Jangan makan banyak ketika tension

Ada individu yang tension, makan banyak.
Ada individu yang tension, membaca banyak komik.
Ada individu yang tension, contact kawan, keluar bermain atau memetik gitar.

Namun sesuaikah kalau setiap kali tension atau stress, kita buat semua perkara di atas berlebihan?

Sebenarnya apakah tension atau stress?

Menurut Wikipedia,

Stress is a biological term which refers to the consequences of the failure of a human or animal body to respond appropriately to emotional or physical threats to the organism, whether actual or imagined.[1] It is “the autonomic response to environmental stimulus.

Jika menurut definisi di atas, stress dikaitkan dengan cabaran atau ancaman emosi atau fizikal. Ia melibatkan intelek manusia juga dalam menilai sesuatu ancaman, samada benar atau sekadar bayangan.

Tension boleh bersumberkan banyak sumber. Sumber fizikal seperti ancaman dipukul. Sumber intelek seperti kemungkinan tidak faham atau beban studi. Sumber emosi seperti dikutuk atau dihina. Sumber spiritual, jika tidak berjaya mencapai amalan yang ikhlas dan mengikut panduan Nabi. Namun yang paling dominan di peringkat manusia ialah stress bersumberkan fizikal dan emosi.

Bagaimana manusia menangani stress?

Ada yang tension fizikal seperti sakit atau dipukul, ia akan release cara emotional seperti telefon kawan, mengadu pada kawan atau kaunselor.

Ada yang tension emosi seperti marah atau bimbang, direlease dengan cara fizikal seperti memukul atau menendang pintu.

Ada yang tension intelek seperti beban peperiksaan atau menyiapkan projek, direlease cara fizikal seperti makan.

Telefon kawan OK.
Mengadu pada kawan OK.
Mengadu pada kaunselor OK.
Memukul orang? Tidak OK.
Makan? OK.

Dalam banyak-banyak OK di atas, ia wajar diawali dengan sumber rohani iaitu mengadu pada Allah. Ini paling berkesan kerana Maha Pencipta tahu bagaimana merawatnya. Namun pada banyak tempat, hal ini tidak berlaku kecuali kalau ujian itu tidak siapa yang faham dan mampu simpati, lantas manusia akan merujuk kepada Allah.

2009-05-14_230216


30:33. dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadanya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadanya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain Dengan Tuhannya;

Mengapa tak mahu mengadu dahulu kepada Allah? Kerana ramai yang merasakan rakan, kaunselor, bermain, makan dan sebagainya boleh menyelesaikan masalah – itulah seteru atau tandingan yang diletakkan dalam kehidupan. Jika kita mengadu kepada Allah, walau banyak kali dan berlebihan manapun tidak mengapa. Kerana ini akan memberi kesan positif kepada diri.

Namun yang tidak OK …

overweight-kids-how-we-can-prevent-this-problem2Namun yang tidak OK apabila habis sahaja exam atau hilang sesuatu ujian, ingin release tension ialah dengan mencari penyelesaian fizikal, intelek atau emosi dahulu.

Apakah kesan kalau setiap kali tension, makan dan makan dan makan tanpa mengadu pada Allah dahulu? Badan agak gemuk, atau mengambil gula berlebihan dan ini akan memberi kesan negatif pada badan.

Apakah kesan kalau setiap kali tension, seseorang itu baca komik dan komik dan menonton TV tanpa mengadu pada Allah?Kita akan bergantung pada komik dan TV sehinggakan hidup tidak menjadi real dan tidak berani berhadapan dengan kenyataan. Ini merosakkan diri.

Apakah kesan kalau setiap kali tension, borak dan borak dan borak serta keluar dengan kawan tanpa mengadu pada Allah dahulu? Kita akan bergantung amat pada kawan dan ini memberi kesan negatif pada diri apabila kawan sudah tiada atau tidak memahami apa yang kita alami. Keyakinan kita dibina atas asas kawan. Apabila kawan tidak yakin, tidak layan atau tidak peduli, kita akan cepat putus asa dan patah semangat.

rman3028lOleh itu, amat wajar kita mengenali diri kita. Adakah kita jenis yang mencari Allah di setiap ketika dengan mengingatinya serta berada pada majlis ilmu serta melaksanakan tugas kebaikan setiap kali datang ujian? Kalau ya, tahniah dan teruskan. Namun kalau setiap kali bermasalah, keluar sumpah seranah dari mulut, mengomel, marah-marah atau keluar dengan lelaki perempuan,telefon sana sini, ia akan mewujudkan masalah. Makan banyak boleh menyebabkan diserang kencing manis atau darah tinggi. ‘Makan banyak jasa kawan’ juga boleh menyusahkan nanti. Nak senang, minta tolong dari Allah. Moga Allah mudahkan. Ameen!

Facebook Comments:

One thought on “Jangan makan banyak ketika tension

  • May 15, 2009 at 12:41 am
    Permalink

    semakin cuba push kepada Allah yakni spiritual, semakin tersedar bahawa selama ini kita terabaikan wujudnya Dia yang esa. Dugaan hanyalah untuk menguji keimanan..so true..

    Reply

Leave a Reply to firdaus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Berapa banyak masa untuk diri?

Bangun pagi. Berus gigi. Sarapan. Ke kelas atau kerja. Rehat. Bersukan. Internet, email, chat dengan kawan. Facebook, web, baca berita.

Close