Saya tidak tahu tanya siapa


Ahmad bertanya “Sudah siap?”

Ali menjawab “Belum. Sepatutnya siap semalam. Tapi saya tidak tahu tanya siapa.”

Ini adalah antara senario yang sering berlaku dalam mencapai kejayaan. Ada kejayaan yang ingin dicapai tetapi tidak tahu tanya siapa apabila ada perkara yang belum berjaya dilaksanakan. Kesannya? Kejayaan tertangguh atau terus terlerai.

Apa yang berlaku sebenarnya dalam perkataan di atas ?

  1. Ali tidak merancang baik. Rancang dengan baik dan mematuhi kaedah SMART dan ‘Ship It’ amat penting.
  2. Kalau sudah merancang baik, Ali tidak tegas mengambil tindakan. Hanya selepas tidak dapat siap, maka dinyatakan masalah kepada Ahmad.
  3. Atau Ali sudah berkerja keras tetapi masih tidak berjaya ? Ali sudah berkomunikasi dengan Ahmad dengan cara terbaik ? Belum guna semua sumber?
  4. Atau sememangnya Allah tidak membenarkan Ali berjaya dalam projek yang ingin dilaksanakan ?

Sebelum memilih segala-galanya di nombor 4 di atas, item nombor 1,2 dan 3 perlu dijawab terlebih dahulu.

Soalan no 1

Rancang dengan baik memang diperlukan. Namun kekadang apa yang dirancang tidak semestinya layak diteruskan. Perancangan itu perlu didasari potensi dan kekuatan yang ada.

Kalau layak, ia perlu ada timeline dan dateline. Jangan excited dengan idea baru kalau ia tidak dirancang dengan baik. Ini perlu difahami di peringkat empunya idea dahulu. Kemudian kalau ia sudah nekad untuk berjaya, kongsikan dengan pasukan. Mana tahu senarai nama ahli pasukan tidak jelas wujud di sekeliling. Kalau rasa ia bagus dan masih belum ada sumber, selalu connect  dengan Tuhan.

 

Soalan no 2

Ini ada kaitan dengan penyataan, janji dan sumpah. Apabila ingin melaksanakan sesuatu, ia boleh jadi satu penyataan biasa. Seperti iklan. Tidak ada tujahan dan paksaan.

Apabila kita berinteraksi dengan manusia lain, kerjasama untuk melaksanakan kejayaan perlukan perjanjian untuk bertemu dan menyiapkan sesuatu pada masa dan tarikhnya. Ia memerlukan timeline dan dateline. Kalau ia ada, anda sudah bersedia. Kalau belum ada, perlu dirancang. Kalau tidak, ia hanya tersekata pada soalan no 1 dan merasakan ia boleh berjalan dengan baik.

Soalan no 3

Ia ada kaitan dengan resourcefullness dalam melaksanakan usaha dan membina legasi. Untuk bersifat resourcefullness, perlu ada kemahiran kreatif dan kritikal. Ia bermula dengan tabiat bertanya. Tanya pada orang-orang sekeliling. Tanya pada orang yang berjanji dan dekat dengan projek yang kita laksanakan. Kenalpasti sababa atau tali yang boleh merapatkan dan mengukuhkan kita.

Kalau ini dilaksanakan, ia pasti akan membuka pelbagai peluang untuk membina kekuatan. Kalau awal-awal lagi sudah tidak bertanya sesama manusia, dan dalam masa yang sama tidak bertanya pada Yang Maha Berilmu, itu yang menyebabkan kita mudah rasa down dan cepat berpuas hati dengan ‘kegagalan’ atau tidak mematuhi kepada janji.

Berkongsi ‘saya ada masalah untuk buat item ini’ dan bertanya untuk mencari jawapan kepada apa persoalan yang ada melambangkan kita serius untuk berjaya. Kalau cakap ‘saya ada masalah’ tetapi tidak berharap jawapan dari Tuhan, ia masih kurang sifat kehambaan. Kalau cakap ‘saya ada masalah’ tetapi tidak bertanya soalan (atau tidak tahu ingin tanya soalan apa), ia melambangkan kemahiran merendah diri dan tunduk mencari ilmu perlu dimajukan.

Soalan no 4

Yang pasti, soalan nombor 4 ini hanya boleh dijawab pasti jika kita sudah ada jawapan dan pelaksanaan pasti item 1-3. Item 1-3 melambangkan husnuz-zon atau sangka baik sesama manusia. Item no 4 itu melibatkan berfikir positif kepada Allah. Allah sentiasa inginkan kita buat kebaikan tetapi bergantung sejauh mana kita mampu. Kalau kita ada himmah yang besar untuk berjaya dan serius untuk membina legasi menuju kepada-Nya, kita pasti akan berusaha untuk membina sistem kebaikan di seluruh dunia walaupun ada pihak yang sudah balik ke rumah.

Moga kita jadi sekuat Dzulqarnain yang bersifat resourcefullness dan mampu membantu orang lain. Kalau tidak tahu, tanyalah Allah. Pasti orang terdekat yang bertanya kita adalah orang yang boleh kita bertanya di peringkat sunnatullah.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Pelbagai idea legasi

Selepas saya menulis buku MasterPIES, ada beberapa peserta program yang bertanya, apakah aplikasi ilmu ini dalam kehidupan ? Saya berfikir...

Close