Umum

Fokus SAYANG kita

You ignore the principle of focus, but it won’t ignore you

Begitulah hakikat kehidupan kita.

Mengapa dalam satu syarikat akan ada banyak perkara yang ingin dibuat? Kerana nampak banyak peluang. Namun kesannya ia tidak cukup padu untuk dilaksanakan (execution)

Jika kita abaikan FOKUS dalam hidup kita, ia akan memberi kesan kepada diri kita.

Fokus amat SAYANG pada kita semua. Berilah perhatian pada FOKUS.

Dalam diri sendiri, kita perlu susunkan kerja dan tentukan titik FOKUS. kalau ada perkara baru hadir, letakkan ia dalam projek utama yang difokuskan. Kalau ia akan mengganggu timeline kita untuk projek utama atau lari jauh dari titik FOKUS, abaikan. Katakan TIDAK pada perkara tersebut.

Cadangan untuk Syarikat atau Organisasi

  1. Tentukan apa yang penting – 1 atau 2.
  2. Laksanakan perancangan bagi setiap projek 1 atau 2.
  3. Berikan masa sesuai untuk projek 1 dan 2 dilaksanakan pada masanya.
  4. Makin bagus apa yang dilaksanakan, makin bagus keputusannya, Insha-Allah.

Cadangan untuk Diri

  1. Tentukan apa yang penting projek 3 bulan bagi Quarter ini – 1 atau 2 projek.
  2. Laksanakan perancangan bagi setiap projek 1 atau 2.
  3. Berikan masa sesuai untuk projek 1 dan 2 dilaksanakan pada masanya. Catat masa dan perhatikan. Pastikan perancangan dan masa beriringan. Masa kita terhad. Jalan terus kalau ada yang mengganggu timeline kita terutama apabila ia melibatkan komitmen kita kepada orang lain. Paling penting kalau masa itu komitmen dengan Tuhan.
  4. Makin bagus apa yang dilaksanakan, makin bagus keputusannya, Insha-Allah. Maka timeline perlu disemak. Kalau ada idea baru masuk, jadikan ia di bawah projek utama atau ABAIKAN.
Airport Control Tower – hanya fokus pada satu flight pada satu masa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
5 Rukun Membina Negara

"Saya cintakan negara ini." "Kalau begitu, binalah negara ini bersama." "Apa panduan dalam al-Quran?" "Salah satunya Surah al-Balad" Usaha membina

Close