Sistemik

Pemikiran Sistemik adalah kajian Fazrul Ismail ketika berada di US dan Mesir. Buku Pemikiran Sistemik dicetak di Mesir dan Malaysia. Kajian ini memberi fokus kepada budaya berfikir secara menyeluruh.

SistemikKoleksi ST-Gallery

Bacalah Al-Quran untuk Rasa ‘Terkejut’ Mengasyikkan

Apabila seorang beriman itu membaca ayat Allah, akan bertambah imannya. Apakah realiti iman yang bertambah? Iman itu akan menbina 'detakan' dan 'kejutan' pada diri sehingga seseorang itu akan tersungkur sujud atau tunduk diam merasakan kebesaran Allah.  Malah 'kejutan' itu juga berlaku pada individu bukan Islam. Itulah yang terjadi kepada musyrik Mekah yang mendengar bacaan al-Quran dari Nabi Muhammad. Atas dasar itu, kalau anda ingin membaca al-Quran, pastikan anda mengharapkan 'detakan-detakan' dan 'kejutan-kejutan' yang mengasyikkan ini. Pastinya ia melibatkan nilai intelek dan emosi sehingga kita mampu beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Menuju Kejayaan – Jangan ‘Confuse’

Ramai yang ingin berjaya. Namun tak ramai yang mampu mencapainya kerana dua perkara:

  1. Tidak mengetahui teknik kerjayaan di peringkat manusia – kurang konsisten dan pelbagai ciri orang yang berjaya
  2. Tidak memenuhi ciri yang dinyatakan oleh Pencipta.

Dalam hal ini, ramai yang mampu melaksanakan perkara 1. Namun jika perkara 2 diabaikan, ia menyebabkan kejayaan kita tidak lama. Dan jika hanya sekadar 2, ia tidak menjanjikan kejayaan pasti jika kefahaman perkara 2 itu masih pada tahap confuse dan tidak pasti adakah apa yang difahaminya daripada Pencipta itu benar-benar mampu menuju kejayaan. Sejauh mana anda memahami perkara 2 secari pasti untuk menuju kejayaan?

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Manusia mencari identiti

Kekadang saya merasakan program mencari identiti ini seperti tidak real apatah lagi kalau ia tidak mampu meyakinkan saya bahawa ia memang amat penting. Seorang kawan saya ada meng-email konsep self-realize dan saya rasakan bahawa memang ramai yang tidak sedar siapakah diri mereka. Hal ini ditambah lagi apabila saya membaca Presence karya Peter M Senge dan rakan-rakannya. Ramai sungguh manusia tidak sedar hakikat kewujudannya. Malah saya sendiri pun sepatutnya lebih serius dalam mencari erti identiti itu sendiri. 

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Penyelesaian masalah semantik dalam diri

Saya bertemu dengan seorang pelajar yang mempertikaikan usaha sesetengah kumpulan yang mengkaji hikmah ibadah dalam Islam. Kali ini saya mendengar dahulu – seperti biasa – kemudian barulah saya mencari kaedah penyelesaian untuk membetulkan mana-mana yang boleh dibaiki. Katanya, "Saya tak setuju orang yang mengkaji hikmah solat. Ibadah adalah penyerahan kepada ALlah, bukannya untuk dikaji dan dilihat aspek kesihatan dan sains-nya". Saya angguk kepala. Dia berkata lagi. "Yang perlu dilihat ialah kejadian dan fikir pasal alam. Bukannya ibadah. Tiada daleel, kan?"

Read More
SistemikKoleksi ST-Gallery

Betapa mudahnya menzalimi apabila tidak sistemik

Apabila seseorang berada di bawah – sebagai rakyat, pekerja, pelajar, anak dan sebagainya – banyak perkara yang akan kita pertahankan atau perjuangkan berhubung dengan hak kita. Kita akan berazam untuk tidak mengulangi kesilapan orang di atas – pemimpin, majikan, guru, penjaga dan lain-lain. Kita tidak mahu berbuat dosa seperti mereka yang menzalimi orang bawah. Namun setelah naik menjadi orang atas, banyak juga masalah yang berlaku. Ini kerana melihat perkara secara tidak sistemik berlaku di kalangan  orang atasan.

Read More
Koleksi ST-GallerySistemik

Ketika tiada, syukurlah. Kalau ada?

Saya mendapat SMS yang menceritakan program seorang pensyarah: "Alhamdulillah. Program OK. Respon dari peserta bagus. Anggaran 70 orang hadir. Target 100. Dr dapat ceramah di 1 masjid dan 3 buah sekolah." Saya terdiam.Untuk saya menyampaikan tajuk ini, tak pernah sampai 3 sekolah dan dapat masuk masjid. Anggaran guru yang hadir juga tidak sampai 30. Adakah kerana Dr dan PhD? Adakah kerana tajuknya? Saya bertanya sendirian.

Read More