Idea – Membina Legasi

Pendidik cemerlang bukan hanya pada zaman itu
“En Fazrul, satu lawan 47.”

“Bukan mudah tuan. Saya amat terkejut ketika menguruskan satu kes lesbian di kalangan pelajar. Kata pelajar tersebut, ‘Syurga neraka masing-masing cikgu,'” sedih ustazah tersebut ketika menceritakan kepada saya.

Penyelesaian untuk sistem pendidikan?

Kata-kata di atas adalah dialog saya selepas habis program Pendidik A+ kali ketiga yang diadakan di Akademi Sinergi, Bangi pada 4 Ogos 2012. Saya jangkakan 20 orang, yang hadir lebih 40 orang. Ia sebagai petanda yang amat positif betapa ramai ingin membaiki diri untuk menjadi pendidik yang hebat.

“A+ ini ideal-lah Encik Fazrul.”

Saya setuju. Tetapi ia tidak mustahil. Ia bukan sahaja dilaksanakan oleh Nabi, malah oleh sahabat dan tokoh-tokoh pendidik sepanjang zaman. Saya bekerjasama dengan Akademi Sinergi untuk mengumpulkan tokoh pendidik yang dirindui. Saya menyemak kisah mereka. Kisah-kisah itu membuktikan Pendidik A+ memang sudah ada. Ia boleh dibina. Bukan hanya pada zaman Nabi. Bukan hanya pada zaman itu.

Pendidik A+ itu bukan sekadar mengajar akademik

Selepas habis program semalam, akan saya kendalikan program untuk melonjakkan dana untuk usahawan dan pemimpin – termasuk di sekolah-sekolah. Pendidikan memerlukan kos yang tersendiri.

Salah seorang peserta dari sekolah menengah di Bangi berkongsi dengan saya penyataan yang sering didengar oleh konsultan. “Kami tidak banyak bajet.”

Sehinggakan pada satu masa, saya tidak berminat untuk ke sekolah kerana ‘kurang bajet’ jika saya mementingkan hal bisnes saya. Namun itu tidak menyelesaikan masalah. Saya cuba cari penyelesaian. Dan nampaknya kini saya boleh hadir dengan model latihan komprehensif. Saya nyatakan pada cikgu yang berkata tersebut ‘saya akan ajarkan cikgu bagaimana meningkatkan dana tanpa cikgu perlu bekerja melampau-lampau. Lebih 100 cikgu dan lebih 2000 pelajar itu satu potensi yang besar. Insha-Allah”

Pendidik A+ mampu untuk meningkatkan dana sekolah dan sendiri agar terus mampu memberi dan berkhidmat pada anak bangsa.

Satu lawan 47

Seorang guru lagi berkongsi, “dalam kelas saya amat ramai pelajar. Lainlah kalau sekolah swasta.”

Saya setuju 47 amat ramai. Samada kelas perlu dibanyakkan atau cikgu perlu menguruskan 47 orang seperti menguruskan satu sesi latihan. Pilihan pertama melibatkan sistem dan bajet dari kementerian. Pilihan kedua bergantung kepada kreativiti guru. Pendidik A+ akan melihat ini sebagai peluang kreativiti untuk mengurangkan stres dan melonjakkan pahala. Antaranya ialah dengan mewujudkan study group dan pelbagai idea lain yang terbukti berkesan di kalangan Pendidik A+. Kisah-kisah yang dikongsikan dalam ‘Pendidik Yang Dirindui’ menampakkan guru-guru ini amat kreatif hingga mereka memberi kesan besar pada pelajar.

Dunia pendidikan cemerlang: bukan hanya ada pada zaman dahulu. Ia boleh diulang dengan mengikut susur galur tokoh pendidik hebat – Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasalam.

Mengembalikan MH
Pada pagi Sabtu ini, saya kembali menyemak program-program yang pernah saya buat pada masa lepas – hasil dan harap ia diterima oleh Yang Esa. Salah satu program yang memberi kesan kepada saya semasa pelaksanaannya ialah MH – Madrasat-ul-Hayaah (MH).

Ia dilaksanakan pada tahun 2004 dengan kumpulan pelajar lepasan SPM. Program selama sebulan itu amat manis dan menarik kerana antara cabaran kepada peserta ialah untuk menyambut Raya Haji di pusat latihan di Segamat. Itu amat manis kerana ia seperti duduk di ‘oversea’ tetapi masih berada di Malaysia. Seramai lebih kurang 20 orang yang mengikutinya. Walaupun target kepada pelajar lepasan SPM, namun ada beberapa orang yang bukan pelajar lepasan SPM. Saudara Malik dari Sarawak yang kini menulis buku Ruqyah di bawah PTS, adalah salah seorang yang baru sahaja tamat kursus psikologi dari Indonesia.

MH SPM tersebut berakhir dengan jaya dan sebuah buku dihasilkan. Itulah Hidup Zero Alasan – ditulis bersama Saudari Raihan (kini habis dari UIA bahagian undang-undang) dan Najwa (habis di UIA dan kini sudah berumahtangga). Royalti tidak banyak, tetapi dari segi kepuasan dan jemputan kepada Raihan dan Najwa untuk membahaskan buku tersebut memberi satu nafas jaya dalam hidup ini.

MH seterusnya ialah untuk pelajar IPT. Juga sebulan. En Ariff yang sekarang bersama Total Success adalah hasil daripada program tersebut.

Isi kandungan MH

Antara isi kandungan MH yang utama ialah:

Perbincangan tauhid dan pembinaan pemikiran Islam

Pemikiran Sistemik

Bercucuk tanam dan menternak

Kemahiran IT

Kemahiran menulis dan mengkaji

Kemahiran berucap

Main dan masak

Kemahiran menjadi fasilitator

Topik-topik di atas tidaklah sekritikal kepentingan intruktor yang hidup bersama dengan mereka dan dapat berkongsi erti kehidupan. Itu amat penting yang dirasakan walaupun program hanya sebulan. Kesan program tersebut menatijahkan beberapa orang yang sudah habis belajar di IPT berminat untuk meneruskan kerja di pusat latihan tersebut.

Latihan dengan space learning

Dahulu saya tidak tahu apa istilah space learning. Namun kini setelah lama dan berjinak dengan dunia latihan lebih luas dan berasaskan kajian, apa yang berlaku dalam MH banyak memberi ruang untuk peserta memproses dan mempraktikkan sesuatu kefahaman dan kemahiran. Ini dinamakan space learning.

Setelah 7 tahun meninggalkan MH, saya bercadang untuk mengembalikan semula. Saya tahu ada pihak lain yang menggunakan nama hampir sama. Saya amat suka idea itu dilaksanakan lebih luas. Cuma saya mengharapkan jangan nama sahaja diambil tetapi diambil dengan konsepnya sekali. Elemen emosi perlu diambil bersama elemen intelektual program tersebut untuk memberi natijah spiritual yang mantap.

MH versi baru

Apakah perubahan yang saya akan buat kalau ada pihak yang ingin mengendalikan MH atau ada peserta yang berminat ?

Berikut tambahan atau perubahan yang saya ingin laksanakan:

Teknik MasterPIES  – berkaitan modul Surah al-Kahf

Teknik CASIC

Teknik membina legasi

Kemahiran mengurus dan melaksanakan dakwah. Dua perkara yang hampir sama tetapi amat berbeza.

Praktikal bisnes online/ offline

Konsep coaching

Saya harap dapat laksanakan tahun ini atau paling lewat tahun depan insha-allah.

Apa yang boleh dimanfaatkan dengan teknologi cerita
Teknologi cerita amat banyak disentuh oleh buku-buku pendidikan. Dalam al-Quran dan as-Sunnah serta kitab agama lain, cerita tidak dapat dipisahkan. Cerita adalah satu elemen dalam mengkaji antropologi. Apakah yang ada kini untuk dimanfaatkan bagi memanfaatkan teknologi cerita ?

Berikut saya senaraikan beberapa perkara yang mudah diakses samada pada diri sendiri atau sumber luar untuk membina kehebatan dan kepimpinan dengan bercerita:

Dalaman

Cerita ‘Siapa saya’

Cerita ‘Mengapa saya disini’

Cerita Mengajar

Cerita Bervisi

Cerita ‘Nilai dalam Tindakan’

Cerita ‘Saya Tahu apa Awak Fikirkan’

Luaran

Berita serius semasa

Berita pendek dan artikel

Cerita Nabi & Rasul

Cerita sahabat

Cerita orang berjaya

Jika semua ini dimanfaatkan, pasti cerita akan menjadi satu amalan yang baik bagi membina kejayaan pada seseorang atau sesuatu organisasi