‘Mood’ dakwah & ‘moody’ dakwah

“Penatlah. Saya rehatlah dulu daripada dakwah.”
“Saya tak sihat. Saya akan berdakwah bila ada mood”

Dakwah ialah satu jalan untuk menyeru insan lain kepada Maha Pencipta. Kerja ini memerlukan ilmu. Ia boleh hadir dengan semangat membuak-buak tetapi layu dibuai masa.

Mood dakwah

Ketika melaksanakan dakwah, teras utama ialah kesedaran ia adalah fardhu kepada setiap Muslim. Selain itu, ia adalah jalan dalam kehidupan – bukan sekadar ritual atau ikut-ikutan. Ia bersesuaian dengan intipati ayat berikut:

Surah Yusuf 12: 108. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain.”

Jalan dakwah ini dilaksanakan secara berkumpulan atau berjemaah – seperti dinyatakan dalam ayat di atas. Ada susunan struktur – saya dan yang mengikut saya. Ia dilaksanakan dengan keterangan yang nyata untuk membawa kepada Allah – bukan diri sendiri atau puak sendiri. Jika ia dibawa kepada diri sendiri atau tidak berteraskan baseerah, ia akan mewujudkan moody dakwah. Ada rasa tertekan dengan mengadu kepada selain dari-Nya.

Moody dakwah

Moody dakwah berlaku kerana ada tekanan dalam kehidupan. Datang pelbagai ujian – dan apabila mengadu – diletakkan insan lain sebagai ‘benchmark’ atau urusan. Ini akan menghilangkan momentum dakwah sebenar  – kerana pertolongan Allah tidak kesampaian. Jadilah dakwah yang moody – penuh dengan perasaan melampaui kebesaran Allah.

Bagaimana elakkan?

Dalam ayat di atas, kita menyeru kepada Allah – maka diri sendiri perlu dibawa kepada Allah samada di peringkat hati, lisan dan tindakan. Ia manisfestasi tauhid yang ada dalam ayat di atas. Tauhid bukan sekadar slogan untuk diseru atau diseminarkan sahaja. Ia adalah untuk mengingatkan diri sendiri – agar makin kuat. Agar makin percaya, nescaya Allah akan tambahkan hidayah dan menguatkan diri.

Surah al-Kahf 18:13. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda Yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk.

18:14. dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan Kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari padanya; jika Kami menyembah Yang lainnya bermakna Kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran.”

Formula daripada ayat di atas:

  1. Beriman kepada Allah
  2. Allah akan tambah hidayah
  3. Allah akan kuatkan hati

Tanpa beriman terlebih dahulu di peringkat hati, lisan dan amal, ia sukar mendapat hidayah tambahan dan dikuatkan hati. Hati akan makin lemah dan lemah dari semasa ke semasa. Mood yang akan mendoinasi dakwah – bukannya rabitah dari Allah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Apabila Ustaz Sudah Sampai Ke Syurga

"Ana betul." "Mengapa ustaz sentiasa ada jawapan tetapi gayanya dalam hidup semacam belum ada jawapan atau hidup tak perlu ikut

Close