Umum

Hukum menyambut Halloween

Assalamualaikum WBT.

Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu, betulkan saya jika saya tersilap atau tersalah. Ikutlah saya jika saya dipihak yang benar.
Saya mulakan dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.Segala yang baik itu datang dari ilham dan kurniaan Allah dan segala yg buruk itu adalah kekurangan diri saya sendiri.

Pendahuluan

Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Halloween)

Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19

Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.

Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.

Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
(Al-Hajj ayat 67)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.

Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.

Akhir kata

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.”
(Al-Ghafir ayat 39)

-kk-

17 thoughts on “Hukum menyambut Halloween

  • syahirfuad

    Aih Khalil, macam kenal sangat jek artikel kat atas nih? hehe…=P

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ” Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia adalah sebahagian daripada mereka.”

    Wallahua’lam.

    Reply
  • Wan Khalil Wan Ahmad

    saje je letak kat sini, mana tau klu ada fakta salah ke, boleh akhi fazrul betul2kan…
    Ilmu kita kongsi, duit kita simpan =)

    Reply
  • wafeeqah

    ana selalu perasan bila time halloween ni, ada rakan-rakan melayu di beberapa universiti yang meraikannya. berpakaian menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan islam. so apa agaknya tindakan yang boleh diambil oleh misg untuk membendung masalahni?

    antaranya yang ana boleh fikirkan

    – hantar artikel di MISG.net dan MISGOnline
    – bagi peringatan pada rakan yang nak sambut halloween
    – lagi?

    Reply
    • al-muntalaq

      hantar pada MASA untuk jelaskan bahawa ini bukan sebahagian dari agama

      Reply
  • Wan Khalil Wan Ahmad

    Setuju, anak-anak pennstate pun ada byk yang tersalah jalan memilih unutk menyambut Halloween walaupunj setelah diberi peringatan.
    Alasan mereka byk, antaranya,
    – kat intec boleh je sambut
    – ala, bukan kami sembah hantu pun, just for fun
    – yg penting niat.niat kami baik
    – kami just nak merapatkan hubungan silaturrahim
    – macam2 lagilah idea2 bernas yang mereka lontarkan

    jelas mereka telah berjaya dikelirukan oleh syaitan agar menganggap sesuatu yg buruk itu kelihatan baik dan biasa.

    Rasanya, cara lain adalah kita boleh buat program lain pada masa yang sama. Contohnya ajak makan-makan ke, buat study group ke. ajak g main bowling ke.
    tapi kena ingat, instead bagi tahu mereka “datanglah rumah, ada makan2 skit pada malam Halloween”, maklumkan kepada mereka “malam jumaat nanti datang le rumah, kami ada buat perjumpaan”. Penggunaan perkataan penting dalam memberi impak emosi. Ini membawa maksud majlis makan-makan itu tiada kaitan dengan Halloween langsung, cuma kebetulan malam tu org sambut Halloween.

    Rasanya tips-tips cara membendung masalah ni boleh dirujuk artikel http://www.almuntalaq.com/2009/02/07/respon-kepada-artikel-bukan-saya-tak-nak-pergi/

    kena tgk hubungan kita dgn dia dulu, nilai dan pilih cara terbaik.

    akhi fazrul, kalau ada yg salah, silalah betulkan…

    Sekian,
    -wankhalil-

    Reply
    • al-muntalaq

      yep..tepat tu …semoga dimudahkan untuk melaksanakannya..kita akan rasa manis apabila mampu menurut lunas al-quran dalam perkataan dan praktikal

      Reply
    • FikrahMuslimah

      Assalammualaikum Warahmatullahi wabarakatuh…

      Alhamdulillah, dgn izin Allah ana dpt jumpa artikel ni…
      Sebenarnya ana dalam usaha untuk menyelamatkan saudara kandung ana sendiri di mana beliau setiap tahun menyambut perayaan sebegini… Termasuklah christmas… Bila di tegur, katanya dia tak sambut pun.. Tp kat rumah ada pokok christmas dan anak2 dia siap letak surat di bawah bantal dan di tujukan kpd santa claus… Ana sgt sedih sbb sampai skrg masih belum ada kekuatan utk menarik beliau kembali kepada ke jalan yg benar…kerana beliau sgt menurut kata suaminya yg berbangsa “mat salleh”… Dan setiap bulan oct spt thn2 yg lepas, ada sahaja costume hantu yg akan dipakai anak2 nya…
      Ana sgt sedih kerana masih belum menjumpai jalan untuk berdakwah di dalam keluarga. Demi Allah, ini lah yg ana fikirkan setiap hari. Hati terasa sgt kuat dan tekad ingin sambung belajar dlm bidang agama dan tarbiyah. Mungkin setelah bergelar ustazah barulah org nak dgr dakwah kita… Wa Allahu’alam… Betulkan ana jika pandangan ana silap… Tp, itulah yg ana nampak setakat ini… Harap dpt nasihat dari ustaz2.. Jazakallahu khair jazaa.. Wassalam…

      Reply
  • hamidah

    In general, budaya Malaysians di US yang sambut Halloween ni lebih kurang juga dgn sambutan2 lain spt Valentine’s Day, Hari Krismas etc. Bila ditanya, jawapannya ala-ala sekadar nak have fun, dress up –> mengeratkan silaturrahim. Therefore, if awareness fails, sediakan alternatif. Cth terdekat: Org lain sibuk ber-hari Krismas, kita ber-Muktamar. Org lain sibuk ber-Thanksgiving, kita ber-Tamrin.

    If we can’t fight them, join them. (not literally though~)

    Reply
  • amaryasier

    Bg pendapat ana, pelajar-pelajar ney mempunyai semangat ini mencuba yang tinggi..ye la, kat malaysia mn la ada halloween ney. So, time tgk halloween ney mcm best je kn..apa lg..nk try la..

    Wallahua’lam.

    Reply
  • honeyn

    ana tahu yg sememangnya menyambut halloween x boleh sama sekali sbb dasar halloween itu sendri berkaitan dengan agama kristian…seperti valentine’s day..christmas, n etc….kalau seperti chinese new year itu xpela..sebab ia menyambut bukan dasar agama..ia atas bangsa..even kita chinese muslim..kita boleh sambut chinese new year kerana ia adalah celebration bangsa dan bukan agama( betulkan ana..kalau silap fakta)

    kalau sudah ada kaitan dengan agama lain..sememangnya ada kaitan dengan akidah kita sendri..seharusnya, perkara ini perlu dititikberatkan……seprti cadangan wafeeqah:

    kita memberi artikel2 mengenai halloween di misg.net, sebar2kan artikel di uni masing2… teringat sebentar ketika di intec dahulu (disebar2kan artikel mengenai valentine’s day..and alhamdullilah..ana rasa selepas itu, tidak ada lagi perkara2 sebegini berlaku) . Sahabat2 kita masih tidak tahu, tidak mengapa…apa yang perlu kita lakukan adalah sebarkan perkara ini agar mereka tahu dan jelas.iA

    kalau nak rapatkan silaturrahim…kenapa nak buat masa halloween,kalau nak sambut kasih sayang…kenapa nak buat masa valentine’s..bukankah dalam islam, SETIAP HARI kita dianjurkan perlu rapatkan silaturrahim, berkasih sayang dengan saudara2 islam kita. contohnya, solat jemaah bersama2 di masjid..makan2 …jadi..perlukah kita memilih MASA ITU..?

    sekadar pandangan ana…untuk tahu tentang sambutan halloween : what is halloween? how and why they celebrate halloween? tidak salah. Semua orang ada curiousity terhadap perkara2 yang agak luar biasa dalam tradisi kita. Anggap ia sebagai knowledge dan experience andai kata kita pergi ke celebration itu dan lihat sendri bagaimana mereka menyambut halloween. Tapi ingat, kita BUKAN datang untuk celebrate tapi sekadar ingin tahu dan juga experience. ( x perlulah nak ikut mereka sangat dengan berpakaian hantu n etc semua, just act biasa, seperti hari2 biasa dan lihat) Tapi kena lah teliti celebration itu macam mana keadaannya..kalau x terkawal sgt, x perlu lah pergi…:)

    ana personally pernah menjadi volunteer for kids masa halloween di sini…..just untuk experience and tahu…

    tapi ingin dinyatakan di sini, andai kata kita contohnya MASA buat sambutan halloween..sambutan valentine’s day..christmas party…ini namanya bukanlah ingin tahu…tapi kita yang pergi celebrate..seakan2 approve their celebration…(agama kristian)…..Tak pun, kita pergi lihat sambutan halloween dan turut sama celebrate…

    p/s:maaflah panjang lebar komen ana..apa yang baik itu datang dr ALLAH ,, yang tidak baik itu datang dari kesilapan ana sendri. andai ana ada buat salah statement atau pandangan ana salah..silalah betul2kan yeeee..ana masih belajar…

    wallahualam…

    Reply
  • Pingback: Hukum menyambut Halloween - Belia Cergas Auckland

  • salam…minta utk copy artikal ini utk panduan umat islam

    Reply
  • sweet

    saya minta copy link..tq.

    Reply
    • Wan Ahmad Wan Khalil

      Sila-sila, jangan malu jangan segan =)

      Reply
  • I hate Halloween

    pendapat saya, Halloween hanya membuang masa dan tiada faedahnya.

    saudara(i) perlu rasa berbangga kerana telah memberi saya ilmu ttg Halloween ini dan menyelamatkan saya drp perkara2 “maksiat”. tq

    Reply

Leave a Reply to sweet Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Respon kepada artikel: Bukan saya tak nak pergi…

Sambil menulis komen di page "Bukan saya tak nak pergi" sebentar tadi, saya terfikir akan hikmah Allah mengingatkan Rasulullah s.a.w

Close