{"id":174,"date":"2009-02-07T22:43:56","date_gmt":"2009-02-08T05:43:56","guid":{"rendered":"http:\/\/www.almuntalaq.com\/?p=174"},"modified":"2011-06-12T21:24:03","modified_gmt":"2011-06-12T21:24:03","slug":"usrah-tidak-mencerna-minda","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/usrah-tidak-mencerna-minda\/","title":{"rendered":"Usrah tidak mencerna minda?"},"content":{"rendered":"<p>Realiti hari ini kita banyak mendengar pelbagai kritikan dilontarkan terhadap institusi usrah. Ada yang mengatakan institusi usrah tidak berjaya melahirkan ahli yang berfikiran kritis dan kritikal. Pengisian yang rigid dengan kerangka yang dibentuk atas pendoktrinan kepada silibus tertentu mengepung minda ahli usrah untuk lebih rancak berfikir. Kebergantungan hakiki kepada naqib juga menyebabkan ahli usrah menjadi malas untuk meneroka ilmu baru yang di luar lingkungan usrah.<\/p>\n<p>Persoalannya benarkah itu yang berlaku?<\/p>\n<p>Kritikan bahawa usrah tidak langsung memberi peluang kepada ahli untuk menjadi lebih kreatif dan kritis itu tidak benar sama sekali. Sistem usrah yang dijalankan kebanyakannya lebih bersifat fleksibel dan terbuka. Kebiasaannya selepas disaji dengan pengisian, akan ada masa yang diluangkan untuk sesi diskusi dan lontaran pandangan. Naqib juga akan memainkan peranan untuk mencetuskan persoalan atau provokasi yang boleh menggalakkan perbincangan. Maka institusi usrah ini langsung tidak membendung daya berfikir anak usrah. Sebaliknya, yang selalu menjadi isu adalah kurangnya partisipasi dari anak usrah apabila diberikan peluang untuk mengemukakan pendapat atau bertanya soalan. Titik tolaknya adalah kesilapan ahli usrah yang tidak memanfaatkan peluang itu untuk mengembangkan idea dan bertukar pandangan.<\/p>\n<p>Selain itu, institusi usrah langsung tidak membendung daya berfikir anak usrah. Tidak pernah timbul isu di mana adanya naqib atau satu sistem usrah yang menghalang anak &#8211; anak usrah daripada menelaah sebarang bahan bacaan luar dari konteks usrah termasuklah bahan bacaan berat dan intelektual. Cuma yang ditetapkan oleh naqib atau sistem tersebut adalah perlunya ada kerangka ilmu yang bersifat asasi dan fundamental yang harus di fahami dengan jelas sebelum menyelongkar ilmu yang lebih tinggi peringkatnya. Di samping itu, isu \u2013 isu semasa, global dan kontemporari tidak terasing dari menjadi fokus pengisian dan perbincangan usrah. Ahli \u2013 ahli usrah diberikan kefahaman yang jelas serta saranan untuk mempunyai prinsip yang teguh dalam menangkis segala anasir luar dan serangan pemikiran yang menerjah.<\/p>\n<p>Institusi usrah di zaman Rasulullah juga tidak dinafikan berjaya melahirkan produk usrah yang cerah mindanya. Lihat sahaja bagaimana Muaz bin Jabal yang mendapat bimbingan dan didikan menerusi usrah Rasulullah saw. Beliau mampu untuk berjuang seorang diri di Yaman. Malah mampu merancang strategi dakwah yang hebat dan mantap hingga mampu mengislamkan beribu &#8211; ribu umat di sana.<\/p>\n<p>Dengan ini, jelaslah kita bahawa institusi usrah langsung tidak mengepung minda ahlinya untuk menjadi lebih kritis dan kreatif. Malahan medium usrah itulah yang menjadi medan untuk ahlinya mereformasi sikap terhadap ilmu dan pengetahuan dan seterusnya menawarkan jawapan-jawapan alternatif dan konkrit terhadap masalah-masalah yang menimpa ummah.<\/p>\n<p>Wallahua\u2019lam<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Realiti hari ini kita banyak mendengar pelbagai kritikan dilontarkan terhadap institusi usrah. Ada yang mengatakan institusi usrah tidak berjaya melahirkan<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":6606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"colormag_page_container_layout":"default_layout","colormag_page_sidebar_layout":"default_layout"},"categories":[1],"tags":[],"series":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/174"}],"collection":[{"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=174"}],"version-history":[{"count":2,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/174\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2147,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/174\/revisions\/2147"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6606"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=174"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=174"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=174"},{"taxonomy":"series","embeddable":true,"href":"http:\/\/membinalegasi.com\/v1\/wp-json\/wp\/v2\/series?post=174"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}