Umum

Mencari ‘me-time’

Kita perlu mencari me-time. Masa untuk diri. Diri ini perlu diberi masa untuk bercakap sendirian dan terus berhubung dengan Tuhan tanpa gangguan. Mengapa ? Kalau ia tidak diberi ruang masa, ia akan lelah. Mudah letih dan hilang arah tuju kekuatan.

Hidup ini penuh ujian. Ujian ini perlu diuruskan dengan syukur dan bukan kufur. SYukur itu bermaksud menghargai apa yang diberikan mengikut panduan dari Yang Esa. Sebagai contoh, jika kita menerima wang, maka ia menjadi ujian. Ada yang syukur dengan makin ikut perintah Allah. Tidak kurang yang kufur dengan wang tersebut sehingga beliau tidak solat, rasuah dan sebagainya yang menyebabkan beliau terhindar dari ALlah.

Kumpulan yang sentiasa bersyukur inilah yang digelar sebagai al-abrar. Mereka diiktiraf Allah dan mendapat ganjaran besar di akhirat.

Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”, –

Surah al-Insaan ayat 5

Me-Time ialah masa untuk menyemak samada hari saya ini ialah hari penuh kesyukuran dan mencapai status al-abrar. Bagaimana mahu menjadi orang yang sentiasa menuju status al-abrar?

  • Baca Quran (76:23)
  • Sabar dan ikut Quran. Jangan mudah ikuti pendosa dan pengkufur (76:24)
  • Solat dan zikir pagi petang siang malam (76:25)
  • Tahjud (76:26)

Inilah agenda me-time yang perlu diperhatikan. Inilah psikologi manusia yang perlu diberi perhatian. Jika 4 perkara ini tidak diperhatikan, maka manusia mudah lupa diri dan sering tersasar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
20 hari lagi

Tidak lama lagi. Sekitar 20 hari lagi untuk berkunjung ke Baitullah al-Haraam. Sekitar 42 hari lagi menuju Ramadhan. Perkara besar

Close