{"id":3857,"date":"2011-07-19T10:59:39","date_gmt":"2011-07-19T02:59:39","guid":{"rendered":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/?p=3857"},"modified":"2011-07-19T11:14:52","modified_gmt":"2011-07-19T03:14:52","slug":"perancangan-strategik-untuk-ke-syurga","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/perancangan-strategik-untuk-ke-syurga\/","title":{"rendered":"Perancangan Strategik untuk ke Syurga"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/01015_119.jpg\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone size-medium wp-image-3858\" title=\"01015_119\" src=\"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/01015_119-300x225.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/01015_119-300x225.jpg 300w, http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-content\/uploads\/2011\/07\/01015_119.jpg 1024w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\u201cAwak buat apa ?\u201d<\/p>\n<p>\u201cBisnes\u201d<\/p>\n<p>\u201cTentu berjaya kan ?\u201d<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah untuk Quarter ke 2. Quarter ke 3 ini sedang mengejar KPI.\u201d<\/p>\n<p>\u201cBagaimana bisnes bersama Pencipta ?\u201d<\/p>\n<p>\u201cHmmmm\u201d<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p><strong>Hakikat Perancangan<\/strong><\/p>\n<p>Untuk bisnes di dunia atau menguruskan organisasi masing-masing, ada perancangan yang perlu dibuat. \u00a0Gerry Johnson dan Kevan Scholes menyatakan dalam bukunya \u201cExploring Corporate Strategy\u201d bahawa strategi akan menentukan hala tuju dan skop sesuatu organisasi bagi satu tempoh panjang dengan menentukan bagaimana sesuatu sumber perlu diadun untuk memenuhi permintaan pasaran dan individu terlibat dengan organisasi tersebut.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Ada 3 jenis perancangan dalam dunia bisnes:<\/p>\n<ul>\n<li>Perancangan korporat<\/li>\n<li>Perancangan unit<\/li>\n<li>Perancangan pasukan<\/li>\n<\/ul>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>3 jenis Perancangan\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Pelbagai tahap perancangan di atas mempunyai kepentingan tersendiri.<\/p>\n<p><strong>Perancangan korporat<\/strong>\u00a0atau makro sering melihat persoalan \u201cbagaimana kita mampu mensinergikan pelbagai unit yang ada untuk membawa hasil besar berbanding hanya unit-unit yang berasingan.\u201d Jika diandaikan sebuah organisasi atau entiti korporat seperti sebuah kereta, perancangan korporat memastikan bahawa gabungan steering, tayar, enjin dan pelbagai komponen lain mampu untuk membina sebuah kenderaan yang memindahkan manusia daripada satu lokasi ke lokasi yang lain. Apa jadi kalau unit-unit ini kerja berasingan ? Tayar mungkin hanya mampu bergolek atau menjadi pelampung sahaja tanpa mampu memindahkan manusia dari satu lokasi ke lokasi yang lain.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Perancangan unit\u00a0bisnes<\/strong>\u00a0mementingkan elemen unit masing-masing untuk bertindak efisien menyelesaikan tugas atau menang dalam pasaran. Sebagai sebiji tayar pada sebuah organisasi kereta, tayar tersebut perlu bertindak efisien dan mampu melaksanakan tugas dengan baik.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Unit bisnes yang dimaksudkan dalam sesuatu entiti korporat ialah pelbagai kumpulan kecil yang menjalankan tugas memasarkan sesuatu. Unit pemasaran mampu berkongsi mesej dengan pasaran. Unit pengurusan projek mampu melaksanakan projek bersama pelanggan dengan baik. Unit latihan mampu memberikan latihan yang terbaik. Semua unit ini hadir dari satu entiti korporat atau bisnes yang satu \u2013 yang mempunyai hala tuju yang jelas dengan misi, visi dan nilai.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Perancangan pasukan<\/strong>\u00a0 pula mengambil kira apakah tugas dan peranan setiap individu dalam menjayakan misi unit dan organisasi korporat. Jika ia tidak disusun dengan baik dan diletakkan dalam sistem yang kemas, setiap sumber dalam pasukan akan berkonflik pada banyak keadaan. Cuba bayangkan kalau getah sintetik dan original tidak bersetuju antara satu sama lain dalam membina sebuah tayar? Sudah pasti sebuah unit tayar yang baik tidak dapat dihasilkan. Hal ini memerlukan sistem yang kemas dengan teknik yang difahami oleh semua ahli pasukan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Jika anda ingin ke syurga, perlukah perancangan?<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Dari Johor Baharu ke Singapura pun memerlukan perancangan, apatah lagi untuk ke satu negeri abadi yang amat besar dan indah . Individu yang memandang rendah Singapura akan menyatakan \u2013 tidak perlu buat persiapan. Begitu juga kalau individu yang memandang rendah nilai syurga tersebut.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Untuk ke syurga, perancangan organisasi sesama insan di sekeling kita, perancangan unit dan perancangan pasukan kecil samada di peringkat keluarga atau qaryah masing-masing amat diperlukan. Jika tidak, usaha untuk ke syurga akan berantakan di dunia ini lagi. Ini boleh terjadi jika perancangan tidak dipandang penting atau dilaksanakan dengan serius.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Apa akan jadi kalau perancangan ke syurga di pandang enteng atau sebelah mata sahaja?<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>******<\/p>\n<p>Datang seorang pegawai kastam kepada Ghulam, rakyat Bangladesh di Johor Baharu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cMana passport?\u201d<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Ghulam mencari-cari passport dalam beg galasnya. Wajah sudah kemerah-merahan kerana masih tidak berjumpa dengan \u2018buku hikmat\u2019 tersebut.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Ghulam geleng kepala. Masih mencari-cari. Dia rasa agak pasti bahawa passport sudah dimasukkan dalam kegocohannya ke lapangan terbang tadi. Kecewa mula terpacul kerana beliau tidak merancang baik untuk ke Singapura sebelum mengambil kapal terbang ke Abu Dhabi.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cAwak tak semak ke sebelum mahu ke Singapura? \u00a0Awak yakin awak ada passport?\u201c<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Ghulam tidak menjawab. Tiba-tiba beliau tersentuh sesuatu, lalu dikeluarkannya objek terbut. Passport! Senyum bersinar di wajah. Dihulurkan passportnya yang lunyai.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cOk, bagus,\u201d kata si pegawai. Namun ia tidak lama. Berkerut dahinya, sambil berujar.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cAwak sudah tidak boleh duduk di Malaysia. Passport pun sudah mati , tidak boleh masuk Singapura. Saya perlu hantar anda ke lokap sebelum dihantar balik ke Bangladesh. Anda pendatang haram sekarang.\u201d<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Ghulam sedih dan sugul. Tidak pernah beliau digelar pendatang haram \u2013 kerana beliau dipandang tinggi di negara asal beliau. Namun apakan daya. Inilah penangan kerana tidak merancang dan membuat persediaan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>****************<\/p>\n<p>Moga kita tidak menjadi pendatang haram ke syurga kerana tidak bersedia dan merancang dari sekarang. Passport kita ialah hati yang sejahtera.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cAwak buat apa ?\u201d \u201cBisnes\u201d \u201cTentu berjaya kan ?\u201d \u201cAlhamdulillah untuk Quarter ke 2. Quarter ke 3 ini sedang mengejar<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[256],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3857"}],"collection":[{"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3857"}],"version-history":[{"count":6,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3857\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3860,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3857\/revisions\/3860"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6606"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3857"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3857"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3857"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=3857"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}