Manhaj Yang Mukjizat


Nabi Musa ada mukjizat tongkat, manhaj zaman itu terkandung dalam Taurat

Nabi Isa ada mukjizat perubatan, manhaj zaman itu terkandung dalam Injil

Nabi Muhammad ada mukjizat Quran, manhaj zaman ini terkandung dalam Quran.

Mukjizat dan manhaj bertemu sekaligus.

Allah akan jaga Quran, maksudnya manhaj ini akan terjaga.

Siapa yang mengikut manhaj ini, ia adalah kehidupan berasaskan mukjizat setiap masa! Subhanallah.

Jadi apa perlu dibuat? Beramal dengan mukjizat Quran. Menjaganya, Allah akan uruskan. Mengamalkannya, ini yang menjadi tugas kita semua. Bukan sekadar jaga tetapi tidak amal. Ramai yang Allah akan uruskan untuk jaga Quran ini: pelajar tahfiz, mesin komputer malah mereka yang bukan beragama Islam mampu menulis Quran.

Bab AMAL Quran? Ia satu perjuangan yang amat besar nilainya.

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr 15:9)

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Mengapa perlu ada nilai, selain misi dan visi?

Nilai ini laksana minyak yang akan menggerakkan enjin kereta menuju ke destinasi visi sesuatu organisasi. Nilai ini perlu diisi dan...

Close