu ini dibahas kerana ada yang mengkritik pengisian usrah tidak mencabar minda. bagi mereka pengisian usrah hanya seputar tarbiyah ruhiyyah, membawa diri dekat pada Allah, meningkatkan iman dan lain2 tetapi mengepung minda ahlinya untuk berfikir lebih luas tentang isu2 global, kontemporari, politik, ekonomi dan sebagainya. bagi mereka yang meminati isu2 berat dan advance (sosial sains, intelektual,isu semasa, etc)mereka mendakwa ilmu2 itu takkan dapat diperoleh dengan menghadiri usrah. jadi apakah langkah terbaik untuk mengajak mereka meminati usrah? bagi pengisian berat2 dalam usrah? bincang isu2 kontemporari semata? atau assign ahli usrah baca buku2 tebal tulisan pemikir barat? mohon pandangan kalian..

      Reply
      • Wan Khalil Wan Ahmad

        Kita boleh mengambil pendekatan dengan menggunakan ilmu sains untuk menghuraikan islam,ataupun kita hurai sains dengan islam.
        Boleh juga bercakap pasal ekonomi sekular dan ekonomi islam. boleh buat pro dan cons dan kemudian buktikan yang cara islam adalah cara terbaik.

        Cara-cara ini dapat menarik minat orang dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan tujuan usrah iaitu mendekatkan diri dengan pencipta.

        Reply
      • Terigt satu lecture yg penah ana dgr long time ago berkenaan surah pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW ya’ni ayat 1-5 surah al-‘Alaq yg bermaksud
        “[1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

        [2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

        [3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,

        [4] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.

        [5] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

        Masalah ‘otak tak berkembang’ tak patut ditujukan kepada institutsi usrah tetapi kepada individu yang telah melupakan kewajiban diri untuk menuntut ilmu. Banyak kena usaha untuk buangkan “M” kabir dalam diri individu.

        Tapi ana kurang bersetuju kalau mengatakan isu Tauhid, ‘Aqidah, Akhlaq, Fiqh, ‘Ibadah dan lain-lainnya yang ditekankan dalam usrah itu sebagai isu dan topik yang ‘kurang berat’. Jujur ana katakan mereka yang mengatakan sedemikian rupa tidak takut akan hari akhirat! Apa yang lebih penting lagi berbanding iman dan taqwa? Bukankah perkara-perkara utama yang Rasulullah SAW sampaikan dalam tempoh 13 tahun dakwah baginda di Mekah membincangkan isu2 sekitar ‘aqidah? Bahkan topik2 ini sentiasa menjadi topik utama yang dibincangkan sehinggalah ke hari wafatnya Baginda SAW.

        Isu2 kontemporari itulah isu yg remeh. Isu2 itu semua dapat diselesaikan andai kefahaman akan Islam itu mantap. Nak menarik orang ramai mengikuti usrah? Berikan kepada mereka kefahaman yang cukup untuk membuatkan mereka rasa ilmu Islam itu lebih utama berbanding ilmu2 duniawi yg lain!

        Reply
  • imranty

    Sememangnye naqib memainkan peranan penting utk menghidupkan suasana ketika halaqah. Tambah-tambah lagi kalau anak2 buah semua yang jenis tak banyak bercakap, lagilah naqib kena lebih kreatif untuk “menggerakkan aliran darah dalam otak” anak2 buah.

    Bermacam2 persepsi timbul bila kita sebut mengenai usrah ini. Yang penting naqib berperanan untuk mencantas mana2 persepsi negative dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengelakkan diri dari menjadi fitnah dalam dakwah.

    wallahua’lam.

    Reply
  • Keterbukaan minda itu penting.
    Kalau naqib punya minda terbuka, ahli juga inshaallah akan terbuka mindanya.
    Pendapat yang dikemukakan ahli, jangan ditolak bulat-bulat, tapi biasakan dengan aktiviti diskusi yang boleh membawa kepada banyak idea-idea bernas.

    Reply
  • Wan Khalil Wan Ahmad

    Ada satu perkara yang berbeza antara zaman rasullah dan zaman kita yang mungkin menjadi antara penyebab berbezanya Muaz bin Jabal dan kita.

    Rasullah mengajar semua aspek termasuklah politik dan undang-undang dlm dalam usrahnya. Ramai antara penggerak usrah lebih selesa dengan mengabaikan isu politik dalam usrah. Mungin kerana kita telah ditanam dalam pemikiran kita, usrah=agama. politik=kotor. jadi tak boleh campurkan agama dgn kotor. so, kebanyakan orang mengambil jalan pintas dgn menjauhkan politik dari agama dan agama dari politik.
    Sedar tak sedar, kita telah melatih diri kita menjadi seorang sekular dan hipokrit.

    Saya kadang-kadang tidak faham kenapa ada sesetengah orang begitu tegas dan cepat melenting jika dikaitkan politik dengan agama. Walhal nabi sendiri adalah pemimpin politik. Dan nabi sendiri berpesan supaya kita mengambil tahu isu-isu dan hal negara. Kalau tak salah, hubbul watan kan fardu kifayah.

    Mungkin kita boleh kaji kembali modul usrah kita agar tidak 100% hablun min Allah. kena ada juga hablun min nas…

    Sekian,
    -kk-

    Reply
  • syafiq

    follow corak pemikiran / behaviour ahli2 kumpulan. dan cuba navigate ke arah islam.. elakkan menyekat pemikiran atau terus membunuh idea2 mereka.. baru mereka rapat dgn kita + memberi bnyk manfaat pada dua2 belah pihak..

    Reply
  • jundi_4eva

    Asslamualaikum kpd semua..setinggi2 syukur diucapkan kpd Allah s.w.t di atas nikmat ukhuwwah islamiyyah yg dikurniakan kpd kita..

    Pertamanya sy ingin mengucapkan syabas kpd semua pihak yg terlibat dlm membina website nih..syabas atasa usaha anda dlm membentuk kefahaman islam di kalangan pemuda-pemudi kita..Allah sahajalah yg dpt mmbalas usaha2 kita dgan ganjaranNya yg berlipat ganda, insyaAllah..

    Teruskan usaha murni ini..moga2 usrah yg dilakukan tidak pada akhirnya hanya menjadi aktiviti mingguan, tetapi menjadi program tarbiyyah bagi para da’ie untuk memberikan ‘rasa’ Islam yg sebenar kpd mad’u2 mereka..
    menjadi platform bg membina pemuda2 muslim yg sememangnya komited dgan islam, dan hidup mekar mengikut alunan suruhan Allah dlm surah Az-Zariyaat ayat ke 56, dgan tujuan membebaskan alam ini drp kegelapan kepada Nur Allah s.w.t…

    Konklusinye buatlah seoptimum yg kita mampu buat, x kira apa jenis aktiviti pn dlm usrah tuh (even keluar makan ngan anak buah) selagi x keluar drp batas syariat islam, sehinggalah tercapai objektif2 yg kita nk capai untuk anak buah kita..

    Kdg2 you even can use a simple Spm pnyer Pendidikan Islam book ntuk huraikan something..so pointnye di sini ape yg penting adalah mcm mana kita nak bentuk kfahaman anak2 buah terhadap Islam

    It’s a very practical thing so sy rase x perlulah dihuraikan kerana ia perlu dilakukan terlebih dahulu..Try it, See it, Understand It, Then You’ll LEARN

    InsyaAllah kita berdoa moga2 apa yg kita lakukan adalah sedekat yg mungkin seperti mana yg Rasulullah s.a.w lakukan terhadap para sahabat yg terlebih dahulu mendapat sentuhan islam bbanding kita..

    Sekian,
    salam ukhuwwah drp saya.

    Reply

Leave a Reply to lonsaa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Hukum menyambut Halloween

Assalamualaikum WBT. Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu, betulkan saya jika saya tersilap atau tersalah. Ikutlah saya jika saya dipihak

Close