Umum

Merenung Teknik, Menggarap Tujuan

Kategori 1: 7 Habits of Highly Effective People. The Secret – Law of Attraction. The Power of Focus. A Whole New Mind.

Kategori 2: al-Kabair – Dosa-dosa Besar. Miftaah Dar-as-Saadah. Purification of the Soul.

Apakah beza antara tajuk-tajuk buku kategori 1 dan 2? Kategori 1 dari Barat. Kategori 2 dari tradisi penulisan Islam. Kalau dulu di kalangan umat Islam, kategori 2adalah bestseller, namun kini kategori 1 banyak mengisi rak-rak individu yang beragama Islam.Makin ingin berjaya dalam sesuatu lapangan, maka pasti tajuk-tajuk kategori 1 akan mengisi minda bacaan individu tersebut. Apakah sebabnya?

Berikut ialah beberapa perkara yang jelas polanya:

1. Kategori 1 menerangkan teknik, kategori 2 menerangkan penyataan atau apa yang sepatutnya ada pada diri seseorang.

2. Ayat Kategori 1 berbentuk mesra pembaca, meletakkan teknik untuk mudah diamal atau diserap jiwa. Kategori 2 ialah ayat yang dalam maksudnya (tidak bermaksud susah), dan ia bersifat ‘perlu ada’ dalam diri seseorang. Kategori 2 menarik minat agamawan atau yang ingin mencari ‘hujah’. Kategori 2 dicari oleh ramai manusia yang ingin bertatih (tidak semestinya masih kecil dalam kejayaan) untuk memulakan perubahan pada sesuatu perkara.

3. Kategori 1 – lantaran dipenuhi teknik – memerlukan ‘ijtihad’ dan cara berfikir melihat pola dan kaedah membawa seseorang pada tahap rendah kepada satu kejayaan yang besar. Manakala Kategori 2 diisi dengan penyataan untuk ‘reflection’ dan check list ‘aku ok, aku tak ok’ yang kekadang tidak semestinya menerangkan apa yang perlu dibuat selepas ini.

4. Kategori 1 biasanya dipenuhi dengan ijtihad akal yang tidak semestinya benar, namun ia membantu jika dibantu oleh kajian yang mendalam. Kategori 2 biasanya diisi dengan ayat-ayat QUran dan Sunnah – yang menjadi kebenaran mutlak bagi yang beragama Islam. Cabarannya ialah manusia tidak semuanya mempunyai kesedaran ‘agama’ yang tinggi tetapi mereka ada spiritual yang inginkan kebaikan. Potensi spiritual ini perlu difahami dengan aspek ‘agama’ yang kekadang menakutkan sesetengah pihak. Biarpun perbezaan spiritual dan agama berlaku dalam Kristian, namun realiti ini tidak boleh diabaikan realitinya dalam masyarakat Islam.

5. Kategori 1 ditulis oleh individu yang ingin membawa idea yang praktikal (tidak semestinya benar). Kategori 2 ditulis oleh individu yang ingin membawa kepada pelaksanaan yang  jitu (walaupun tidak semestinya benar jika fakta penulisan tidak jitu).

6. Kategori 1 banyak ditulis dan dibentangkan oleh individu yang terdedah dengan pola dan budaya Barat yang bayak mengkaji dan berfikir menggunakan akal. Kategori 2 banyak dibentangkan oleh individu yang banyak terdedah dengan pendidikan berasaskan wahyu atau mungkin juga budaya  ‘suap dan telan’. Ilmu Islam pada zaman Nabi dan tamadun Islam adalah berasaskan ijtihad – kaji, fikir dan dalami. Itu yang menghasilkan banyak khazanah buku Islam. Mereka menulis dalam bentuk ‘penyataan’ seperti Kategori 2 kerana guru-guru atau penulis ini memindahkan ‘teknik’ bukan dalam bentuk tulisan tetapi tarbiah harian. Namun kini peluang untuk bersama ulama atau guru ini terhad.

Apakah kaedah al-Quran dalam menyampaikan pesanan? Ada teknik, ada tujuan. Nabi menyampaikan teknik untuk melaksanakan sesuatu dalam dakwah beliau bagi menerangkan ayat-ayat dalam al-Quran. Apakah yang boleh kita ambil pengajaran dengan realiti masyarakat suka Kategori 1 padahal mereka perlu tahu isi Kategori 2?

Pemikiran, penulis dan penceramah Islam perlu membuat kajian dengan baik serta hadir dengan buku Kategori 1 bagi menerangkan Kategori 2. Bukannya dengan nak jadi seperti Kategori 1 tetapi jauh dari kajian dan rujukan pada Kategori 2. Hasilnya? Pasaran dipenuhi dengan tips tanpa kajian mendalam dan buku serta training yang berasaskan tarikh lahir, nama, tempat lahir, masa lahir, nama ayah, nama panggilan dan macam-macam asas pelik dalam membawa umat manusia untuk berjaya. Anda nampak pola tentang banyak Kategori 1 akan masuk pasaran tanpa mengambil kira Kategori 2?

Moga Allah beri kepada kita hikmah untuk merenung teknik dalam panduan wahyu yang menjadi tujuan kita mendekatkan diri kepada ALlah.

One thought on “Merenung Teknik, Menggarap Tujuan

  • Suatu pandangan yang tepat, semoga ada yang dapat memenuhinya

    Reply

Leave a Reply to Kak Ija Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bagaimana Mengecap Manis Iman?

Seringkali kedengaran keluhan hati kecil untuk mendekatkan diri pada Allah. Apabila seseorang berpengalaman dengan pengalaman spirituil, ia akan seronok dan

Close