Umum

Respon kepada artikel: Bukan saya tak nak pergi…

Sambil menulis komen di page “Bukan saya tak nak pergi” sebentar tadi, saya terfikir akan hikmah Allah mengingatkan Rasulullah s.a.w dan seluruh umat manusia bahawa hidayah itu adalah milik-Nya.

Firman Allah: Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (6:125)

Kadang-kadang pabila kita berkecimpung dalam urusan dakwah, kita merasakan terpanggil untuk bukan sahaja membetulkan diri sendiri, bahkan membetulkan kesilapan rakan yang kita rasakan mampu diubah. Semangat ini bukanlah satu perkara yang salah, bahkan dengan semangatlah kita mampu terus kekal gigih dalam usaha menyebarkan ajaran Islam ke seluruh alam. Namun jangan kita lalai dan leka, kerana syaitan itu jarumnya sangatlah tajam dan halus sehinggakan kadangkala tanpa kita sedari, jarumnya telah menusuk dalam ke mata hati kira menjadikan kita buta dan kabur dengan pesanan Allah s.w.t.

Kita bukan ditugaskan memastikan orang lain beriman kepada Allah.

Tugas yang diamanahkan oleh Allah dan disampaikan oleh Rasulullah kepada kita, ialah mengajak dan menyeru umat manusia di seluruh alam untuk mengakui bahawa Allah itu satu, tidak ada Tuhan melainkan-Nya, dan bahawa nabi Muhammad s.a.w itu merupakan rasul yang diutuskan oleh Allah. Tidak kiralah siapa kita ini, orang kenamaan ataupun orang biasa, anak orang kaya ataupun sederhana sahaja, punya nama ataupun tidak dikenali, pandai belajar atau masih merangkak-rangkak, petah bertutur atau malu tersipu sepanjang masa – semuanya punya tugas yang sama dalam mengajak manusia kepada Allah. Bezanya mungkin pada metodologi. Bezanya mungkin pada kreativiti.

Ada yang jadi orang kenamaan politik: kenalkan Islam melalui kempen-kempen mu.
Ada yang pandai dalam pelajaran: kenalkan Islam melalui adabmu ketika belajar, melalui kepandaianmu mengaitkan sains dan sastera dengan kehebatan Allah
Ada yang belajar masih merangkak: kenalkan Islam melalui kerajinanmu belajar sehingga berjaya, tidak pernah berputus asa. Itu semua ajaran Islam!
Ada yang jadi orang kenamaan: kenalkan Islam melalui adabmu dalam melayan tetamu. Pasti ramai yang suka bertandang ke rumah.
Ada yang jadi kaya raya: Apa guna harta berjuta kalau tidak pandai disedekahkan kepada yang perlu. Tidak kan papa hanya kerana itu.
Ada yang miskin menderita: kenalkan Islam melalui usaha gigih seorang Muslim. Bukannya tak ada sahabat Rasulullah yang miskin. Teladani contoh melalui seerah.
Ada yang petah bertutur: kau pun tahu anugerah kepetahan itu bukan untuk disia-siakan, bukan?
Ada yang gugup tiap kali berdepan orang ramai: tajamkan mata penamu! Pantaskan jari-jemarimu menaip di papan kekunci komputer.

Masha Allah, begitu luas ruangan yang Allah berikan untuk kita mengajak manusia mengenal Allah.

Setelah dimanfaatkan segala kelebihan yang Allah berikan itu, maka berserahlah kepada Allah.
Berdoalah.
Bermunajatlah.
Mintalah kepada-Nya agar usaha kita tidak sia-sia.

Usaha kita mengajak rakan dekat kepada Allah bukan hanya bertumpu kepada rakan tersebut sebenarnya, tetapi lebih lagi untuk manfaat diri sendiri; dan manfaat kepada orang-orang di sekeliling.Kita sendiri tidak selamanya kan mampu menentang pujuk rayu syaitan secara bersendirian. Ada masanya kita perlukan rakan untuk mengingatkan kita dan membetulkan kesalahan kita. Kerna itulah, kita perlu berusaha membentuk suasana yang baik (bi’ah hasanah) agar rakan kita tidak rasa segan untuk menegur kita tika kita terlalai dan terleka.

Dan sentiasalah beringat, bahawa hidayah itu milik Allah.
Hidayah itu milik Allah.
Milik Allah…

Kita bukan dinilai dengan berapa ramai orang yang kita Islamkan.
Bukan juga dinilai dengan berapa ramai yang berperangai baik kerana hasil usaha kita.
Bukan juga dinilai dengan berapa ramai yang mula hadir usrah kerana kita.
Bukan pula dengan jumlah ahli yang pergi muktamar dari universiti kita.
Bukan dengan semua itu.
Bukan.

Hasil akhir hanyalah Allah yang menentukan.
Kerja kita apa?

Berusaha.

Di situ Allah menilai kita.

4 thoughts on “Respon kepada artikel: Bukan saya tak nak pergi…

  • al-muntalaq

    Nice posting. Kefahaman ini yang penting dalam kita menyeru. Kalau tidak, kita akan cepat letih.

    Reply
    • wafeeqah

      kita tidak akan merasakan tugas dakwah ini sukar kalau kita pandai memanfaatkan setiap kelebihan dan kekuatan yang Allah kurniakan. Sesungguhnya ruang dakwah ini sangat luas. cuma manusia selalu memberi alasan untuk melarikan diri. sedangkan mereka sendiri yang rugi kerana menolak peluang untuk memperbaiki dan mengasah potensi diri

      Reply
  • syahirfuad

    Juga jangan dilupa, USAHA menjaga diri dari dua penyakit hati iaitu Maradhu Syahwah, dan Maradhu Syubhah. Semoga segala usaha yang ditabur dalam kita menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran diredhai olehNya. InsyaAllah.

    Reply
  • honeyn

    “Dan sentiasalah beringat, bahawa hidayah itu milik Allah.
    Hidayah itu milik Allah.
    Milik Allah…”

    hidayah itu sememangnya milik ALLAH dan andainya kita telah mendapat hidayah ALLAH dalam membetulkan diri kita serta menyeru kebaikan kepada sahabat2, kita perlu ingat,sebagai daie’ andai kita alpa, riak, memandang serong kpd orang2 lain yang belum lagi mendapat hidayah…..bila2 masa saja hidayah kita ALLAH boleh tarik…..

    jadi….kita perlu tahu bahawa setiap insan di dunia ini mempunyai potensi untuk berubah menjadi baik dan diberi hidayah ALLAH…oleh itu sebgai daie’ especially perlulah kita untuk sentiasa bersangka baik dalam erti kata memandang sahabat2 kita yang masih dalam kemaksiatan dan kesesatan dengan rasa belas kasihan, dan detikkan dalam hati kita bahawa mereka mempunyai potensi utk menjadi orang2 yang soleh dan senantiasa mendoakan mereka untuk mendapat hidayah ALLAH and of course cuba untuk membantu mereka sedaya upaya..

    apapun, sama-samalah kita mengupgradekan diri kita dan senantiasa mencari hidayah ALLAH….:)

    p/s: bila masa hati ini terdetik “eeee..die ni x senonoh..buat perangai camni..”..dengan pandangan jelik…ingatlah..andai satu masa…sahabat kita ini boleh menjadi orang yang lebih baik dari kita..hidayah kan milik ALLAH?:)

    wallahualam..

    Reply

Leave a Reply to wafeeqah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Annuity & Perpetuity

Pelajaran minggu ini: Annuity & Perpetuity Annuity adalah bayaran yang dibuat dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan. Jarak masa antara setiap

Close