Obama menuntut bela teroris bayi

Serangan Israel ke atas Palestin bukanlah kali pertama. Bukan kali kedua. Tetapi ia adalah sesuatu yang berlaku lama sebagai bukti permusuhan antara umat Islam dan bukan Islam. Kali ini, mungkin Obama diharapkan memberi perlindungan kepada bayi-bayi Palestin. Namun ia adalah harapan meleset. Boleh diharap sebelum ini tetapi selepas mendapat vote umat Islam, beliau terus melupakan ‘change’ yang dilaungkan sebelum ini. ‘Change’ itu hanyalah untuk membaiki periuk nasinya sahaja. Bukan untuk berfikir lebih universal tentang hak bayi yang ada di Palestin. "Tidak akan ridha umat Yahudi dan Nasrani, hinggalah kau mengikuti mereka…"

Read more

Aku bangun pagi 7 Nov 2008 ? Di mana Obama?!

Nggak aneh pak, kalo Indonesia tidak "dipedulikan" oleh Obama, walaupun dia di-elu2kan di Indonesia atau dia pernah tinggal di Indonesia. Dalam perspektif pergaulan internasional, Indonesia (pasca Sukarno) memang tidak lagi dikenal dan Obama, bagaimanapun asal-usulnya tetap orang Amerika. Indonesia saja yang berharap terlalu besar untuk diperhatikan oleh Obama.
Salam

Itulah kata dalam satu milis. Dengan ikon senyuman,  Imam Muhammad al-Shareef menulis bahawa beliau tidak terlampau beratkan pemilihan presiden Amerika kerana beliau adalah rakyat Kanada. Tapi yang dilihatnya 3 ciri penting dalam kejayaan Obama dan ini dinyatakan dalam lamannya DiscoverULife :

Read more

Islam Itu Terdiri Dari 3 Sendi Utama

Alhamdulillah, minggu yang sudah, saya mendapati satu kefahaman yang dibukakan oleh Allah untuk saya memahami satu perkara yang saya tercari-cari selama ini. Saya mengharapkan bahawa, apa yang saya cari ini akan memenuhi ruang yang kosong di dalam jiwa yang kadang-kala mendesak dan tepinga-pinga dalam mencari hidayah. Sudah menjadi ketetapan bagi Allah yang Maha Membuka (al Fattah), mampu membuka sesuatu yang kuat tertutup. Namun, kadangkala, ada juga hikmah di sebalik Al Fattah itu membiarkan sesuatu itu terus tertutup..

Read more

I reverse back USD 95?!

Saya memerhati kepada akaun Bank of America. Ada overdraft fee yang dikenakan. Bukan sekali. Tetapi 3 kali. Pertama USD25. Kedua USD 35. Ketiga USD 35. Lihat-lihat akaun, tak de pula yang tidak cukup fund. Saya memang pastikan duit cukup, baru berbelanja. Pelik bin ajaib. Malah overdraft fee yang dikenakan juga tidak sama. Kalau mahu tolak, pasti fee-nya sama. Makin pelik. Saya telefon Bank of America. Memang pantas dapat bercakap dengan customer service, dan individu tersebut menyatakan ‘I reverse back USD95’. Semudah itu? Alhamdulillah. Itu sahaja? Tiada ucap maaf? Atau saya yang patut rasa bersyukur – dapat semula USD 95?

Read more

Kepentingan Model Multi-Dimensi PIES dalam Kehidupan

 Dalam kehidupan seharian, pelbagai cabaran yang datang melanda. Ujian yang diberikan oleh Allah kepada manusia makin kompleks bergantung kepada kemampuan dan anugerah yang Allah berikan kepadanya. Jika seseorang itu punya intelek yang tinggi, pasti ujian yang diberikan juga mempunyai dimensi intelek yang tinggi. Kalau tinggi dimensi spiritualnya, akan makin tinggi ujian yang akan diberikan. Namun yang pasti, ia bukanlah terpulang kepada masing-masing menetapkan neraca kemampuannya. Itulah wujudnya akhirat di mana masing-masing cuba mencapai standard bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Tanpa akhirat, masing-masing boleh memilih sendiri tahap kejayaan masing-masing di atas muka bumi ini.

Read more

Anda bersedia untuk berjaya?

Anda ingin berjaya? Saya yakin anda ingin berjaya dalam kehidupan. Kejayaan itu boleh sahaja di dunia atau di akhirat. Kejayaan untuk menjadi kaya. Kejayaan untuk berkeluarga dan banyak lagi. Tapi satu isu yang paling besar dalam hidup ini ialah ramai yang tidak bersedia untuk berjaya. Tidak bersedia untuk berjaya ? Bagaimanakah kondisi atau keadaan mereka yang tidak bersedia untuk berjaya ? Mari kita fahami Surah al-Mukminun sekali lagi. Tetapi kali ini kita memerhati ciri-ciri persediaaan dalam menuju kejayaan. Belajarlah tips ini sebagai panduan di bulan Ramadhan penuh berkah ini dalam meneruskan kehidupan seterusnya.

Read more

Selepas lama tidak menulis..

Sudah lama saya tidak menulis di sini. Sejak 7 Jun 2008 sehinggalah hari ini 26 Ogos 2008. Saya ‘merantau’. Merantau ke mana? Jauhkah saya merantau sehingga lebih 2 bulan ? Apakah ada masalah internet sehingga lebih 2 bulan tidak dapat menulis di laman ini, yang kunjungan pelawat tetap ada setiap hari? Jawapannya: saya merantau memang jauh. Seantero dunia dan pelbagai cara. Namun bukanlah secara fizikal. Saya merantau dengan intelek, emosi dan spiritual yang dikurniakan oleh Allah untuk lebih memahami senario dunia yang terjadi. Dan kini saya ingin menulis kembali. Berkongsi pengalaman ‘pengembaraan’ tersebut.

Read more

Saya nak derma dengan pahala banyak …

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakyat Cina yang pernah duduk di Arab Saudi dan kini bekerja di California. Beliau amat brilliant dalam menggunakan ilmu programming , marketing  dan ilmu agamanya dalam menyampaikan dakwah. Beliau baru-baru ini mencadangkan saya memahami lebih lanjut The Tipping Point. Beliau menggunakan teori tersebut untuk dakwah yang dilaksanakan kini. Saya akan berkongsi dalam artikel baru saya ‘Siapa Sangka Saya Boleh Derma 1 Juta?’ Tunggu…

Read more

Elakkan ‘saya sakit hati’

Dalam kehidupan seharian, banyak aktiviti yang kita laksanakan melibatkan manusia dan makhluk Allah yang lain. Samada aktiviti itu melibatkan dakwah, kerja atau berniaga, cabaran akan hadir dari semasa ke semasa. Dalam kelas The Code Evolved yang saya hadiri baru-baru ini, sejarah umat Islam dibuka semula dalam program 4 hari dari pagi sampai petang tersebut. Sejarah ini disingkap untuk memahami bagaimana fiqh berkembang dan berevolusi hingga ke saat ini. Pelbagai rentak dan gaya hidup manusia diketahui dan akhirnya  ia memberi beberapa kesimpulan untuk saya. Dengan memahami sejarah fiqh itu, elakkan bercakap ‘saya sakit hati’ dalam kehidupan seharian.

Read more