Saya Ingin Jadi Jutawan dengan al-Fatihah

Alhamdulillah sudah beberapa universiti yang saya lawat dan kongsikan ilmu dalam minggu ini. Hari ini saya di University of Iowa. Semua pelajar yang saya lawat baru sampai ke US dengan niat untuk mengambil  jurusan Sains Aktuari. Sebelum ini, saya di Universiti of Minnesota dan Michigan State University. Salah satu soalan yang saya tanya: siapa yang ingin jadi jutawan? Memang ramai yang menyimpan hasrat dan mengangkat tangan. Saya seronok. Saya nyatakan, jawapannya ada dalam tujuh ayat yang berulang-ulang (as-sab’ul mathaani) – surah al-Fatihah.

Kemudian saya pulangkan kepada mereka. Siapa yang setuju dengan penyataan saya tersebut? Ada yang angkat tangan. Ada yang senyap. Ada yang segan-segan tidak mengangkat tangan.

Saya teruskan program.

Saya jelaskan bagaimana al-Fatihah membawa diri seseorang menjadi jutawan. Sebelum saya teruskan, saya tanya pendengar, apakah yang dimaksudkan dengan jutawan. Berbagai jawapan diberikan. Akhirnya mereka sendiri memberi jawapan bahawa memang possible menjadi jutawan dengan al-Fatihah.

Tidak cukup dengan itu, saya bawakan contoh bagaimana seorang non-Muslim mengamalkan apa yang ada dalam al-Fatihah untuk menjadi jutawan. Saya ikut training businessman tersebut di Los Angeles, dan ia bukan kata-kata. Dalam program itu sahaja, beliau berjaya membuat jualan sekitar USD 70,000. Sebelum mengikuti program tersebut, saya amat skeptic. Saya agak sinis untuk mempercayai bahawa dengan menggunakan hati, seseorang boleh kaya. Kaya fizikal & $$$.  Tapi kini saya nampak, rupanya mereka menggunakan apa yang ada dalam al-Fatihah untuk kejayaan dunia.

Salah ke?

Tidak salah dengan syarat kita gunakan harta jutawan untuk membantu dan mendekatkan diri kepada Allah. Kalau makin kedekut, itu yang salah. Tapi lebih baik menjadi jutawan daripada menjadi miskin. Orang miskin hanya mampu memikirkan hal sendiri. Orang kaya ada option : untuk kedekut sendirian atau membantu orang di sekeliling.

Komitmen

Samada seseorang itu beragama Islam atau tidak, al-Fatihah sebagai sebahagian dari al-Quran akan menjadi petunjuk dalam kehidupan. Petunjuk itu boleh digunakan untuk bahagia di dunia ataupun di akhirat. Apakah target seorang Muslim ? Bahagia di dunia dan akhirat.

Namun bagaimana petunjuk akan memberi manfaat? Komitmen dan yakin untuk diamalkan. Bagaimana mewujudkan komitmen? Mulakan dengan kadar sedikit : dengan menuntut ilmu. Tanpa ilmu, seseorang tidak jelas apa yang perlu dibuat seterusnya. Tanda awal seseorang ialah menuntut ilmu. Perhatikan betapa ramai menghadiri kursus Irfan Khairi kerana ingin jadi jutawan.

Namun pasti ada yang bertanya, kalau mendalami al-Fatihah apa dapat?

Sudah lama saya membaca al-Fatihah

Sudah lebih 20 tahun saya membaca al-Fatihah, tetapi al-Fatihah dirasakan amat minimum kesannya pada kehidupan saya. Bukan saya tak faham maksudnya, namun saya tidak luangkan masa khas untuk mendalaminya. Jika kanta difokuskan pada kertas di tengah terik lebih lama, kertas tersebut akan terbakar. Namun ia perlukan masa.
Untuk al-Fatihah memberi kesan dalam hidup, perlu ambil masa untuk mendalaminya. Ia tidak datang begitu sahaja. Allah tidak menurunkan hidayah begitu sahaja. Perlu ada usaha bersungguh-sungguh dalam diri manusia untuk ditunjukkan jalannya.

 

29:[69]
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Maaliki yaum ad-deen

Jika anda membaca artikel ini, anda berpeluang menjadi jtawan fizikal, intelek, emosi atau spiritual dengan berpandukan ayat ini dalam al-Fatihah.  Bayangkan jika anda mengadakan satu halaqah atau program yang membicarakan teknik dalam al-Fatihah dan si pendengar mendapat hidayah, apakah balasan untuk anda? Sudah tentu balasan pahala tidak terhingga. Jika anda merasakan ingin berbuat amal pelbagai 20 tahun dari sekarang bagi menjadi jutawan spiritual, anda boleh mulakan sekarang.

Salah satu tips: ajak kawan anda ke program membicarakan al-Fatihah atau Quran.

Setelah anda belajar teknik dalam program tersebut, terpulang pada anda untuk menjadi jutawan fizikal, intelek, emosi atau spiritual yang lebih kaya. Namun kalau anda tinggalkan Maaliki yaum ad-deen dalam solat tanpa sebarang praktikal, kualiti al-Fatihah mungkin tidak lebih baik ketika dibaca ketika kecil-kecil dahulu.Jom perkasakan kefahaman dan amalan berdasarkan al-Fatihah. Surah ini amat powerful sehinggakan Rasul menyatakan:

Abu Hurairah dari Jbay bin Ka’ab r.a. Rasulullah saw. bersabda:
Allah tiada menurunkan dalam Taurat dan Injil yang seperti (menyamai) Ummul Quran, ialab tujuh ayat pujian (assab’ul matsani), dan ia terbagi dua antara-Ku dengan hamba-ku.(HR. an-Nasa’i, at-Tirmidzi).

Tiada dalam Injil atau Taurat yang setara dengannya.

Saya sibuk kerana yang saya value ialah…

Jika kawan anda sibuk, katakan padanya: ikut sekejap peringkat awal pun tak pe. Kalau suka, teruskan.

Cuba bayangkan kalau selama ini kita berusaha ini ingin menjadi jutawan, namun jalan kita panjang. Allah sudah berikan al-Fatihah sebagai short cut. Adakah jalan lama perlu diikut atau kita perlu mengambil short cut ? Kita sibuk dengan apa yang ada kerana kita menghargai urusan kita seharian. Namun kalau kita hargai hubungan kita dengan Allah dalam dan luar solat, kita akan sibuk untuk mencari makna dan kandungan al-Fatihah.

Jom jadi jutawan

Anda ingin jadi jutawan? Gunakan Facebook, YM, email, telefon dan kata-kata anda untuk mengajak rakan bagi menyertai program jutawan dengan al-Fatihah. Ia adalah surat cinta dari-Nya yang sentiasa berulang-ulang untuk menyeru kita menjadi jutawan. Dengan al-Fatihah, di dunia boleh jadi jutawan, di akhirat jadi syurgawan. Berapa nilai harta syurgawan? Infiniti.

Cepat sebelum terlambat! Ajak kawan anda.

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk hadir ke program mendalami al-Fatihah serta aku diberi kekuatan untuk mengajak rakan-rakan lain. Hanya hidayah taufik datang dari-Mu Ya Allah!

Artikel ini ialah sebahagian daripada kandungan program Advanced Islamic Fall Retreat di Vanderbilt University pada 23-24 Oktober 2009. Maklumat lanjut di sini.

Facebook Comments:

9 thoughts on “Saya Ingin Jadi Jutawan dengan al-Fatihah

  • October 20, 2009 at 1:44 pm
    Permalink

    Assalamualaikum w.b.t.

    bro Fazrul moga diberkati musafirmu. Dekat sini saya cuma nak beritahu yang saya sangat2 berminat nak tahu lebih mendalam tentang tools dalam Al-Fatihah tu. Moga kefahaman tersebut dapat menjelaskan lagi perjalanaan hidup ini. Lagi satu nak minta izin copy gambar itu ye nak paste kat facebook’s profile sebagai pemberi semangat =)..jzzk khair

    Reply
    • October 20, 2009 at 3:11 pm
      Permalink

      jazakumullahu khairan katheera. moga artikel ini memberi manfaat .

      Reply
  • November 10, 2009 at 4:25 pm
    Permalink

    salam.

    menarik sungguh artikel ni. saya xpernah t’baca qoute ayat 26:69. rupa2nya ada specific ayat tentang b’usaha utk meningkatkan agama dlm diri sendiri. insyaAllah sy akan selalu ingat ayat ni.

    dan hadith Rasulullah tu ttg perbandingan al-fatihah dgn kitab Taurat dan Injil pun satu ‘head’s up’ juga. xpernah dgr mana2 sumber yang membandingkan quran n kitab2 lain secara specific.

    alangkah ceteknya ilmu saya. kena ngaji lebih ni!
    terima kasih akh Fazrul utk perkongsian. =]

    Reply
  • Pingback:[Pre-WG2009]Saya Ingin Jadi Jutawan dengan al-Fatihah « NUR KASIH

  • Pingback:Jadi jutawan dengan al-Fatihah? « The Curious Case of ZaliZabrina

  • December 21, 2009 at 3:53 am
    Permalink

    Assalamualaikum Tuan,

    Alhamdulillah setelah membaca artikel ini baru saya sedar bahawa Surah Al-Fatihah mempunyai 1001 khasiatnya tersendiri.

    Sebelum ini saya banyak belajar dan memahami tentang khasiat Surah Al-Fatihah dari segi perubatan (healing), sekarang saya mempunyai sedikit ilmu baru yakni Surah ini mampu menjadikan seseorang itu sebagai Jutawan.

    Alhamdulillah, Syukur.

    Reply
  • December 26, 2009 at 9:29 am
    Permalink

    “Maha Suci Allah, atas segala yang ada di dalam Al Quran, adalah mukjizat yang memberi Syafaat kepada pembacan serta pengamalnya”

    tajuk yang sangat hebat.
    isi kandungan yang memberikan didikan dunia Akhirat..
    teruskan berdakwah… ^.^

    Reply
  • February 21, 2010 at 12:21 am
    Permalink

    Jadi jutawan pahala

    Reply

Leave a Reply to al-muntalaq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2009-10-18

in michigan state university. preparing for talk # ready for slot 1 ifr at michigan state university #

Close