01 Connect – Membina Legasi

Antara ‘integriti’ dan ‘dosa’
Saya hari ini bertemu 2 individu hebat. Seorang adalah pengarah yang bermula sebagai kerani di sebuah agensi kerajaan. Beliau mengingatkan konsep ‘dosa’ semasa kami berbual. Beliau tidak seagama dengan saya. Manakala seorang lagi yang seagama dengan saya, seorang jurutera yang sudah berpengalaman luas. Beliau ada modul latihan berkaitan ‘integriti’. Beliau ingin menekankan konsep ‘integriti’ dalam program yang beliau laksanakan. Seorang bukan beragama Islam berbincang tentang ‘dosa’, seorang lagi membawa perkataan yang biasa didengari oleh siapa sahaja di jabatan kerajaan atau swasta:  ‘integriti’.

Saya cuba elakkan pada awalnya menggunakan perkataan ‘Islamik’ ketika bersama si pengarah yang bukan beragama sama dengan saya untuk saya memahami beliau dahulu. Saya gunakan perkataan ‘Islamik’ ketika bersama rakan jurulatih yang sama dengan agama saya.

Amanah dalam kehidupan

Rupa-rupanya dua-dua ada sebab masing-masing untuk membawa konsep yang sama – amanah dalam melaksanakan tugas. Perkataan amanah sering dipandang enteng, hingga si pengarah perlu mengingatkan bab ‘dosa’ di dalam mesyuarat walaupun konsep itu lebih-lebih ditekankan dalam agama Islam. Pengalaman sahabat jurulatih yang pernah terlibat dalam dunia bisnes minyak dan gas ini juga mengetengahkan realiti ‘rasuah’ yang banyak sebagai barah no 5 dalam agensi pelbagai di Malaysia.

Jika si pengarah prihatin tentang budaya amanah secara luas, si jurulatih ada fakta dan teknik bagaimana nilai amanah ini perlu disampaikan dalam latihan. Amanah bukan sekadar konsep – tetapi ada teknik praktikal bagi setiap individu yang inginkan kejayaan. Ramai manusia merasakan diri ‘baik’ dan mudah melihat ‘silap orang’ dalam kehidupan seharian.

Dalam bukunya Predictably Irrational, Dan Arielly menyatakan realiti manusia yang sudah beli sesuatu perkara akan berasional dengan dirinya ‘apa yang yang beli ini lebih berbaloi dan amat sesuai dengan wang yang sudah saya belanjakan’ walaupun sebuah kereta bernilai RM 30,000 dibayar RM 50,000 atau lebih dengan pinjaman yang dibuat bagi jangkamasa 7 atau 9 tahun. Poinnya: apa yang ada pada diri kita akan difikirkan baik untuk rasa baik (feel good).

Teknik mengesan barah dosa

Dalam Islam, ada konsep dosa kecil atau dosa besar.  Dosa adalah barah spiritual.

Jika dilebarkan lagi, isu rasuah boleh diletakkan pada Barah Peringkat 5, kata rakan jurulatih saya. Ia mungkin sukar diubati dengan makan panadol atau urut di kaki. Antara strategi ialah potong sahaja.

Barah Peringkat 1 bermula dengan masuk lewat ke tempat kerja atau mengambil mudah apa yang dilaksanakan dalam kerja.

Ada Barah peringkat 2,3 dan 4. Pada peringkat nombor 4, proses chemoterapy mungkin masih berfungsi untuk menyembuhkannya.

Jangan sampai terkejut besok ada Barah Peringkat 5

Saya mencelah. “Jangan terkejut kalau di peringkat ustaz, penceramah Islamik dan orang-orang baik boleh terkena Barah Peringkat 5.”

Bagaimana ?

Apabila ‘dosa’ lewat ke tempat kerja dianggap mudah, atau isu integriti hanya berlaku apabila mengambil duit di bawah meja. Mengambil ‘masa’ di kafeteria atau menggunakan telefon pejabat untuk urusan personal adalah bibit barah yang boleh membunuh hati spiritual yang inginkan kesejahteraan.

The 4th Alternative
Saya baru sahaja membeli The 3rd Alternative karya terbaru Stephen R Covey. Ia bukan sekadar ‘my solution’ atau ‘your soulution’. Ia bercakap tentang ‘our solution’. Saya amat kagum dengan  karya ini yang membawa kepada idea sinergi dalam kehidupan seharian. Namun cukupkah kepada alternatif ke-3? Saya merasakan ada yang hilang. Pilihan ke-4.

Pilihan ke-4 ini ialah apabila ia dilaksanakan dan dikaitkan dengan elemen spiritual dalam kehidupan seharian. Kalau dimensi ke-4 dikaitkan dengan masa oleh Einstein, ia menunjukkan elemen masa perlu diberi perhatian apatah kalau alternatif ke-3 ini disuluh dari dimensi yang lebih tinggi – spiritual.

Sebagai contoh, Ahmad dan Ali mencari penyelesaian adakah ingin melanggan Celcom atau Maxis atau Digi.

1st alternative: My solution oleh Ahmad: Maxis

2nd alternative: Your solution oleh Ali: Celcom

3rd alternative: Our solution: apakata kita kaji bersama. Akhirnya kita sama-sama guna Celcom kerana ia akan menjimatkan kita.

4th alternative: His solution: kita istikharah selepas bermesyuarat. Lihat pada masa dan bergantung kepada mesej yang dihantar oleh Tuhan. Lihat kepada nilai kebaikan dan cara pandang. Kalau Celcom yang baik, maka kita teruskan dengan harapan kalau ada perkara tidak baik berlaku, kita sedia untuk mengubah diri dan mengikut keperluan dalam masa yang ada.

Beza antara 3rd dan 4th alternative

Elemen 3rd dan 4th ini melibatkan masa dan sumber dimensi yang lebih tinggi. Dimensi masa tidak kita nampak atau dapat jangkakan. Dalam Game Theory, ia sesuatu yang sukar difikirkan dinamikanya. Dalam organizational behavior, ia tidak mampu dijangkakan 100%.

Contoh:

Ketika berstatus kontrak, buat kerja bagus dan cepat.

Ketika sudah berstatus tetap, buat kerja lambat dan tidak produktif kerana ia ada kaitan dengan status yang tetap – pasti ada gaji dan sukar untuk dipecat.

Kalau dicari 3rd alternative, ia mungkin boleh bertahan dalam masa yang singkat. Namun selepas itu, ia tidak pasti. The 4th Alternative akan memberi dinamika dalam dimensi masa dan ini dibantu singkat oleh kepercayaan kepada perkara spiritual. Seseorang yang percaya pada spiritual akan menjadi lebih dinamik. Namun kalau salah kefahaman, ia akan menyebabkan amat ‘vulnerable’ dalam merancang dan melaksanakan sesuatu idea kerana ia akan sentiasa tukar dan merasakan diri sendiri tidak mampu melihat sesuatu yang besar. Ia adalah paradoks:

Apabila yakin pada spiritual, kita rasa diri kita kecil dan tidak mampu untuk buat perkara besar padahal Yang Maha Perkasa memang mampu membantu kita buat perkara yang besar.

Apabila kurang yakin pada spiritual, kita rasa amat yakin pada diri padahal diri sendiri ini amat kecil berbanding Tuhan yang mampu mencipta alam.

Berfikir dan menyelesaikan isu seharian perlukan The 4th Alternative.

Namun ia perlukan ketabahan untuk berbincang dan bersinergi. Dengan masa dan sumber spiritual, ia akan membawa seseorang itu kepada penyelesaian yang amat menarik. Perlu diingatkan, langkah untuk menuju alternatif ke-4 perlu bermula dengan langkah 1,2 dan 3. Ramai yang suka memaksimumkan kekuatan diri dan organisasi, namun kurang diberi perhatian kepada sumber kepercayaan kepada elemen atau dimensi lebih tinggi. Malah kita akan nampak bahawa elemen keempat ini – spiritual – bukanlah terasing. Ia bahkan menjadi pelengkap semerta kepada isu dalam kehidupan seharian.

Bayangkan kalau sesuatu organisasi telah merancang bersama dengan mencari The 3rd Alternative namun tidak juga berjaya selepas ia dilaksanakan? Atau individu yang berbincang itu tidak memegang hasil The 3rd Alternative? Itu semua memerlukan masa dan spiritual untuk bertindak. Spiritual memerlukan kepada masa.

Untuk membuat pilihan dan membina cara berfikir kita mewujudkan banyak lagi pilihan, amat penting kepada The 4th Alternative. Kalau kita tidak hadir dengan The 4th Alternative, lambat laun akan musnah jua legasi yang dibina – samada di dunia atau di akhirat.

Perkataan ‘of’ yang penting
“Thinking of something” diterjemahkan sebagai ‘memikirkan sesuatu’

“Desk of Ahmad’s friend / Ahmad’s friend’s desk” diterjemahkan ‘meja kawan Ahmad’. Hanya ada satu terjemahan.

“مسجد القديم ” boleh diterjemahkan ‘masjid yang lama’. Ada perkataan ‘ال’ yang memisahkan antara perkataan pertama dan kedua.

Semua ini memberi kesan psikolinguistik kepada yang menggunakannya. Apa-apa sahaja tambahan yang membezakan sesuatu dalam satu-satu bahasa akan memberi kesan dari segi gaya berfikir.

Untuk membincangkan sesuatu idea, fokus utama diberikan kepada objek utama dalam bahasa Inggeris. Yang difokuskan dalam ayat berikut

“Desk of Ahmad’s friend” ialah ‘meja’, bukannya ‘kawan Ahmad’. Dalam bahasa Melayu, ‘meja kawan Ahmad’ secara tidak langsung memberi penekanan kepada objek ‘meja’. Namun bagaimana kalau ingin diberi penekanan ‘kawan Ahmad’? Sudah tentu tidak mampu dilakukan kecuali ‘kawan Ahmad punya meja’ – satu standad bahasa yang tidak tinggi. Namun dalam bahasa Inggeris, ia dinyatakan

Ahmad’s friend’s desk

Bahasa Arab.

Dalam bahasa Arab, apabila ada huruf ال yang memisahkan antara perkataan pertama dan kedua, ia juga membina kaedah pandang yang berbeza dengan ‘masjid lama’. Masjid lama tidak ada petanda yang membezakan yang satunya adalah kata nama dan satu lagi ialah kata adjektif. Penekanan kepada lama ‘terpacul’ apabila berbahasa Arab, namun dalam bahasa Melayu, ia nampak sama rata. Ia menyebabkan kurang ‘naik turun’ dalam emosi bahasa tersebut kecuali ia diberi ‘nafas eksternal’ berbentuk nada ritma yang menarik. Ini berlaku dalam syair (bunyi yang mendayu) dan pantun (disusun mengikut hujung yang sama padahal paragraf awal tidak semestinya bersangkut langsung maknanya dengan mesej yang disampaikan pada baris 3 dan 4 bagi pantun 4 kerat).

Syair dan pantun Melayu menjelaskan gaya fikir orang Melayu yang ‘sopan santun’ – tidak direct seperti dalam bahasa Inggeris atau Arab. Biarpun ada syair dalam Bahasa Arab, konsepnya sedikit berbeza kerana syair Arab ialah seperti puisi dalam tradisi Melayu. Ia tidak dibaca mendayu-dayu. Mendayu-dayu ini akhirnya boleh membawa kepada budaya ‘hiburan’ yang mementingkan muzik.

Bahasa Melayu ada seninya

Pada masa lain, bahasa Melayu amat menarik untuk menyampaikan mesej yang keras. Ia mempunyai pelembut dalam raut bahasa dan isi yang disampaikan. Kalau pembicara bahasa Inggeris membina psikologi ‘suka berterus terang dan kekadang laser’, bahasa Melayu banyak ‘menyimpan’ – bagus untuk membina kesabaran tetapi akan memakan hati sendiri jika tidak dikeluarkan.

Sesungguhnya bahasa adalah salah satu petanda Allah sebagaimana dalam Surah ar-Ruum.

Set kemahiran untuk ahli organisasi dan keluarga
Antara cabaran organisasi ialah ahli yang tidak jelas hala tuju kecuali di hujung bulan atau setelah 2, 3 bulan bekerja (atau mungkin 20,30 tahun bekerja) Salah satu set kemahiran penting dalam organisasi ialah apa yang dikongsikan oleh Blake & Mouton dalam GRID.

Saya cuba menggarap melalui elemen Connect dalam CASIC. Berikut ialah senarai kemahiran yang diperlukan untuk menuju organisasi mantap :

Bijak menguruskan makan, minum, rehat

Initiative / Proactive

Inquire

Advocacy

Critique / Acknowledge

Decision making

Emotional management

Spiritual management / resilience

Conflict management

Jika semua ini dipelajari dan dipraktikkan dalam organisasi, ia pasti akan membina satu hala tuju yang mantap samaada organisasi itu berasaskan bisnes atau keluarga atau diri anda sendiri.

Catatan berkenaan Cerita
Ada banyak fakta dan perkara menarik tentang cerita. Ia adalah satu teknik yang penting untuk difahami dan dimahirkan. Mari kita semak.

Qasas dan qisas dari kata akar yang sama dalam al-Quran. Ia perlukan pemerhatian dan kajian.

Dalam al-Quran, sebanyak 30 kali Allah mengulang kata akar qasasa.

Dalam bukunya The Story Factor, diterangkan 6 jenis cerita.

Cerita menggabungkan how dan what.

Pada halaman 21 The Story Factor, dinyatakan : “This story has a life of its own” . Bandingkan dengan kandungan ayat 2:179 yang bermaksud “Dan di dalam hukuman Qisas itu ada kehidupan bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.” Apakah ada kaitan ?

Dan pelbagai nota menarik yang akan dikongsikan nanti

Belajar bercerita
Saya membelek lewat malam ini tentang kepentingan cerita. Sang Cerita sering menekankan kandungan dan suasana. Sang Cerita mengenal ‘contents’ dan ‘context’. Namun Sang Fakta tidak semestinya sedar akan ‘context’. Sang Fakta sering bergaduh dengan Sang Cerita. Saya terus membelek Sang Fakta dan Sang Cerita.

Menurut kawan kepada Sang Cerita dan Sang Fakta yang bernama Annette Simmons, banyak perkara yang perlu diketahui untuk menghargai Sang Cerita dan Sang Fakta. Saya memerhati CASIC Gallery. Saya melawat beberapa tempat lain di laman sesawang. Ramai yang suka web yang berkawan rapat dengan Sang Fakta. Namun lebih ramai yang suka menatap laman yang berkawan dengan Sang Cerita.

Sang Cerita dianggap baik oleh ramai orang. Sang Cerita sering menghiburkan dan mempunyai emosi yang lembut untuk membawa orang ramai menghargai dunia. Dunia memang banyak fakta. Namun fakta itu perlu disusun dengan baik dengan bantuan Sang Cerita agar ia memberi inspirasi kepada ramai.

Ada yang suka berkawan Sang Cerita tetapi selepas diproses, individu-individu ini berubah wajah menjadi Sang Fakta. Ada individu yang memang berkemahiran lama berkawan dengan Sang Fakta, lantas disampaikan kepada orang ramai sebagai Sang Cerita.

Siapakah individu yang boleh memberi manfaat luas? Tentulah individu yang suka bersama orang ramai membawakan Sang Cerita bersama. Sang Fakta boleh dibawa tetapi tidak boleh ditinggalkan Sang Cerita. Sang Cerita kekadang hadir meninggalkan Sang Fakta – kekadang ia tersasar dari kebenaran hakiki tetapi masih disukai ramai. Sang Cerita sering nampak relevan dengan orang ramai.

Moga-moga saya mampu memahami dan berkemahiran berkawan dengan Sang Cerita. Sang Cerita, ajarlah saya untuk bercerita. Saya ingin bercerita banyak, sebagaimana banyak cerita dalam al-Quran. Bukan menjadi Toy Story sahaja.

3T dalam Berkenalan
Ketika bertemu dengan orang yang tidak dikenali, sering kita rasa gelabah atau tidak tentu hala. Jika individu itu lebih rendah dari kita dari segi umur atau kelulusan, mungkin kita tidak terlalu sukar. Namun kalau individu itu ialah pak menteri atau lebih tua dan hebat, kita akan mudah tergugah. Berikut ialah teknik 3T untuk memastikan perkenalan awal itu dapat berlaku dengan baik dan maksimum manfaatnya.

Taaruf

Ketika memulakan dialog, sila berkenalan.

“Assalamualaikum. Saya Ahmad. Bagaimana Tuan?”

“Saya Ali. Apa khabar?”

Dialog bermula dengan sesi perkenalan. Gunakan kemahiran bertanya untuk meneruskan dialog.

Tafahum

Taaruf tidak cukup 2,3 minit. Setiap kali bertemu, taaruf perlu didalami agar kita menjadi faham. Tafahum. Memahami individu yang kita berkomunikasi. Tafahum ini ialah usaha untuk mengiktiraf atau acknowledge yang akan kita bicarakan selepas bab ini.

Ketika peringkat ini, anda tidak semestinya bertanya secara lisan. Ada soalan yang sebenarnya tidak sesuai. Bagaimana kita tahu soalan itu sesuai atau tidak?

Perhatikan fizikal beliau. Pakaiannya, cara duduknya, raut wajahnya. Kalau ia keletihan, tidak sesuai untuk bertanya, ‘Tuan ingin main golf jam 10.30 malam ini?’

Perhatikan nada dan isi cakap serta gayanya. Ini ialah aspek intelektual. Kalau beliau menggunakan bahasa Melayu sejak awal percakapan, tidak sesuai untuk menggunakan, ‘apa khabar enta sekarang? Ana baik…” Pasti beliau tercari-cari di manakah ‘ana’ dan ‘enta’ yang dimaksudkan.

Perhatikan keceriaan atau kemurungannya. Perhatikan perkataan yang digunakan samada beliau seorang yang yakin, ada idea, gembira atau 1001 satu klu untuk menjelaskan individu itu secara emosi dan spirituil. Maka gunakan soalan yang sesuai untuk berhubung dengan individu itu.

Tasamuh

Tasamuh maksudnya bertoleransi. Ketika anda cuba memahami individu tersebut, perlu sering diingatkan dalam diri bahawa setiap individu adalah berbeza dari segi fizikal, intelek dan emosi. Yang sama ialah kita ada spirituil untuk menuju kepada Yang Maha Mencipta.

Atas dasar itu, ketika berhubung dengan individu lain, perlu bertoleransi dengan individu tersebut. Antara perkara yang boleh dilaksanakan:

Berikan peluang untuk beliau bercakap. Jika anda menggunakan kaedah acknowledge dan inquire ketika diskusi bisnes, peluang yang diberikan kepada beliau untuk bercakap membuka lebih peluang kepada anda untuk mendapatkan bisnes. Mengapa? Kerana ‘ego’ individu itu sudah diuruti. Maka selepas itu, beliau merasakan bahawa beliau dihargai dan seronok mendapat khidmat anda.

Bila mahu 'disconnect'?
Salah satu cabaran dalam kehidupan ialah momentum PIES. Apa momentum PIES? Jika anda asyik menggunakan internet atau duduk di depan komputer, anda akan sukar untuk melepaskannya walaupun sudah tiba waktu makan. Inilah yang dinamakan momentum PIES – berlaku kepada mana-mana aspek dalam diri manusia. Pada masa ini, diri kita ‘connected’ atau amat terhubung dengan apa yang kita laksanakan secara fizikal, intelek, emosi dan mungkin juga spiritual.  Bagaimana mahu disconnect? Kita kaji dimensi masa dan ruang.

1. Ruang

Anda di mana ? Jika anda berada di rumah atau di cyber cafe, tentu ada orang lain. Anda tidak mahu bercakap dengan si anak atau pasangan anda, hanya kerana ada internet yang amat mengasyikkan?

2. Masa

Jika ia sudah masa untuk makan, atau untuk berjalan-jalan, anda tetap mahu duduk depan internet atau teruskan apa yang anda buat ? Sudah tentu ia bergantung kepada halatuju atau tujuan kehidupan anda. Purpose.

Purpose

Purpose ini ada kaitan dengan spriritual.

Jika purpose anda ialah untuk menjadi hamba duit, maka anda akan terus buat apa yang ada untuk mendapat lebih banyak duit.

Jika purpose anda ialah untuk menjadi hamba PhD, maka anda akan terus buat apa yang ada untuk mendapat lebih banyak PhD.

Jika purpose anda ialah untuk menjadi hamba pangkat, maka anda akan terus buat apa yang ada untuk mendapat lebih banyak pangkat.

Jika purpose anda ialah untuk menjadi hamba Tuhan Yang Satu, maka anda mungkin tidak meneruskan apa yang dibuat sekarang kerana Yang Esa suka sesuatu itu dibuat mengikut kadarnya. Masa untuk makan, minum, bersama keluarga, solat, bersenam, tersenyum dan sebagainya ada masa tertentu.

Jika anda ingat purpose utama anda, akan mudah untuk disconnect daripada apa yang anda buat sekarang. Semoga terus berjaya.