Umum

Saya Impikan Ramai Menjadi Beyond Age

Saya suka menulis ketika belajar di Purdue University dahulu. Saya menulis sebahagiannya di Yahoogroups. Kemudian sesampai di Mesir, saya mendapat cadangan daripada kawan-kawan yang belajar di Universiti al-Azhar untuk menulis tentang Pemikiran Sistemik agar mudah dibaca. Ini disebabkan ada istilah dalam ilmu tersebut agak teknikal. Saya setuju dan akhirnya terbitlah buku pertama saya di Mesir – hasil kompilasi penulisan di Yahoogroups dan perkongsian dengan rakan di sana. Bumi Nabi Musa dan Nabi Yusuf. Apabila tiba di Malaysia, saya rasakan itu sekadar perkara biasa. Tidak ada apa yang special sehingga ada seorang Dr yang menyatakan, ‘saya dah umur lanjut dan ada PhD pun tak de buku terbit begini.’ Saya terdiam dan berfikir sambil menurunkan autograf buku Pemikiran Sistemik cetakan PTS Publications.

Membina arus atau mengikut arus membina kekuatan

Jika didalami Maaliki yaum ad-deen dalam Surah al-Fatihah, kita akan melihat dunia dengan lebih luas. Kita bukan sahaja ingin berada di sini, tetapi bekalan perlu disediakan untuk ke hari akhir. Bekalan itu memerlukan kekuatan diri untuk membina arus yang betul. Salah langkah, kita akan sekadar mengikut arus yang sering membawa kegagalan atau kecelaruan.

Mus’ab b Umair pada kala usia 19 sudah menjadi panglima perang. Beliau berjaya membina arus umur 19 tahun dengan berada pada tahap itu. Beliau tidak sekadar mengikut arus usia 19 tahun dengan hiburan dan pelbagai amalan jahiliah zaman itu. Inilah yang diharapkan kepada generasi yang memegang Maaliki Yaum ad-Deen. Sentiasa melihat ke depan dan melangkau usia. Beyond Age.

Facebook dan Babar Ali

Facebook amat terkenal sekarang, hasil idea individu Mark Zuckerberg ketika di harvard University (dan beliau tidak habis belajar). Babar Ali pada usia 16 tahun menjadi guru besar termuda di dunia dan ada lebih kurang 800 orang murid di sekolahnya di India. Banyak lagi individu lain yang membina kejayaan pada usia muda. Lantas saya bertanya, sukarkah untuk usia 23 tahun membina kejayaan?

Sudah tentu tidak. Jika mengikut Malcolm Gladwell, ia bergantung kepada sejauh mana anda sudah berusaha 10,000 jam untuk memahirkan diri anda dalam sesuati perkara bagi mengecapi kejayaan. Inilah yang disampaikannya dalam bukunya Outliers.

Amat banyak kebimbangan di dunia ini

Amat banyak kebimbangan di dunia ini yang perlu dibantu dan diuruskan agar manusia terpelihara dan mampu hidup lebih aman.

Kalau hal kewangan, amat banyak individu dan kawasan yang tidak cukup makanan.
Kalau hal kesihatan, amat banyak tempat yang tidak cukup nutrisi.
Kalau hal ilmu, amat banyak kemahiran dan ilmu penting yang tidak dapat dikecapi oleh ahli dunia.
Kalau bab pekerjaaan, banyak yang tidak cukup kemahiran untuk melonjak dalam dunia kerjaya
Kalau bab kepimpinan dan kerajaan, banyak aspek perlu dimajukan
Kalau aspek spiritual, banyak jiwa yang resah gelisah mencari erti hidup.

Siapakah yang akan mengubat kebimbangan tersebut?  Perlukah Dalai Lama perlu menguruskannya sehingga perlu ada Meditation on Demand sebagaimana tercatat dalam Scientific American Mind Nov/Dec 2009.  Perlukah Deepak Chopra? Atau individu yang berasaskan kalimah wahyu untuk memimpin manusia ke arah kebenaran hakiki.

[24:55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan ‘wa’ada’ atau janji. Janji ialah sesuatu di masa hadapan, atas syarat yang dipenuhi. Agama dikuatkan bukan untuk menindas tetapi untuk membantu manusia menyedari potensi sebenar yang ada dalam diri.

Lantas saya bayangkan

Kalau Mus’ab b Umar sudah berjaya pada 19 dan akhirnya pada usia 24 tahun, beliau berjaya membuktikan kesungguhan beliau memperjuangkan keadilan sejagat, saya amat membayangkan lebih ramai zaman sekarang yang mampu membina kejayaan melangkau usia.

Saya impikan individu 23 tahun sudah menjadi jutawan. Saya tidak sempat untuk belajar hal itu, namun kini amat banyak cara dan sumber.  Setelah jadi jutawan, kita boleh melihat ‘Abu BakarJunior’ di mana-mana sahaja. Saya dulu tidak diterangkan hal ini. Yang diterangkan ialah kepentingan menyampaikan ilmu. Lantas saya menulis.

Saya impikan individu-individu 19-23 tahun yang menulis buku di US, Jepun atau di mana sahaja di dunia. Hasil tulisannya dibaca. Hasil tulisannya menjadi rujukan. Saya impikan ramai yang mampu mencapai taahap itu. Kajian dan buah fikirnya memecah kemelut dunia antarabangsa.

Saya juga impikan lebih ramai jurucakap awam sekitar 19-23 tahun. Sudah berjalan seluruh dunia menyampaikan isi kajian. Sudah ada bercakap di Youtube atau di mana-mana laman web untuk berkongsi maklumat dan ilmu dengan dunia. Biarlah apa topik pun, tetapi individu tersebut sudah membina kejayaan.

Saya impikan ada individu yang mampu mengintegrasikan ilmu yang ada dengan al-Quran dan as-Sunnah. Biarpun individu itu di US, di Jerman atau mana-mana negara bukan belajar ilmu Islam. Saya impikan individu-individu ini akan menjadi penceramah dan pemberi idea untuk negara-negara seluruh dunia.

Begitulah impian saya. Dan saya yakin ia boleh berjaya. Mengapa saya yakin begitu?

Saya tidak ditunjukkan. Kalau ditunjukkan?

Saya jarang ditunjukkan oleh coach atau mentor. Apa jadi kalau saya ditunjukkan pelbagai resource atau sumber dalam kehidupan ? Pastinya ia sangat membantu. Jibril menjadi coach kepada Nabi. Nabi menjadi coach kepada sahabat lain. Dan begitulah seterusnya.


Ramai tahu, tetapi tak ramai ambil tindakan

Ramai tahu perlu berjaya untuk menjadi Beyond Age. Namun tidak ramai yang mengambil tindakan. Ini juga dikomen oleh Joel Comm di webnya.

Adakah anda sebahagian daripada individu yang mampu melangkau usia? Buktikan dengan ‘YA’ pada perkataan dan tindakan.

Ya Allah, mudahkanlah kami untuk melangkau usia masuk ke syurga yang tidak berbeza amat usianya. Hanya yang muda masuk ke syurga. Dan kami mahu menjadi individu muda yang mencapai kejayaan gemilang dunia dan akhirat. Ameen

Artikel ini adalah sebahagian daripada isi kandungan program Beyond Age yang akan dilaksanakan Jan 2010. Jika berminat mengikuti preview, sila semak di sini

6 thoughts on “Saya Impikan Ramai Menjadi Beyond Age

  • salam,

    akh Fazrul, sekarang br saya faham kenapa akh fazrul sungguh aktif dan sanggup berkorban masa dan tenaga utk melatih kami2 di sini untuk menjadi lebih baik.
    rupanya ia b’tujuan utk menambahkan lagi pemuda2 islam sehebat pemuda2 di zaman rasulullah. dan mudah2an kami mampu menyebarkan fahaman yang sama kepada persekitaran kami.

    saya dah sedia utk di’train dan menerima coaching dr akh fazrul.
    mudah2an usaha kali ni diberkati Allah dan berjaya hendaknya.
    =]

    Reply
  • naquiddin

    tapi bro fazrul,
    mcm mana kita nk tahu bidang yg kita blh bawa kita ke hadapan?

    Reply
    • al-muntalaq

      bro naquiddin

      kita perlu buat analisis PIES untuk mengetahui ke arah mana kita nak tuju… insha-allah after program habis minggu nie, kita boleh discuss …

      Reply
  • Omar Mokhtar

    Setelah sekian lama..barulah saya dapat betul2 meneliti hasrat Bro Fazrul..sungguh mulia kerja ini..mari sama2 kita bekerja dengan lebih bersungguh2 bermula dari sekarang!. Bismillah..

    Reply
  • lonsaa

    Assalamu’alaykum akhil habeeb Fazrul,

    MashaAllah bagus penulisan sheykh ni. Penuh dengan kata-kata semangat yang mendorong jiwa muda ni untuk terus berusaha dan menyampaikan sebanyak yang mungkin agar dapat dimanfaatkan segala ilmu yang ada. Semoga diberi pembalasan yang baik di atas niat dan usaha yang murni ini, ameen. So watpe kat Gifu skang ni?

    Reply
    • al-muntalaq

      jazakumullahu khairan katheera

      ana di Jepun untuk menyampaikan modul al-Fatihah. enta di mana ..dgr nak ke UK. ke dah sampai ?

      Reply

Leave a Reply to al-muntalaq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2009-11-01

MP3 has commenced .. extension will be available ...hope it can extend the benefits # now in ottawa airport, canada.

Close