Recent Articles

Pendakwah Air Kacang Soya 3

"Boleh ke kita dapat RM 50 sehari nie ?" kata Nas apabila memerhati kepada catatan yang dibuat oleh Din. Nampaknya senarai keperluan dan modal semakin bertambah.

Din diam.  Setelah beberapa ketika, beliau meletakkan pen dan menghela nafas panjang.

"Kita perlu modal yang agak besar. Paling kurang, kita perlu ada blender untuk memproses kacang soya. Paling kurang harganya seratus lebih. Kita perlu dapur gas dan periuk besar untuk memanaskan air soya yang sudah diperah. Peti sejuk…"

Pendakwah Air Kacang Soya 2

Nas dan Din berbincang-bincang apakah strategi untuk memastikan apa yang mereka perlu laksanakan …Mereka mencatat apakah yang perlu mereka capai. Kata Nas, "Kalau boleh, kita dapat beat  gaji kalau kerja di kilang atau kedai biasa. Biasanya, sebulan dapat RM 600. So maksudnya, kita perlu dapat RM 1200 untung bersih setiap bulan." Din mengangguk.

Pendakwah Air Kacang Soya 1

Anda berminat untuk mendapat naskah preview untuk Pendakwah Air Kacang Soya? Sila email kepada fazrul@total-success.net.

 

Insha-Allah dalam masa yang agak singkat dan kesibukan harian ini, saya akan menulis sedikit demi sedikit tajuk yang diberikan dalam bentuk bersiri. Saya cuba untuk menggunakan konsep ini agar saya terus menulis dan dalam masa yang sama, ramai pembaca yang boleh memberi idea dan input untuk memajukan tulisan cereka bermesej ini. Penulisan ini diadaptasi dan diubahsuai daripada pengalaman mengendalikan Madrasat-ul-Hayaah Challange terutama bersama Nas dan Din di Segamat Johor. Semoga Allah mengampunkan kesilapan dalam penulisan ini dan harapannya agar ia bermanfaat.

Kekuatan Otak, Kekuatan Jiwa

MEMANCARKAN KEKUATAN Jiwa adalah sumber kekuatan seseorang. Orang yang Jiwanya lemah, akan tampil sebagai sosok yang lemah. Sedangkan orang yang berjiwa kuat akan tampil sebagai sosok yang ‘kuat’ pula. Tentu saja, bukan sekadar dalam arti fisik. Melainkan ‘kekuatan’ pribadinya dalam menghadapi gelombang kehidupan. Orang yang memiliki Jiwa kuat, bukan hanya berpengaruh pada keteguhan pribadinya, melainkan […]

Program untuk Pelajar dari US

Program akan berjalan pada 28-30 Julai di Impian Country Resort, Hulu Langat, Selangor. Berminat? Klik <a href="http://misgonline.com/stcmalaysia/index.php">di sini</a>

Pengaruh Qur’an Terhadap Organ Tubuh

Artikel ini diambil daripada satu mailing list yang perlu kita hayati untuk memahami kehebatan mukjizat al-Quran.

Banyak perkara menarik terhadap kekuatan membaca Al-Qur'an. Banyak kehebatan di dalam Al-Qur'an, dan pengajaran Rasulullah. Dan sampai beberapa waktu yang belum lama ini, belum diketahui bagaimana mengetahui kesan Al-Qur'an tersebut kepada manusia. Dan apakah kesan ini berupa kesan biologi ataukah kesan kejiwaan, atau malah keduanya, biologi dan kejiwaan.