E-Latihan: Siapa Berminat?

e-training.jpg
ST-Gallery ingin mengendalikan e-latihan untuk pembaca sekelian. Satu proposal ringkas sudah disiapkan untuk dikomen dan diberi cadangan tambahan. Sila klik di sini untuk membacanya.

 

Apa yang saya harapkan jika anda berminat, sila tinggalkan komen pada pengumuman ini. Semakin banyak permintaan, semakin saya akan mengambil serius usaha untuk mewujudkan e-latihan ini. Saya juga akan mengumpulkan maklum balas daripada sumber lain. Saya meletakkan masa sehingga 30 Mac 2008 untuk mendapat maklum balas lanjut. Insya-Allah, dengan sokongan semua, e-latihan yang memfokuskan kepada tarbiah diri ini akan mampu direalisasikan.

Read more

Mengapa saya menulis?

{popin}typing.jpg

Dalam mukadimah buku ‘The Text of Treatise’ oleh Ibn Qoiyim al-Jauziyah, beliau menyatakan bahawa keberkatan dan rahmat Allah adalah motivasi beliau untuk mengajar dan menulis buku yang memenuhi sebahagian koleksi turath dunia Islam. Saya juga ingin menjejak langkah ulama tersohor ini, anak murid kepada Ibn Taymiyah dan sezaman dengan Ibn Kathir.

Read more

Menerobos Spiritual Tariq Ramadhan dalam Sirah Nabi

Saya sempat meminjam buku terbaru yang dikarang oleh ilmuan atau ulama kontemporari, Tariq Ramadan – Fellow Pengkaji di St Anthony’s College, Oxford University dan Lokahi Foundation, London. Judul bukunya ‘In the Footsteps of the Prophet – Lessons from the Life of Muhammad’. Sudah lama saya ingin membaca buku tersebut tetapi tidak cukup bajet untuk mendapatkannya. Setelah dicari-cari dalam katalog perpustakaan University of Southern California, rupa-rupanya ia ada tidak berpinjam.

Read more

Abdullah b Ubay..Abu Lahab…Abu Sufyan..Abu Bakar

Bila kita ingin mencontohi Rasul, pasti ada Abdullah b Ubayy, Abu Lahab, Abu Sufyan dan Abu Bakar dalam kehidupan. Mengapa? Ia adalah sebahagian daripada sunnah kehidupan baginda. Insan terbaik pun mendapat ujian begitu, apatah lagi kita yang penuh dengan dosa dan kekurangan. Kita tidak mencari Abu Lahab, tetapi pastinya ia akan hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa. Jika masih belum hadir, syukurlah tetapi kalau hadir, banyakkan istighfar agar diri sendiri tidak menjadi individu yang jauh dari Allah. Biarlah Abu Sufyan hadir, kerana akhirnya beliau masuk Islam. Abu Bakar akan membantu tetapi tidak ramai. Nantikan insan sedemikian dengan doa yang banyak sambil kerja harian diteruskan untuk mengingatkan manusia kepada Allah. Ya Allah! Kurniakan kami hidup yang bahagia! Namun satu perkara yang perlu diberi perhatian, BAGAIMANA SYAITAN MENIMBULKAN PERMUSUHAN?

Read more

Bila Terlampau Banyak ‘Kebenaran’

cellphone2.jpg
{popin}
Dalam kehidupan seharian, banyak ilmu dan informasi yang
kita terima. Apatah lagi

dalam zaman internet dan multimedia, sudah tidak sukar
untuk mendapatkan
sebarang maklumat. Anda boleh sahaja mencari ceramah agama,
l

agu, buku, majalah, berita dan banyak lagi. Cuma cabarannya: adakah kita makin
faham tentang apa yang kita kehendaki dalam hidup ini? Benarkah kita akan lebih
tenang dengan ilmu dan maklumat yang amat banyak ini?

 

Read more

Tajuk research yang menarik?

sekarang, saya terpaksa menyusun semula tajuk penyelidikan di peringkat sarjana. Hampir satu tahun saya mengkaji, melakukan pembacaan, praktikal dan melakukan perbincangan dengan segenap lapisan masyarakat dalam membincangkan tentang penghayatan dan kefahaman. apa yang yang menarik minat saya kini ialah, apakah kesan yang akan terjadi kepada individu yang mempunyai latarbelakang yang berbeza; iaitu mereka yang mempunyai latarbelakang studi agama (teologies) dan mereka yang mempunyai kepakaran dalam kajian alam (science). Jadi, apakah yang berlaku disebalik tahap keyakinan dalam penghayatan dan kefahaman Islam kepada potensi kecerdasan spiritual mereka?

Read more