Harapkan Allah atau kita mulakan dulu?iman – Membina Legasi

Harapkan Allah atau kita mulakan dulu?
Dalam kehidupan seharian, sering ada bibit pertanyaan dalam diri : perlukah kita berusaha atau tunggu ‘seru’ dari Allah? Perlukah kita mengambil tindakan atau tungu ‘panggilan’ dari Allah? Perlukah kita tunggu ‘suara hati’ untuk berbuat sesuatu atau tunggu ‘suara hati’ dari Allah? Dalam Tafsir Ibn Qoiyim yang disusun oleh Syakh Muhammad Uwais an-Nadwy, ada dinyatakan tentang tafsir Surah As-Saff ayat 5. Ia pasti membantu kefahaman kita berhubung kehidupan dan keputusan mengambil tindakan.Firman Allah:

Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka (As-Saff : 5)
Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka (As-Saff : 5)

Allah berfirman tentang hamba-hambaNya yang beriman, yang memohon keteguhan hati pada petunjuk dengan berkata:

Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami (Surah Ali Imran : 8)
Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami (Surah Ali Imran : 8)

Asal makna kata الزيغ/ az-zaigh adalah condong. Seperti perkataan زاغت الشمس / zaaghat asy-syamsu yang bererti matahari condong. ازاغة القلب / izaaghatu al-qalbi bererti mencondongkannya dari petunjuk, زيغ القلب / zaighu al-qalbi bererti kecondongannya dari petunjuk kepada kesesatan.

الزيغ / az-zaighu merupakan sifat bagi hati dan pandangan, sebagaimana firman Allah:

Dan ketika penglihatan(mu) tidak tetap lagi dan hatimu naik menyesak ke tenggorokan (Al-Ahzab:10)
Dan ketika penglihatan(mu) tidak tetap lagi dan hatimu naik menyesak ke tenggorokan (Al-Ahzab:10)

Menurut Qatadah dan Muqatil, artinya membelalak ketakutan. Ini mendekati makna yang sebenarnya. Sebab membelalak bukan condong. Membelalak artinya mata terbuka lebar tertuju kepada sesuatu dan tidak berkedip, seperti mata mayat yang terbelalak tanpa berkedip.

Saat pandangan hanya tertuju kepada pasukan musuh yang datang kepada mereka dari segala penjuru, maka pandangan mereka tidak condong/ cenderung kepada sesuatu yang lain dan condong kepadanya (musuh). Jadi pandangan mereka pun terbelalak tertuju kepada pasukan musuh.

Menurut al-Kalby, pandangan mereka hanya condong kepada pasukan musuh. Menurut al-Farra’, pandangan mereka berpaling dari segala sesuatu dan tidak terarah kecuali kepada musuh, dalam keadaan bingung memandang ke arah mereka (musuh).

Menurut Ibn Qoiyim, jika hati sudah dipenuhi dengan ketakutan, maka hati itu hanya disibukkan oleh sesuatu yang membuatnya takut sehingga tidak nampak yang lain.

Siapa yang berpaling? Siapa yang mulakannya?

Sudah tentu daripada ayat Surah As-Saff tersebut, yang memulakannya ialah manusia itu sendiri. Kemudian Allah akan memalingkan hati seseorang. Apabila si manusia melakukan perkara ‘terbelalak pada apa yang ditakutinya’, ia tidak nampak selain objek yang ditakuti. Jika seseorang ‘terbelalak’ atau terpegun pada dunia, ia akan nampak dunia sahaja dalam hidup seharian. Itu sebabnya niat amat penting pada segala perkara yang dilaksanakan dalam hidup seharian. Kalau kita berniat untuk tidak menghadiri majlis ilmu, lantas cuba mengikuti niat tersebut, Allah akan memalingkan hati kita untuk tidak menghadiri majlis ilmu. Allah tidak bersifat memaksa dan sentiasa memberi kebebasan kepada manusia untuk bertindak dengan diberikan balasan kepada setiap amal tersebut.

Bilakah Allah akan memalingkannya?

Tidak perlu untuk tunggu beberapa jam atau beberapa hari. Apabila seseorang berniat, Allah akan memimpinnya kepada hidayah atau memalingkannya. Kalau kita berniat baik, akan dipimpin kepada kebaikan. Kalau berniat untuk tidak baik atau ‘berpaling’, maka Allah akan palingkan.

Bagaimana kalau kita mahukan hidayahnya? Minta hidayah! Itulah bacaan yang kita ulang-ulang minimum 17 kali sehari dalam surah al-Fatehah. Individu yang ingin mendapat hidayah Allah akan sentiasa meminta petunjuknya walaupun ketika ingin membeli seluar di kedai atau memilih jalan mana yang ingin dituju. Buku mana yang ingin dibaca dan persatuan mana yang ingin diikut. Jika seseorang itu mempunyai dua pilihan besar, ia akan bersolat istikharah bagi memohon petunjuk.
Islam menggalakkan sifat produktif

Bila diperhatikan surah As-Saff ayat 5 di atas, ia menekankan sifat produktif dalam diri individu. Jangan ditunggu ‘hidayah’ sampai. Jangan ditunggu ‘sampai seru’. Jangan ditunggu ‘kalau Tuhan nak, saya akan …’. Tetapi hidayah itu akan diberikan kepada pencari hidayah. Tak cari? Tak nak mulakan usaha di peringkat diri untuk mendapatkan siraman hidayah? Malah berpaling? Sudah tentu Allah akan beri apa yang wajar mengikut apa yang diusahakan oleh hamba-Nya.  Usaha fizikal dibalas di atas muka bumi ini. Kita mengharapkan balasan kita majoritinya di akhirat nanti kerana di sana kita lebih memerlukannya.