Ciri Ulul Albab Praktikal

Sering kita tertanya apakah hasil dari mendalami sistem Ulul Albab dalam al-Quran? Adakah mereka pandai baca Quran sahaja? Atau pandai berfikir sahaja? Atau pandai menyelesaikan masalah atau membina inovasi atau inovasi ?

Ada 3 ayat daripada 16 ayat Ulul Albab yang membentangkan output praktikal daripada individu Ulul Albab

Surah ali Imran: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (3:191)

Ciri ulul Albab ialah yang berzikir, fikir dan doa. Ini ialah proses inovasi pelbagai tahap ilmu dengan memerhati fenomena alam.

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (13:19)

Selepas ayat ini diikuti 9 ciri dari akhlak Quran.

Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan; (65:10)
Selepas Ulul Albab, ditekankan tentang orang yang beriman secara padu selepas membuat sebarang keputusan yang mengambil kira future negative impact (dinyatakan dalam fiil madhi)

KESIMPULAN

Daripada ayat di atas, seorang Ulul Albab akan menjadi pemikir dan dalam masa yang sama berakhlak mulia dengan 9 ciri seperti dalam Surah ar-Ra’du. Malah ketika menyelesaikan masalah, future negative impact diambil amat serius untuk mengelakkan sebarang keputusan dibuat menjauhkan seseorang daripada Allah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Iltifat dalam Quran

Sebagai padanan dalam bahasa Indonesia, penulis pernah mendengar perkataan seorang ayah yang sedang mengajari anaknya: ‘Nak, aku ini ayahmu. Begitukah

Close