Umum

Living by Giving

Do you have any slide on Pay It Forward? I read at Total Success Academy. My friend in Islamicity wants to see what we can do.

I can make it in few minutes.

Ok.

Tajuk slaid simple itu ialah Pay It Forward – Living by Giving. Bayar Ke Hadapan – Hidup dengan Memberi. Saya ingin berkongsi tentang apakah yang terkandung dalam 5 slaid tersebut.

Living – dikaitkan dengan hidup. Ramai yang hidup fizikalnya tetapi mati hatinya. Hati yang hidup ini didefinisikan oleh Ibn Qoiyim sebagai hati yang sihat. Inilah yang saleem – yang akan dibawa menuju Allah nanti. Tidak bermanfaat harta dan anak pinak di waktu itu – akhirat.

Hati yang hidup adalah hati yang memenuhi ciri dalam surah al-Baqarah ayat 1-5. Ayat 6-7 adalah ciri hati yang mati. Diingatkan atau atau diingatkan, tetap sama sahaja. Tidak terkesan untuk kembali kepada Tuhan.

Bagaimana ‘menghidupkan’ kehidupan?

Bagaimana memastikan hidup kita ada life? Elakkan ia bosan. Orang yang bosan tidak ada life. Ada yang mencari life kaedah fizikal dengan video game, karaoke, dangdut, pub dan arak serta bercampur lelaki perempuan. Tapi untuk memastikan life itu berpanjangan, pastikan kaedah yang dipilih ialah spiritual life . Tadabur al-Quran, bercampur dengan orang yang baik, makan makanan yang baik, mengikut sunnah dan amat banyak pilihan lain. Aktiviti life pada aspek spiritul tidaklah setinggi ‘frekeunsi keseronokan’ aktiviti fizikal. Berjoget kuda kepang memang ‘life’ tetapi ia tidak membawa life berpanjangan. Silap-silap boleh mati ketika naik syeikh.

Rupanya ‘menghidupkan’ kehidupan ini tersembunyi dalam perkataan ‘wujuud’ pada diri kita. Apabila kita ada life, kita jelas kewujudan kita. Wujuud dari kata akar wajada. Apakah maksud wajada? Discover.

Wajada Ahmad at-talifiziun. Bertemu Ahmad dengan sebuah TV. Apakah perasaan Archimedes ketika discover teori ketumpatan bagi menyelesaikan masalah keaslian emas mahkota raja? Beliau menjerit Eureka! Apakah perkataan apabila seseorang beriman discover kehebatan Allah dan jelas bahawa penciptaan oleh Allah tidak sia-sia? Bukan wow atau Eureka tetapi perkataan Subhaanak. Faqinaa azab an-naar.

Atas dasar itu, untuk rasa hidup lebih life atau ada makna, kita perlu usahakan selalu Subhaanak. Bagaimana? Zikir dan Fikir. Antara Zikir dan Fikir itu ia dicantumkan oleh emosi yang membara. Menuju kepada-Nya.

Mengapa perlu memberi pula – sebagaimana ciri hati yang hidup dalam Surah al-Baqarah?

Pada hari 1, kita perlukan kuantiti life mungkin sekitar 10 (unit life atau kebahagiaan). Namun cabaran makin bertambah dengan meningkatnya usia kita. Dosa makin bertambah. Jadi dos life perlu makin banyak. Dos kebahagiaan perlu lebih. Caranya? Giving or grieving.

Alangkah bestnya kalau saya dapat duit banyak.  Alangkah bestnya kalau saya pandai dan boleh selesaikan semua perkara. Alangkah bestnya kalau saya dicintai dan disukai oleh semua orang.

Itu adalah aspek PIE. Selalu grieving. Belum  S lagi. Bagaimana kebahagiaan S?

Alangkah bestnya kalau saya dapat beri dan tolong orang. Selalu giving – sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Baqarah.

Grieving akan berkurang. Giving akan bertambah.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.

Jawapannya pada ayat 261 surah al-Baqarah.

Anda ada life pada aspek fizikal seperti duit dsb? Berikan. Anda ada life pada intelek seperti ilmu, kepakaran dan sebagainya? Berikan. Anda ada keyakinan dan motivasi? Berikan. Anda ada ruuh yang beriman pada Allah?  Berikan mesej itu kepada orang lain.

Lantas ia akan bercambah. Eureka! Subhanallah! Anda sudah tahu formula menghasilkan kehidupan penuh life yang makin bertambah dari semasa ke semasa – dalam kesungguhan menuju Allah. Living by Giving – Pay It Forward. Not grieving – pay it back.

13 thoughts on “Living by Giving

  • deremind

    Living by Giving – Hidup dengan memberi. Satu phrase yang bermakna, dan selalu perlu diingatkan.

    Kadang2 selalu memberi, jarang menerima balasan walau kecil balasan, buat hati berat untuk terus memberi. Tapi, Rasulullah sendiri jarang menerima kan?

    Em, muhasabah diri sendiri. Allah Maha Mengetahui isi hati kita.

    tetap untuk “Living by Giving – Hidup dengan memberi” inshaAllah!

    Reply
    • wafeeqah

      kita hanya akan merasai kemanisan memberi bila kita melakukannya. malah lebih menyeronokkan bila disertai dengan kasih sayang

      Reply
  • etzatiey

    salam..
    et sangat tertarik la ngan artikel ni.
    betul, siyes xtipu
    =]

    siapa yang tulis ni, perlu bagi nama, c0z nk kasi kredit.
    gaya penulisan macam ni yang kita nak, easy to read, easy to understand.
    mcm bl0g nyer p0st. insyaAllah org akan lbih b’minat nk baca
    artikel mcm ni dr yang w0rdy2 tu..
    =]

    n, erti hidup pada memberi-> saifulislam.com
    mmg m’dalam sgt maksudnya tu.
    tangan yang memberi lebih baik dr tangan yang menerima.
    marilah kita sama2 jd golongan yg memberi..
    =]

    Reply
  • wan_khalil

    Artikel ini walaupun ringkas, tapi membawa maksud yg padat. teringat pula peristiwa saidina ali yg ingin keluar ke pasar membeli epal untuk isterinya yang tersayang. sedekah satu, dapat 10. itu balasan yg Allah bagi ‘cash’ didunia.

    Insyallah jika buat satu kebaikan, Allah akan balas dengan kebaikan yang lebih baik. Dan ingatlah, jika kebaikan itu tidak dibalas didunia, insyallah akan dibalas di akhirat.

    -kk-

    Reply
  • imranty

    Bismillah

    Bila memperkatakan soal memberi ini, boleh juga kita kaitkan dengan harta. Memberi harta = sedeqah (derma). Dan apa yang penting, dan juga susah untuk orang faham ialah, bagaimana dengan sedeqah itu rezeki kita bertambah? Haaa…yang ni kena tanya orang lebih pakar untuk menjawabnya, sebab saya sendiri pun tak pandai nak explain.

    Reply
    • al-muntalaq

      Yang tu kena explain pakai PIES concept. Always dalam dunia ini, ada elemen fizikal, intelek dan emosi bagi setiap elemen spiritual yang berlaku. Cuma mungkin pasal elemen PIE kita tak berapa nak kuat, itu yang kekadang aspek S susah sikit nak di-explain kepada orang lain.

      Cabaran da’i ialah menerangkan aspek S menggunakan PIE. Itu yang berjaya dilaksanakan oleh Rasul. Islam bukan doktrin tanpa asas di atas muka bumi. Kita boleh melihat kepada Maqasid Syariah sebagai salah satu displin ilmu untuk appreciate perkara ini.

      Reply
  • syafiq

    pelaburan hari ini utk masa depan.. satu2 perkara lebih baik diinvest daripada disimpan. contoh duniawi, eg duit yg berpusing lengkap dalam society much better than ‘terperap’ kat seseorang.

    Reply
  • farhan_wahab

    maafkan ana kalau terpesong dari perbincangan.
    mungkin semua dah tonton filem ‘Pay It Forward’ tu. tp bg yg belum, blh la menontonya..
    bkn satu filem yg sia-sia bg ana..
    hebatkan bagaimana seorang budak boleh keluarkan idea sebegitu utk merubah dunia(walaupun idea tu dah mmg dianjurkan dlm islam.spt tgn diatas yg lbh baik dari tgn dibawah).mampu ke kita utk generate satu idea bagi merubah dunia?
    http://www.youtube.com/watch?v=JvbgetKzrmA

    Reply
  • honeyn

    betul kata wafeeqah, bila kita memberi terasa kemanisannya.

    ana ingin kaitkan living by giving dengan kehidupan kita sekrang sebagai seorang pelajar, daie , anak, sahabat dan sebagainya.

    sometimes, kita terperangkap dalam situasi yang dibebankan dalam pelbagai perkara. Tetapi jika memberikan sesuatu such as tenaga kita, ilmu kita, wang ,masa kita n etc dalam dasar lillahitaala, insyaallah..kita akan lebih tenang dalam menghadapi perkara2 yg sukar serta hati kita lagi bersemangat dan terus hidup untuk berjuang.

    wallahualam.

    Reply
  • kerengga biru

    Hidup untuk memberi.
    Once dapat sentuhan tarbiyyah, baru terdetik dalam perasaan akan hidup ini memang untuk memberi, bukan sahaja menerima. It goes both ways. Wang, senyuman, ilmu, pengalaman, cerita. Semuanya boleh dishare, yang juga membawa erti memberi.

    Reply
  • shrimp113

    tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima

    Reply
  • imranfadhil

    tahadu tahabu…berilah hadiah, kome akan berkasih sayang =)
    …bleh lihat dari pelbagai prespective
    …Wallahu a’lam

    Reply
  • First time masuk almuntalaq yg hangat diperkatakan dlm misg-cafe..mantap2..teruskan lagi inshaAllah

    Reply

Leave a Reply to etzatiey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bukan saya tak nak pergi…

"Jom ke usrah" "Bukan saya tak nak pergi." Kata suara hati A: "Kalau dah gitu, jom le pergi..." Kata suara

Close