Mendekati tafsir Quran di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan ini, selain membaca al-Quran, saya cuba untuk mendekati tafsir al-Quran. Saya yakin ramai berbuat demikian. Namun persoalannya: apakah manfaat membaca al-Quran dan membaca tafsirnya? Soalan ini untuk saya. Jadi saya cuba menjawabnya.

Manfaat membaca al-Quran sudah jelas dalam Quran dan Hadith. Ia adalah huda, bayyinaat dan furqaan – menurut surah al-Baqarah. Ia memberi pahala – jika mengikut hadith. Ia akan memberi syafaat.

Saya cuba melihat kembali. Kalau saya combine-kan 5 perkara di atas, ia akan menjadi lebih menyeluruh. Menjadi sistem yang syumul. Apakah 5 perkara di atas?

  1. Huda
  2. Bayyinaat
  3. Furqaan
  4. Ganjaran pahala
  5. Syafaat

Pada saya, ganjaran pahala min ialah 10 – bagi setiap huruf. Itu minimum. Kerana ia akan memberi kesan pada hati secara minimum. Tentu tidak sama kalau membaca tanpa faham dan membaca dengan faham. Membaca dengan gaya huda sudah tentu tidak sama dengan membaca gaya furqaan.

Lantas bagaimanakah al-Quran yang mampu memberi syafaat? Sudah tentu kalau diamalkan. Mana mungkin memberi syafaat kalau Quran itu diambil ringan atau sekadar menjadi hiasan majlis kematian.

Inilah keperluan tafsir. Untuk memahami lebih dalam dan jelas. Mencapai bayyinaat dan furqaan. Kerana minda saya akan bertanya banyak perkara. Quran akan memberi kesan besar apabila ia dibaca dan memberi kesan kepada pembaca bukan sahaja kerana ‘keseronokan membacanya’ tetapi kerana ia dapat diamalkan dalam diri.

Membina sistem

Lantaran saya adalah khalifah (pemimpin di muka bumi sebagaimana ayat 2:30), saya melihat mesej Quran perlu diterjemahkan dalam bentuk sistem – samada untuk praktikal personal untuk diri saya mahupun untuk masyarakat sekeliling. Barulah Quran itu akan membawa rahmat. Saya dapati kaedah berhubung dengan Allah dalam Quran ialah dengan si makhluk mengambil inisitiatif.

61:5..maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran Yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); ….

Kalau seseorang menyeleweng, barulah Allah selewengkan. Ayat berikut amat menarik:

22:16. dan Demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan Yang jelas nyata; dan Sesungguhnya Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya).

Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya – kerana Allah Maha Berkuasa. Saya terima. Tapi bagaimana pula dengan usaha manusia ?
Quraisy Shihab menyatakan ada maksud lain bagi ayat yang sama.

Allah memberi petunjuk siapa yakni orang yang berkehendak untuk mendapat petunjuk. Dengan demikian, ayat ini mengandung makna bahawa Allah menyesuaikan pemberian hidayah-Nya dengan kehendak manusia.

Perkataan yuriid boleh difahami ‘Dia (Allah) kehendaki’ atau ‘dia (manusia) kehendaki’. Dengan kefahaman yang kedua, jika manusia ingin hidayah yang banyak, Allah akan beri lebih banyak. Allah Berkuasa memberi hidayah, tetapi ia ada kaitan dengan usaha kita untuk memperolehnya. Allah boleh berikan starter untuk mengenal hidayah, tetapi bergantung kepada keseriusan kita untuk mencarinya.

Shade of meaning in al-Quran is related to different qiraat available. Inilah yang dinyatakan Jamaludin Zarabozo dalam tafsir al-Fatehah beliau. Shade of meaning ini akan menampakkan kehebatan al-Quran dan mampu membina sistem yang lengkap dalam kehidupan.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Teresak-esak, demi esakan

Ramadhan kali ini bermula dengan peluang yang Allah berikan untuk saya solat teraweh di belakang Syeikh Mishari al-Afasi. Selama ini

Close