Hidayah…Mencari Tuhan – Membina Legasi
Hidayah…Mencari Tuhan 8
Lantas aku memerhati kepada pelbagai nama yang tertera. Ada nama yang sering berSMS denganku pada masa tertentu sahaja. Ada yang bertubi-tubi terutama ketika memerlukan pertolongan dariku. Ya Allah! Bersyukurnya Engkau memberiku 1001 pengalaman untuk aku menempuh jalan selepas ini dengan lepas teguh dan utuh. Penuh pengalaman dan makin ingin mendekatkan diri kepadaMu yang tidak pernah jemu. Aku tidak akan menyia-nyiakan masaku.
Masa aku selama lebih 4 tahun di Malaysia memberi banyak pengalaman dan ilmu tentang dakwah. Mengenal apakah yang dimaksudkan dakwah. Tidak ramai yang ingin membantu orang yang berdakwah. Yang memberi komen memang ramai. Yang memerlukan lebih ramai. Lantaran itu, tidak wajar kalau dilihat sumbangan dan bantuan yang orang berikan. Tidak wajar diungkit segala sumbangan atau ejekan orang. Tetapi amat penting untuk dilihat bahawa semua insan di atas muka bumi ini memerlukan sentuhan jernih dan ikhlas dari dirimu tentang makna Ilahi. Amat ramai sebagaimana yang makin jelas setelah tiba di bumi US ini. Buat kali kedua.
Pada keheningan malam ini, aku ingin berkongsi. Aku ingin berkongsi dengan semua pengalamanku dahulu. Aku memerhati dan memerhati layar komputer. Aku memerhati sambil membina keyakinan. Akan ku-usahakan dengan cara terbaik. Aku yakin aku boleh. Dan aku yakin bahawa apa yang aku ingin sampaikan bukan untuk orang lain. Ia adalah untuk diriku yang amat-amat memerlukan. Apabila ku catat semula ini, diharap ia akan mengingatkan aku kembali dengan pengalaman hidup yang baik – agar dapat diteruskan pada masa akan datang. Jangan disia-siakan pengalaman yang sekelumit itu. Walaupun aku tahu bahawa amat banyak pengalaman yang buruk dari diriku yang penuh dengan dosa dan maksiat pada Allah.
Ya Allah! Bantulah hambaMu ini untuk menyampaikan serba sedikit ilmu dan pengalaman. Moga amal ini diterima Ya ALlah!
Hidayah…Mencari Tuhan – Plot
Novel ini mengisahkan seorang perempuan Melayu yang ingin kembali kepada agama Islam setelah terjebak dengan anasir Kristian setelah beberapa tahun. Novel ini menggunakan kaedah penceritaan semula antara wanita Melayu tersebut dengan seorang ustaz yang komited memberi panduan bagi membuat keputusan di persimpangan tersebut.
Ia bermula apabila Hidayah merasakan bahawa hidupnya amat kosong dan bosan apabila keluarganya bermasalah. Ia juga memberi kesan kepada gaya hidupnya seharian yang amat sosial walaupun beliau masih mampu mengawal diri pada sebahagian perkara yang dilarang. Beliau merasakan hidupnya bermakna apabila bertemu dengan beberapa orang yang tidak sama agama dengannya namun mempunyai perawakan yang amat menarik dan sopan. Kali ini beliau dilayan amat istimewa sehingga beliau sendiri yang berminat untuk berkongsi pengalaman manis beliau bersama remaja Melayu lain.Beliau kemudiannya melebarkan pengalaman ke US -Australia – Malaysia – Thailand  dan akhirnya kembali ke Malaysia semula dengan seribu satu pengalaman yang mengesankan apabila bercakap tentang akhlak orang Islam dalam novel ini. Dialog Hidayah bersama Ustaz Farid akhirnya melantunkan satu tekad yang akan terus membara. Hidayah membina tekad untuk memperjuangkan kumpulan yang senasib dengannya agar mereka semua mampu mencari dan bertemu dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Hidayah…Mencari Tuhan 7
Hidayah…Mencari Tuhan 6
"Memang ustaz dah nyatakan, ustaz tak nak paksa. Dalam al-Quran, tidak ada paksaan dalam agama. Itu jelas. Cuma Hidayah sendiri fahamkan, bahawa kalau Hidayah ingin tunjukkan sifat sombong dan bongkak, Hidayah tak nak dengar apa yang ustaz nyatakan. Kita berbincang ini untuk mengetahui kebenaran. Kalau Hidayah yakin dengan kebenaran Islam, masuklah Islam. Kalau yakin kebenaran Kristian, masuklah Kristian. Buat apa ustaz pilihkan agama untuk Hidayah. Kita masuk sesuatu agama adalah atas dasar keyakinan. Bukan sekadar ikut-ikutan. Ada orang Islam yang ikut-ikut. Itu sebab kadang-kadang iman mereka tak jelas atau akhlak mereka buruk."
"Jadi, kalau saya tak solat, tak pe lah ustaz?"
"Kalau Hidayah bukan Islam, tak perlu solat. Kalau Hidayah tak percaya Tuhan Yang Satu, buat apa solat. Kalau Hidayah tak nak bersyukur pada Tuhan Yang Satu, tak perlu solat."
Hidayah sedikit terkejut. Tapi dia jelas.
"Tudung?"
"Tak perlu pakai. Buat apa pakai tudung kalau Hidayah tak percaya dengan Tuhan yang memerintahkan pakai tudung ini. Kecualilah kalau Hidayah pakai ini sebagai fesyen, teruskan. Hidayah kan tak percaya pada Tuhan Yang Satu."
Hidayah tidak ambil hati. Tidak kecil hati kerana dinyatakan tidak percaya pada Tuhan Yang Satu. Dalam keadaan dia kini yang masih tercari-cari, dia jelas prinsip yang ada dalam Islam.
"Baiklah ustaz. Atas dasar itu, saya nak tahu, siapa Tuhan ? DI mana Tuhan?"
Aku menarik nafas panjang.
Hidayah…Mencari Tuhan 5
Hidayah mengangguk.
(bersambung)
Hidayah…Mencari Tuhan 4
"Saya sekarang ustaz, 100% percaya Kristian. Saya rasakan bahawa agama tersebut mempunyai akhlak yang bagus. Saya belajar banyak perkara dalam agama tersebut. "
"Mengapa Hidayah nak masuk Islam sekarang?"
"Saya terpaksa. Tapi satu hari saya berdoa. Ketika itu, saya dalam keadaan bahaya. Kalau saya ditangkap pada waktu itu, kemungkinan saya akan dipenjara 4, 5 tahun dan saya akan berpisah dengan anak saya. Saya tak sanggup. Saya sayang anak saya. Itulah yang saya ada di atas dunia. Saya tak sanggup korbankannya." Ada genangan air mata yang nampak menuruni wajahnya.
Suasana hening.
"Pada waktu itu ustaz, saya berdoa kepada Tuhan. Saya kata ‘kalau kau benar Ya Tuhan, selamatkan aku.Saya berdoa menuju kepada Tuhan dalam Islam walaupun saya bukan Islam ketika saya berdoa itu. Saya merasakan bahawa Tuhan pasti akan tunjukkan kekuasaannya apabila saya memerlukannya."
Aku diam. Mendengar penuh teliti. Subhanallah! Maha Suci Allah dengan pengalaman saudari seIslamku ini. Aku terkedu dan rasa diri melayang – rasa hina di sisi Tuhan apabila tidak selalu memohon kepada-Nya.
"Benar Hidayah, Tuhan sudah menunjukkan sesuatu pada Hidayah. Apabila kita bermohon hanya pada Allah dan tiada siapa yang kita harapkan, Allah akan makbulkan. Pada waktu itu, Hidayah memang tidak meletakkan tandingan pada Allah. Maka Allah akan menerima doa yang ikhlas dari hamba-Nya."
"Pengalaman itu amat penting bagi saya ustaz. Itu sebabnya saya ingin memahami Islam walaupun secara luaran kini, saya masih mencintai Kristian."
Aku setuju. Patutkah semua orang ada pengalaman sedemikian? Perlu ditunggu saat kritikal itu dan berdoa lantas Allah akan menunjukkan kekuasaannya dan baru kita akan yakin? Persoalan itu ingin aku cari dalam pemerhatianku selepas ini.
Hidayah…Mencari Tuhan 3
Pagi itu, aku turun untuk mendapatkan makanan sarapan. Hmm…banyak pilihan yang ada dan aku tertanya, ‘betapa hebatnya manusia diberi kreativiti oleh Penciptanya untuk mencipta pelbagai jenis kuih-muih yang ada. Bagaimana manusia nampak hal ini dalam kehidupan seharian?’.
Adakah zaman dahulu, mereka ini mengingat Allah sepanjang masa sebagaimana yang sepatutnya aku fikirkan sekarang ini? Atau mereka ini tidaklah se’strict’ itu. Namun aku merasakan kerana kelemahan iman, penyakit dalam hati dan terlibat dengan dunia materialistik yang amat kuat, tasawur serta pemahaman kita hanyalah berkitar pada aspek fizikal. Semua kejayaan dinilai pada aspek fizikal – bukannya pada aspek spiritual yang kekadang disampaikan sebagai sesuatu yang abstrak, ke belakang atau tidak cepat.
"Kalau ya pun, makan tetap makan. Memang le kena sembahyang. Tapi solat tak akan mendatangkan rezeki pada kau…. Tengok orang-orang di luar sana tu. Kerja kilang, setiap bulan dapat gaji, gembira je hidup mereka. Kalau tak duit pun, bukan kau boleh hidup senang pun walaupun kau solat!"
Astaghfirullah! Ada orang yang nampak begini. Ia bukan jawapan yang pelik zaman ini. Syam berkata sedemikian ketika aku berborak-borak tentang mengapa usaha untuk menjaga solat itu penting.
Aku membalas, "Tapi tak semua orang gembira dengan gaji yang mereka perolehi. Ada yang tak cukup-cukup atau keinginan nafsu yang kuat menyebabkan mereka habiskan duit untuk gembira, berfoya-foya.Kau tak nampak ke?"
"Alaa..kau ni. Bila lagi nak seronok-seronok. Zaman muda nie le.Kalau dah tua nanti, duduklah kat surau atau masjid. "
Seyakin itu dia berkata dia akan hidup sampai ke tua? Sememangnya ini cabaran untuk meyakinkan manusia bahawa hidup ini tidak lama. Namun keyakinan ini perlu mendasari segenap kehidupan. Bukan sekadar dalam beberapa saat dan kemudian ia hilang semula. Mengingati Tuhan ini penting setiap masa dan perlu ‘dipaksa’kan dalam diri yang penuh dengan karat dunia yang menipu.
Hidayah…Mencari Tuhan 2
Telefon terputus dan aku tidak pasti bagaimana untuk berhubung semula. Aku cuba untuk mendail beberapa nombor yang ada dalam telefon bimbit namun kesemuanya tidak membuahkan hasil. Aku pasrah dalam doa agar Allah menyelematkan Hidayah dalam usahanya untuk mencari kebenaran.
Apa sudah berlaku…
Aku bergegas untuk ke bandar. Untuk dapat line yang bagus dan dapat aku berhubung dengan Hidayah. Namun tidak juga membuahkan hasil. Salah satu nombor telefon yang aku hubungi itu sebenarnya nombor telefon pejabat yang sepatutnya berangkat. Namun kali ini tidak. "Pelik juga," kata hatiku.
Hidayah…Mencari Tuhan
"Ustaz, jangan rasa tersinggung ya kalau ada soalan-soalan saya nanti akan mengganggu atau tidak sesuai bagi ustaz," katanya.
Aku duduk dan mendengar. Senyum. Biarkan dia bercakap, getusku.
"Sebenarnya saya ingin sangat untuk berdiskusi dan mengetahui halatuju saya. Saya seorang Melayu yang amat sukakan agama Kristian."
Saya mendengar. Sedikit terkejut dengan perawakannya yang begitu bersopan, bertudung. Namun kata-kata itu diujarkannya. Namun aku tahu bahawa aku perlu memahami apa yang berlaku. Biarlah begitu setakat ini.