Archive for the ‘Umum’ category

Menuju 40 tahun

40 tahun adalah waktu wahyu pertama Nabi. Ada yang menyatakan ‘life starts at 40’. Maksudnya, mungkinkah hidup ini tidak bermula lagi kalau seseorang itu tidak mulakan dakwah dengan serius pada tahap umur itu? Fikir-fikirkan…

Siapakah Orang Yang Stabil EQnya?

Jika kita melihat kepada definasi EQ, menurut Daniel Goleman;

 

Keupayaan untuk mengenal emosi diri sendiri dan orang lain untuk tujuan motivasi

 

adakah anda sudah mengenali keupayaan EQ anda? adakah anda mampu mengawal EQ anda untuk mencapai sukses dalam hidup anda? adakah anda sudah mampu berkawan dengan EQ anda? adakah orang yang tidak mampu mengenali EQnya adalah orang yang kurang sukses? bagaimana mengawal EQ yang sebenarnya?sejauh manakah kebenarannya? 

Laptop $30 dan Gaoyong

{popin}

Sepanjang berada di California ini, saya melanggan satu mailing list untuk pelajar University of Southern California. Ia adalah mailing list yang menyenaraikan barang-barang yang akan dijual oleh pelajar untuk pelajar. Salah satu perkara yang menarik yang dijual baru-baru ini ialah Laptop berharga $30 (sekitar RM93). Saya bertanya isteri disayangi: nak beli? Boleh juga. Untuk Hajar – buat dia main-main. Pada kami, laptop $30 tentulah tidak sebaik mana kerana harga itu adalah harga yang amat rendah. Paling kurang, harga laptop terpakai ialah sekitar $200 ke atas. Saya menelefon pelajar tersebut setelah berbalas email. Laptop itu masih ada…

 

E-Kursus untuk Semua!

Kali ini, Total Success Resources bersama ST Gallery akan mula menganjurkan e-kursus : kursus yang dijalankan menggunakan sistem email dan website untuk berkongsi maklumat dan tip menuju kejayaan total atau Total Success. Beberapa tajuk atau topik akan diberi penekanan, khususnya untuk anda yang mengikuti dan melawat ST Gallery secara berkala. Jangan lepaskan peluang.

 

Bagaimana nak menyertainya?

 

Mudah. Letakkan nama dan email anda di sebelah kanan – borang langganan. Dan perjalanan e-kursus anda akan terus bermula. Semudah itu. Apa tunggu lagi? 

PAKS, Marketing dan Dakwah

Mungkin ada di antara anda yang pernah membaca bahagian-bahagian awal karya saya di laman ini atau web lain yang bertajuk Pendakwah Air Kacang Soya. Saya menulis tajuk tersebut dengan Saudara Amirul. Ia masih dalam proses finalize untuk dihantar bagi tujuan penerbitan. Dalam karya tersebut, saya berkongsi pengalaman melihat individu yang menjual air kacang soya dan bagaimana kesungguhannya untuk menjual produknya. Kesungguhan dalam dunia bisnes ini saya kaitkan dengan alam dakwah kerana produk dakwah ialah Islam itu sendiri. Cuma apa yang lebih menarik dalam pengalaman saya beberapa hari ini: alam e-marketing mempunyai konsep yang hampir sama – menggunakan teknologi IT yang ada. Rugi kalau keseriusan dalam dunia IT ini tidak dimanfaatkan oleh individu yang terleibat dengan dakwah.

8 Pengertian Cinta Menurut Qur’an

heart.jpgMenurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga : (1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, (2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan (3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Alloh SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Alloh Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Alloh SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Alloh SWT daripada perintah yang lain.

Ruangan Kaunseling Sistemik

Jika anda ada mempunyai sebarang persoalan atau masalah, TSR kini melebarkan usaha dalam ruangan Kaunseling Sistemik di mana persoalan atau permasalahan tersebut akan cuba dijawab berteraskan modul sistemik yang dikaji. Dengan kerjasama beberapa orang tenaga dari University of Southern California dan beberapa universiti tempatan di Malaysia, TSR berjaya melebarkan resource person untuk bersama menuju kepada modul yang lebih berkesan. Jika anda ada sebarang persoalan samada dari segi tempat kerja, masalah keluarga dan sebagainya, ajukan kepada systemic@total-success.net. Kami akan membantu anda!

Minat PS untuk Organisasi dan Syarikat Anda?

Saya sudah dua kali bertemu seorang pensyarah daripada Multimedia University dan saya terkejut apabila beliau menyatakan bahawa beliau mendalami dan mengajar Pemikiran Sistemik. Sudah lama saya mencari individu yang memahami konsep ini agar mudah saya diskusi dengannya. Kami bertekad. Kami akan mengendalikan program Pemikiran Sistemik untuk organisasi dan korporat. Anda berminat mengetahui lebih lanjut? Sila email fazrul@total-success.net dan saya akan mengirimkan brosur untuk anda.

Perlukah Kita Memotivasikan Para Pendakwah Kita?

Program motivasi kini semakin hangat permintaannya. Tidak kiralah di mana-mana sektor swasta atau badan-badan kerajaan, malah di ipt-ipt serta sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Bahkan bukan di Malaysia sahaja, malah seluruh dunia memerlukan khidmat motivasi bagi tujuan meningkatkan produktiviti setempat. Bukankah memberi motivasi ini seolah-olah satu ‘kerja’ yang mampu memberi ‘solution’ atau penyelesaian kepada mereka yang bermasalah agar menemui jalan yang lurus?

Kursus Komunikasi Organisasi dan Etika Kerja Berkesan

Satu kursus awam yang bertajuk Komunikasi Organisasi dan Etika Kerja Berkesan akan diadakan di Concorde Hotel, Shah Alam oleh Quality Expert Sdn Bhd. Program ini akan dijalankan pada 12 dan 13 September 2006. Jika anda berminat untuk menjadi peserta bagi program ini, sila hubungi Cik Rafidah di talian 03-5549 2028.