Pentingnya Syariat Menguruskan ‘Chaos’

Dalam Sirah Nabawiyah, Nabi dilatih dengan menjadi seorang penggembala kambing. Menjadi penggembala kambing biri-biri memerlukan kesabaran dan sifat proaktif untuk memastikan seseorang mampu untuk melihat ‘jauh ke hadapan’. Saya bertemu dengan seorang individu hebat dalam latihan teambuilding baru-baru ini – Dr Aziz. Beliau menyatakan untuk menguruskan manusia tidak semudah menguruskan mesin. Beliau yang pernah bertugas lebih 20 tahun di German merasai perkara ini satu cabaran – tetapi berbaloi ganjarannya.

Apakah sifat dinamik seorang manusia ?

Syariat diturunkan untuk meminimumkan semua perkara dinamik tersebut – walaupun pada hakikatnya ia tetap akan berlaku. Jika dalam syariat ada taubat, ia bermaksud seseorang akan berbuat kesilapan tetapi ia perlu ditangani dengan cara paling praktikal. Jika tidak, sudah tentu semua orang boleh bermentaliti ‘bunuh dan tumpahkan darah’ kemudian bertaubat. Syariat turun dengan menjadikan akal lebih rasional dan minimum dalam melakukan kerosakan di atas muka bumi.

Berikut saya senaraikan beberapa ciri dinamik di peringkat manusia:

1.Hari ini si A kata dia faham apa yang dia perlu buat dalam skop kerjanya. Namun setelah beberapa minggu, ia tidak jelas atau mula rasa malas untuk melaksanakan apa yang perlu dibuat.

2.Hari ini si A kata dia faham kaitan kerjanya dengan kerja individu lain – lantas beliau siapkan kerja on time dan mematuhi date line. Kemudian beberapa minggu, dia sudah lemah semangat dan akhirnya beberapa dateline tidak dipatuhi – mengganggu kerja orang lain.

3.Hari ini si A datang dengan pelbagai idea, membina kertas konsep dan berinisiatif untuk melaksanakan kerja. Namun setelah beberapa lama seronok bersama rakan kerja, si A mula menghabiskan kerja dengan Facebook dan membuat serta mempromosikan perkara lain – yang tidak ada kaitan secara langsung dengan skop kerja.

4. Hari ini si A ada tenaga yang hebat, namun setelah beberapa lama , si A dapat tenaga dari sumber idea baru dan menyebabkan beliau ingin berbuat sesuatu yang lain padahal kerja asal tidak berusik baik.

Banyak perkara dinamik dalam sistem diri manusia. Kalau melihat kepada sistem sunnah manusia, pasti ia akan menyebabkan kegundahan atau chaos.
Syariat hadir untuk ‘menenangkan’ keadaan agar kita boleh berjaya. Jika dalam aspek 1, amanah akan menyebabkan si A akan terus mencari kefahaman skop tugas untuk dilaksanakan. Jika 2, amanah akan menyebabkan dateline dipatuhi dan sering memohon maaf jika terlambat. Individu yang tidak meminta maaf tidak sedar silap malah kekadang ia tidak perlu membaiki apa yang silap. Pada perkara 3 & 4, kesan daripada mesyuarat atau syura perlu dipegang dan kalau mahu berubah, sila diskusikan semula – bukan dipecahkan sahaja amanah yang lalu.
Fokus pada apa yang perlu dilaksanakan amat penting untuk berjaya. Fokus ini dibina dalam solat dengan khusyuk, dan ia perlu diaplikasikan kefahaman dan kedekatan kepada Allah di luar solat. Kalau amanah kerja itu dari Allah, mana mungkin selepas solat, Facebook disambung kembali untuk berbuat sesuatu di luar skop kerja. Itu hanya layak dibuat apabila tidak terlibat dengan organisasi kerja – tetapi membina organisasi sendiri dengan elektrik, sewa pejabat dan internet diuruskan sendiri. Namun amanah bukan boleh ditadbir dengan begitu sahaja. Ia perlu kefahaman syariat berdasarkan taqwa. Kita tidak mahu ‘pejuang Islam’ merosakkan sistem Islam dari dalam.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Cepatnya perlu membaca Surah al-Kahf sekali lagi

Beberapa minggu ini, saya merasakan membaca Surah al-Kahf seperti sering hadir setiap minggu. Baru sahaja membaca seperti semalam, hari ini

Close