Umum

Kisah Pemuda, RM 2000 dan 100 ekor ikan

Kata seorang kaya, “Mintalah apa sahaja untuk kamu maju. Aku insha-allah akan tunaikan.

Sang pemuda berkata, “Aku perlukah pinjaman RM 2000. Aku ingin buka bisnes, maju dan pulangkan kepadamu.”

“Baiklah. Esok jumpa aku di tepi jeti awal pagi.”

Keesokan harinya, si pemuda muncul. Si kaya kata, “Ini joran. Ini umpan. Kamu kail, sampai dapat 100 ikan. Selepas itu aku berikan pinjaman.”

Si pemuda setuju. Dicubanya. Dicubanya belum ada hasil. Dia kata, “apalah si kaya ini. Menyusahkan sahaja.”

Esoknya masih perkara yang sama.

Esoknya si kaya menunggu untuk memberi wang pinjaman. Namun si pemuda belum dapat ikan. Beliau sudah mula marah.

“Kalau kau nak berikan, berikan sahaja pinjaman. Buat apa memancing ikan.”

Si kaya berkata, “Kamu betul mahu modal? Untuk apa?”

“Memang aku perlukan modal. Aku ingin berniaga, majukan dan kembalikan modal itu kepadamu.”

“Baik, esok aku akan jumpa kamu dan beri kamu sesuatu,” kata si kaya.

Esoknya si pemuda datang.

“Nah, ini caranya untuk mengail ikan. Cuba.”

Si pemuda mencuba. Dapat seekor. Dan seekor. Dan seekor.

“Kamu teruskan. Dapat 100 ekor, bawa pada ku.”

Si pemuda berjaya hari itu. Beliau bawakan 100 ekor. Kata si kaya “tolong jualkan. Dapat duit, bagi padaku.”

Si pemuda melaksanakannya. Dapat duit yang banyak. Lantas diserahkan kepada si kaya.

Sampai sahaja mahu diserahkan, si kaya berkata, “Nah ini RM 3000, bukan RM 2000. Rm 3000 ini engkau usahakan. Kau sudah berjaya menjadi peniaga. Kamu tidak perlu pulangkan.”

Si pemuda terduduk. Kini beliau faham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Catatlah di tempat yang sesuai

Sekarang zaman Facebook dan Whatsapp. Peluang mencatat dan menyampaikan apa sahaja di mana-mana. Malah seawal bangun tidur atau on the

Close